RIDZ - BAB 47🦋

22.6K 666 30
                                    



RIDZWAN meregangkan ototnya. Badan dia sedikit panas selepas bersenam tadi. Dan sekarang dia sedang berada di kolam hadapan rumahnya.

Nak mandi kolam katanya. Gila gamaknya nak mandi malam-malam buta mcm ni.. Ridzwan mengerling kearah biliknya bersama Kayla. Dia senyum tipis.

"Cerah lagi.. mesti Kayla belum tidur kan? Kayla tidur la dulu.. abang nak bersihkan diri jap. Rasa melekit.." ujarnya sendirian.

Dah kata kan yang Ridzwan ni gila.. dah hampir gila dah bila isteri pulau dia. Sudah beberapa hari berlalu namun kelihatan Kayla seperti tidak mahu menggodanya lagi.

Gadis itu sudah menjadi matang 100%. Dan Ridzwan tahu ini semua salahnya. Kalau la dia tidak meminta Kayla untuk menjadi matang, pasti semua ini tidak berlaku.

Dia memerlukan Kayla yang dahulu. Yang selalu manja dengannya, yang selalu menggoda dan selalu menggeselkan badan dengannya.

Setiap masa dia berdoa agar isterinya berlembut hati dengannya. Dia sudah berjanji bahawa dia akan turuti segala permintaan isterinya selepas ini.

Dah menyesal weh buat isteri cenonet dia tu terasa sehingga peperangan dingin mereka berterusan sehingga hari ini.

Belum pernah lagi mereka bergaduh sehingga tidak bercakap. Sudah berapa hari mereka tidak bercakap sebelum tidur.

Kebiasaannya Kayla akan menceritakan semua hal yang terjadi di U pada suaminya. Begitu juga Ridzwan.

Mereka selesa untuk bercerita segalanya tanpa ada yang tertinggal. Dan mereka akan saling meminta maaf sebelum tidur. Namun sekarang?

Sudah tiada.

Yang ada hanyalah kedinginan masing-masing yang masih mengikut keegoan yang melanda.

Kayla memerlukan suaminya dan Ridzwan juga memerlukan isterinya. Namun keegoan Kayla telah membuat Ridzwan berputus asa untuk meneruskan godaaannya terhadap isterinya.

Ridzwan menarik nafas dan hembus perlahan. Diperhatikan sahaja kolam yang agak dalam itu. Kolam itu paras dadanya. Boleh la buat ghaso-ghaso seumpama sukan olimpik..

Ridzwan mengambil lajak dari jauh lalu melompat kasar kedalam kolam. Dia hanya ingin meregangkan otot serta menambahkan kesegaran badannya..

KAYLA berdecit lalu menyandarkan kepala ke kepala katil. Dia mengusutkan rambutnya lalu berpaling kearah kanannya. Sedari tadi dia menunggu suaminya masuk ke dalam bilik.

Memang la dia merajuk dengan Ridzwan tapi dia tak boleh tidur tanpa pelukan Ridzwan..

Dia mengerling kearah jam. "Dah pukul 11.30 malam.. takkan dia tak masuk lagi?" Kayla mengeluh perlahan. Rasa bersalah menerpa diri apabila melihat riak mendung suaminya apabila dia menepis sentuhan suaminya tadi.

BUSHHHH!

Tersentak Kayla apabila kedengaran air memercik di luar rumahnya. Dia bangun dari baringnya lalu melangkah kearah balkoni. Berkerut dahinya melihat suaminya yang sedang berenang didalam kolam di perkarangan rumahnya.

"Tak sejuk ke mandi malam-malam? Hmm biarlah dia.." ujar Kayla lalu menutup langsir. Dia melangkah kearah katil lalu baring semula ke atas katil.

"Tapi.. kalau dia lemas mcm mana? Kalau kaki abang cramp macam mana?" Kayla menggigit bibir. Dia takut jika ada apa-apa berlaku pada suaminya itu.

"Takboleh jadi.." ujarnya lalu bangun dari baringnya. Dia mengemaskan sedikit rambutnya lalu keluar dari biliknya.

Ridzwan mencelik matanya apabila kedengaran tapak kaki seseorang datang kearahnya. Dia berpaling kearah isterinya yang melangkah kearahnya dengan riak mendatar.

"Kenapa mandi malam? Tak sejuk ke?" Tanya Kayla yang sudah berdiri di tepi kolam. Ridzwan senyum tipis lalu meraup wajahnya yang basah.

"Kenapa? Risaukan abang ke?" Terjungkit kening Kayla.

Kayla berdehem lalu menggeleng. "Tak.. Kayla cuma terkejut je tadi. Kayla ingat ke orang lain yang mandi kolam malam mcm ni. Takpelah. Abang mandi lah. Kayla nak tidur dulu." Ujar Kayla lalu memusingkan tubuh ingin melangkah masuk ke rumah.

Namun terbantut perjalanannya apabila suaminya hanya diam sahaja. Dia memusingkan badan kearah suaminya. Terbeliak mata Kayla apabila suaminya tenggelam didalam air.

"Abang!" Jeritnya lalu berlari kearah Ridzwan. Dia terus melompat ke dalam kolam tanpa mengetahui kedalaman kolam tersebut.

"Abang.. kenapa ni.." ujarnya dengan suara terketar. Dia terus menarik kepala Ridzwan lalu menekup kedua pipi Ridzwan.

Kayla agak terkejut apabila kolam ini sedikit dalam sehingga mencecah ke lehernya. Kedua kakinya terus melilit pinggang suaminya untuk berpaut.

"Abang.. dalamnya kolam ni.."gumamnya perlahan. Ridzwan tergelak apabila isterinya mengatakan itu. Sedari tadi dia menahan nafas agar isterinya merisaukannya.

Berkerut dahi Kayla apabila Ridzwan mencelikkan mata dengan senyuman. Dia berdecit.

"Abang! Kenapa buat mcm ni?!"

TBC🤍
Dating dalam kolam pulak dah..

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now