RIDZ - BAB 39🦋

20.1K 653 37
                                    



RIDZWAN menarik nafas dan hembus perlahan. Dia masih lagi berdiri di hadapan pintu bilik Kayla. Atau lebih tepat, bilik mereka. Sedari tadi dia berdebar untuk masuk ke bilik mereka.

Entah. Tiba-tiba rasa aura dalam bilik ni lain macam sikit kali ni.. Ridzwan menghela nafas perlahan.

"Tenang Ridz.. dia isteri kau.. kau tak boleh gelabah macam ni.. kau kena selesakan diri untuk hidup berdua dengan Kayla lepasni.. tenang Ridz tenang.." ujar Ridzwan perlahan.

Dia sedang melawan kegusaran dihati ketika ini. Dia amat berdebar! Mana taknya.. tiba-tiba sahaja kena tidur berdua padahal selama ini hanya tidur berseorangan sahaja.

Tachod mak..

Ridzwan mengetuk pintu lalu membuka pintu biliknya. Berkerut dahinya apabila biliknya hanya kosong tanpa figura isterinya.

"Honey?" Panggilnya lalu menutup serta mengunci pintu bilik mereka. Kena kunci. Kang tak pasal si Kasyaf curi-curi masuk.. bukan bleh kira budak bertuah tu sorang..

Ridzwan menggaru kepala yang tidak gatal. "Mana bini aku? Takkan dah lari rumah lepas merajuk? Eh tapi ni rumah mak ayah dia.. dia nak lari rumah mana pula?"

Ridzwan mula mencari-cari isteri kecilnya itu. Dibuka laci serta diintai dibawah katil. Yela. Kayla tu kecil sahaja. Mana la tau muat dalam laci kan?

Ridzwan mula masuk ke dalam wardrobe. "Honey? Where are you?" Jeritnya lalu menutup pintu bilik.

Ridzwan bingung. Kemanakah isteri cenonetnya itu? Dia mula membuka butang baju melayunya apabila cuaca malam ini sedikit panas. Dikerling kearah bilik air yang masih bercahaya. Ridzwan senyum tipis. "Got it.."

Dia terus melangkah kearah bilik air. Dia menarik nafas dan hembus perlahan. Dia mengetuk pintu tersebut.

"Honey? Honey ada dalam bilik air ke?"

Krik krik.

Berkerut dahi Ridzwan apabila Kayla hanya mendiamkan diri. Aik?

"Sayang.. abang tanya ni.. sayang ada kat dalam ke?" Tanyanya lagi lalu mengetuk pintu bertalu-talu. Ridzwan mengambil telefonnya lalu menelefon Kayla.

Dia terus berpaling kearah katil apabila terdengar nada dering telefon isterinya di situ. Ridzwan mematikan panggilan dengan dahi berkerut.

"Dia pergi mana? Tapi pintu bilik air terkunci.." gumamnya selari memulas tombol pintu. Dia mula menelefon Kasyaf.

"Hello Syaf.. adik ka-"

'Try cari dalam bilik air. Dia akan duduk dalam tu klau merajuk.'

Ridzwan tercengang. Cepat gilerr jawab. Memang abang yang memahami la dia ni..

"Aku dah try tapi terkunci la weh. Entah apa yang dia buat dalam tu.. diam aje. Risau aku.."

'Hahahah itu perkara biasa. Mesti budak tu tertidur dalam tu. Kau pergi dekat laci, ada kunci yang tersorok kat situ. Kunci yang ada nombor 2.."

Ridzwan mengangguk lalu melangkah kearah laci. Dia membuka laci dan tersenyum apabila menjumpai kunci itu.

'Tu aku yang sorokkan. Aku tahu dia mesti akan kunci diri sendiri dalam tu sehingga tertidur kalau dia merajuk. Kau kena sabar je la layan karenahnya yang tu.'

Ridzwan tergelak. Comel la pula Kayla ni..

"Ok ok.. thanks a lot."

'Tak jadi ahh projek malam pertama ni? Ala aku baru je na--'

Tut tutt. Ridzwan terus meletakkan panggilan. Malas nak melayan perangai tak senonoh kawannya itu.

Ridzwan mula membuka pintu bilik air. Terbeliak matanya melihat Kayla yang sudah lena di tepi bathtub. Ridzwan tergelak lalu menggeleng.

Dia mendekati Kayla lalu mencangkung dihadapan Kayla. Ridzwan berdehem apabila melihat pakaian Kayla yang tersangat menjolok mata baginya. Dia menarik nafas dan hembus perlahan apabila ternampak lurah dada Kayla.

