RIDZ - BAB 10🦋

18.6K 708 46
                                    

VOTE AND COMMENT❤️

KAYLA menjeling kearah kereta abangnya yang baru sampai di hadapan pagar. "Takpelah Nial aku pergi dulu tau. Thank you teman aku.." Danial senyum dan mengangguk.

Sedari tadi dia menemani Kayla kerana sudah tiada sesiapa di luar kawasan ketika ini. "Alright. Hati-hati.." ujar Danial. Kayla senyum dan mengangguk.

Kayla terus melangkah dengan menghentak kakinya kearah kereta abangnya. Dia terus membuka kasar pintu penumpang kereta. "Along! Kena– eh abang Ridz ada?" terus tersenyum Kayla apabila retina matanya dipenuhi wajah Ridzwan dihadapannya.

Ridzwan senyum tipis kearah Kayla. Kasyaf menjeling. "Aik? Tadi bukan ke nak marah along? Tak jadi dah?" Kayla sengih. "Tak jadi sebab adaa abang Ridz hekhek.." ujar Kayla lalu memintal rambutnya.

Kasyaf menjulingkan mata. "Dah. masuk pintu belakang."

Kayla memuncung. "Alaa duduk atas riba abang Ridz tak bleh ke?" tanya Kayla lalu memandang Ridzwan. Ridzwan sengih lalu menepuk pahanya. "Meh duk atas abang.."

"Siot! Korang jangan nk bermaksiat depan aku!" terjerit Kasyaf dibuatnya. Ridzwan dan Kayla terkekeh ketawa. Mereka memang sering bergurau begitu dihadapan Kasyaf kerana ingin melihat reaksi Kasyaf.

Mereka tidak pernah pula melampaui batas. Mereka hanya bergurau sahaja kerana ingin melihat Kasyaf marah.

Kayla melambai kearah Danial yang masih berdiri dihadapan pagar Universiti. "Bye Nial! Jumpa petang ni!" Kayla senyum lalu masuk kedalam kereta. Danial senyum dan membalas lambaian gadis itu.

Berkerut dahi Ridzwan. "Kawan adik ke?" Kayla mengangguk. "Ha'ah.. Kawan sekelas Kayla dari sem 1.."

Ridzwan mengangguk sahaja. Matanya masih tertancap kearah Danial yang kemas berpakaian. Hensem budak tu. nampak mcm badboy tapi dalam masa yang sama nampak gentleman.

Kejap. Yang ni ke lelaki yang Kayla sebut di taman tu? Ridzwan berdecit. Rasa pedih pula hati ni.

"Someone jealous~" ujar Kasyaf lalu memandang kearah Ridzwan. Kayla senyum. Abang Ridz jeles ke?

Ridzwan menjeling. "Bila kau nk gerak ni? Kepala aku makin sakit tau. Cepatlah."

"Ha yelah. Garang." ujar Kasyaf lalu keluar dari kawasan itu. Kayla berkerut.

"Abang sakit ke?" Ridzwan mengerling sekilas ke belakang dan mengangguk. "Migrain sikit."

"Hah? Migrain abang datang balik? Kenapa tak bagitau Kayla?"

"Buat apa dia bagitau kau dik. Lebih baik dia pergi klinik je daripada bagitau kau." Kayla memuncung. Ridzwan hanya menjeling kearah rakannya.

"Abang lupa tadi. Migrain kuat sangat sampai tak bleh pegang telefon. Ni pun abang tak bleh memandu sebab tu minta tolong Kasyaf ni.."

Kayla mengangguk. "Along nanti berhenti seven e tau.."

Berkerut dahi Kasyaf. "Nak buat apa? Bukan ke pad adik dah banyak ke?" Kayla berdecit. Mana taknya, asal pergi seven e je pasti gadis itu membeli pad. Pening Kasyaf dibuatnya apabila stok pad terlalu banyak didalam bilik gadis itu.

"Bukan la.. Adik nak beli air 100 plus, pastu nak beli pek ais dan perfume lavender.. Adik tahu abang Ridz susah makan ubat sebab tu adik nak rawat dari luaran."

Ridzwan senyum lebar. Kerana inilah dia memerlukan Kayla jika dia sakit. Kayla sangat tahu cara menjaganya. Walaupun gadis itu masih muda, namun dia pandai merawat Ridzwan ketika lelaki itu sakit. Gadis itu tahu semua perkara tentang Ridzwan.

Apa yang Ridzwan suka dan tak suka pun dia tahu. Ridzwan alah dengan apa-apa makanan pun dia tahu.. Dah macam bini pulak. Eh?

Kasyaf mengangguk. "Yelah. Kejap along berhenti seven e.." dia mengerling kearah Ridzwan yang masih tersenyum lebar.

"Broo who got you smile like that?" tanyanya lalu menyenggol bahu Ridzwan. Ridzwan berdehem lalu membetulkan kedudukannya.

Kayla senyum sahaja. Dia tahu semua benda pasal Ridzwan okay? Jenama boxer Ridzwan pun dia tahu..

Er yang tu dia intai masa Puan Fariha melipat pakaian Ridzwan. Cis! Sangat tidak senonoh ya perangai seketul Kayla..

TBC🤍
Ececece diorang ni...

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now