RIDZ - BAB 16🦋

16.5K 574 18
                                    

VOTE AND COMMENT❤️


DANIAL merenung kearah Kayla yang sedang senyum sendirian di meja. Dia melangkah perlahan kearah Kayla lalu menepuk kuat meja Kayla. Tersentak Kayla dibuatnya.

Kayla mengalih pandangan kearah Danial lalu menjeling. "Ish kau ni.. Terkejut aku tau? Tak beragak la kau.." ujar Kayla lalu sambung melihat gambar didalam telefon.

Danial senyum sahaja melihat riak Kayla. Dia mengambil kerusi di tepi Kayla lalu mengheret kearahnya. Dia duduk dan menatap sahaja muka Kayla. Senyum sahaja gadis itu. Dah kenapa?

"Kau tengok apa sampai tersengih-sengih macam tu? Kau tengok benda tak senonoh eh?" Kayla berdecit.

Dia terus menunjukkan skrin telefon kearah Danial. Danial mengecilkan matanya kearah dua figura yang terpapar dalam skrin itu.

Danial senyum kelat apabila melihat gambar Kayla berduaan bersama lelaki semalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Danial senyum kelat apabila melihat gambar Kayla berduaan bersama lelaki semalam. "Kau.. dating dengan dia eh?" tanya Danial untuk menghilangkan kekok.

Kayla memuncungkan bibir lalu menggeleng. Dia menarik kembali telefonnya lalu tersenyum melihat gambar itu.

Makin angau!

"Takk.. entah. Aku pun tak tahu nak sebut apa. Nak cakap berjalan-jalan pun tak sebab kita orang pergi pawagam. Nak cakap dating, pun tak. Entah." ujar Kayla lalu menjungkit bahu.

Dia pun tidak pasti nak panggil apa. Kerana dia tidak bercinta dengan Ridzwan.

Danial mengangguk lalu mengukirkan senyum palsu. "Takdelah.. Aku nampak korang mcm rapat je. Kot-kot la dia kekasih kau ke kan?"

Tanya Danial dengan berhati-hati. Dia mengharapkan lelaki itu bukan kekasih Kayla. Namun apabila melihat keakraban mereka berdua, sedikit sebanyak membuatkan dirinya tercabar.

Kayla menggeleng perlahan. "Tak la.. Aku tak bercinta dengan dia. Dia kawan baik abang aku.. Aku rapat dengan dia dari kecik lagi. Sebab tu kami selesa each other."

Danial mengangguk lalu senyum lebar. Dia agak puas hati dengan jawapan Kayla. Maknanya dia ada harapan la kan nak bercinta dengan Kayla? Kalau dia ungkap kata cinta sekarang takpa ke? Tapi rasa mcam terburu-buru pula..

Dia taknak Kayla tak selesa dengannya. Kerana ada sesetengah orang, mereka hanya selesa berkawan. Tapi apabila salah seorang mengungkapkan kata cinta, keadaan akan menjadi kekok sehinggakan hubungan kawan menjadi renggang.

Kerana itulah Danial tidak berani untuk mengungkapkan sekarang. Baginya ia terlalu awal.

"Emm petang ni keluar jom? Kelas cancel kan?" tanya Danial dengan senyuma. Hehe nak ajak dating dengan Kayla..

Kayla mengangguk. "Boleh gak. Ika pergi tak?"

"Tak! Aku tak pergi! Korang pergi la dating!" jerit Ika dari belakang. Kayla terus mengusap dadanya lalu berpaling ke belakang.

"Ish kau ni! Terkejut aku!" jerit Kayla lalu memukul Ika dengan buku. Ika terkekeh ketawa apabila diserang mengejut seperti itu.

"Korang pergi la. Aku nak study petang ni. Mak aku dah marah laa sebab aku banyak main sekarang.." ujar Ika lalu memuncung. Dia kurang belajar. Dia lebih berminat bekerja daripada belajar.

Kayla mengangguk sahaja. "Yela. Kalau macam tu aku keluar dengan Danial la."

"Cop. Mak kau bagi tak?" tanya Danial dengan dahi berkerut. Bukannya dia tidak kenal Puan Hanis yang overprotective akan anaknya itu.

Kayla berpaling kearah Danial. "Alah.. aku tak payah la cakap kat mak aku. Atau cakap je kita bertiga study group bersama." Danial menggeleng.

"Kau tak baik tau. Mak kau takut apa-apa terjadi pada kau sebab tu la dia selalu tanya kau pergi kemana atau dengan siapa. Ni kau nak menipu pula. Berdosa la Kayla. Nanti masuk api neraka jangan heret aku eh."

Kayla dan Ika terkekeh ketawa. Macam budak-budak pula ayat si Danial ni.

"Yelaaaa. Aku cakap la nanti. Dia bagi la kot kalau cakap study group." Danial mengangguk. "Tapi aunty bagi ke kau keluar dengan aku? Itu persoalan aku yang sebenarnya."

Kayla mendengus lalu mengusutkan rambutnya. Dia berdiri tegak dan senyum. "Aku ada idea.."

"Apa?" tanya Ika dan Danial serentak. Ceh sibuk je si Ika tu..


TBC🤍

Cinta tiga segi coming..

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now