"Fuh.. berpeluh pula abang malam ni.. honey nak goda abang ke apa ni? Rasa panas pula.." ujar Ridzwan lalu mengibas-ngibas bajunya.

Diperhatikan sahaja badan Kayla yang sangat terdedah ketika ini. Dielus perlahan paha gebu Kayla. Ridzwan memicit-micit kejap paha itu. Dia berdehem. Sungguh dia tak tahan melihat Kayla yang amat seksi dimatanya sekarang.

"Tak sangka.. badan kecik je tapi montok.. terliur abang tau?" Bisiknya perlahan dihadapan wajah Kayla. "Kita keluar eh.. tak elok la tidur kat sini sayang.."

Ridzwan menyeluk tangan dicelah lutut serta dibawah kepala Kayla. Berkerut dahi Kayla apabila tidurnya terganggu.

"Ermph.." rengeknya lalu mengalung tangan ke leher Ridzwan. "Shh.. tidur la.. abang nak angkat je.." bisik Ridzwan lalu mencium sekilas pipi gebu Kayla.

Tersengih Ridzwan dibuatnya apabila dapat mencium pipi tembam Kayla. Dia suka akan badan serta pipi Kayla kerana agak berisi. Kayla makan banyak namun tubuhnya rendah. Kerana itulah badannya agak berisi.

Tapi Ridzwan suka kerana boleh kemam setiap hari muahhahah.

Ridzwan perlahan-lahan membawa Kayla keluar dari bilik air. Tergugat juga nafsu jantannya apabila badan separuh bogel Kayla melekap penuh di badannya ketika ini.

"Seksinya lahai.. sumpah abang tak tahan. Saje je kan nak goda abang dengan pakaian mcm ni? Muka innocent je.. tapi badan seksi gila.." ujar Ridzwan yang sedang memerhati tubuh badan Kayla.

Ridzwan menggeleng perlahan lalu perlahan-lahan membaringkan Kayla di atas katil.

"Ermmm abangg.." rengek Kayla sambil tangan didepakan dengan mata tertutup. Ridzwan tergelak. "Manja.. tak boleh berenggang dengan abang ya?"

Bisik Ridzwan lalu mencabut baju melayunya. Dia baring perlahan-lahan tepi Kayla lalu tangan kanan menyeluk bawah kepala Kayla.

Kayla terus memeluk Ridzwan lalu menyembam kepala ke dada bogel Ridzwan. Ridzwan senyum lalu tangan kiri memeluk pinggang Kayla.

Ridzwan membetulkan sedikit kedudukannya agar mereka lebih selesa. Ridzwan meletakkan dagu diatas kepala Kayla.

Sebenarnya dia juga tidak selesa tidur dalam keadaan begini kerana dia bukanlah seorang yang gemar akan physical touch. Dia mudah rimas jika orang menyentuhnya apatah lagi memeluknya.

Namun sifat manja Kayla serta bauan badan Kayla telah menenangkannya. Dia selesa bila bersama Kayla. Dia suka memeluk serta dipeluk Kayla seperti ini. Baginya dia memberi perlindungan sepenuhnya kepada gadis itu.

Ridzwan mencium lama kepala Kayla. Tersengih dia apabila bauan rambut Kayla menusuk ke dalam rongga hidungnya.

"Abang minta maaf kalau tersalah kata atau buat honey terasa.. harap honey tidur dengan lena malam ni.. tak sempat kita nk meminta maaf sesama sendiri malam ni sebab honey tidur awal.. goodnight. Sweetdream my wife.. hehe jimat topup abang tak perlu call honey malam-malam mcm sebelum ni.."

Ujarnya dengan sengihan. Lepasni boleh berjimat dah sebab wish depan-depan je. Tak perlu call atau video call mcm sebelum ni dah muahhah.

Ingat best ke video call? Tak bestt sebab suara tersekat-sekat.. bila boleh jumpa depan-depan macam ni rasa puas hati gilaaa.

"How i wish i can sleep with you like this every night...." ujar Ridzwan lalu memeluk erat badan Kayla.

"...dan bermula hari ini, apa yang abang minta dah jadi kenyataan. Kayla dah jadi milik abang.. untuk selamanya.."

Ridzwan senyum lalu memejam mata. Malam ini adalah malam indah baginya kerana dia dapat memeluk Kayla. Selama ini hanya angan-angan semata-mata kerana mereka masih tiada ikatan yang sah.

TBC🤍
Amboi la dia ni.. senyum sampai ke telinga ya? Yang si Kayla tu pun.. merajuk dalam wardrobe tak bleh ke? Nak juga merajuk dalam tempat cetan tu..

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن