RIDZ - BAB 64🦋

20.2K 583 17
                                    



TERSENYUM Kayla apabila melihat suaminya yang sedang tidur dihadapan television. Makin melebar senyumannya apabila kelihatan satu figura kecil yang elok sahaja berada diatas dada bogel suaminya itu.

Sekarang anaknya sudah berumur 6 bulan. Sangat cepat masa berlalu. Alhamdulillah. Sangat mudah Kayla melahirkan sewaktu itu. Dia mengikut segala petua ibu dan mamanya sehingga pening kepala dibuatnya.

Mereka berdua amat menjaga Kayla. Diberi ubat-ubatan tradisional zaman dulu supaya Kayla beranak dengan mudah. Kayla hanya bertarung nyawa selama 15 minit sahaja di dalam labour room.

Sungguh dia bersyukur akan itu. Dia amat berterima kasih kepada Puan Hanis dan Puan Fariha kerana menjaganya dengan sungguh tertib. Ada kalanya suaminya akan dihalau apabila mengganggu ketenteraman Kayla. Masam mencuka muka Ridzwan ketika itu.

Orang nak peyuk je tapi dua askar ni marah pula hmmmm..

Kayla menghampiri suaminya lalu mengelus perlahan jambang suaminya yang melata. Aih sejak jadi bapak ni, bukan main dia simpan jambang.

Barulah nampak macam bapak orang katanya.. tapi bagi Kayla suaminya itu makin rawr pula bila berjambang ni ahak!

Eleh Kayla ni.. setiap masa pun Ridzwan rawr bagi dia. Gelojoh Kayla ni..

"Abang.. bangun. Tak solat zuhur lagi kan? Dah pukul 3 dah ni.." bisik Kayla perlahan di tepi telinga Ridzwan. Tak boleh bising sangat, nanti si Rifqi terjaga pula.. sudahlah anaknya itu kuat menjerit.

Pedih telinga Kayla dibuatnya. Ya, anak mereka adalah lelaki yang bernama Rifqi Kaisar. Tersengih Kayla apabila dia melahirkan anak lelaki.

Sebab kalau anak perempuan pasti suaminya lebihkan anak perempuan berbanding dia katanya hmm..

Nama Rifqi Kaisar adalah pilihan Ridzwan dan Kayla. Bukan main mengamuk lagi Kasyaf apabila Kayla tidak meletakkan namanya sebagai nama Rifqi. Menyibuk betul dia tu.. orang suruh kahwin tapi jual mahal.. sekarang sibuk pula nak suruh kita letak nama dia jadi nama anak kita..

Ridzwan berdehem lalu mencelikkan matanya perlahan. Tersenyum dia apabila isterinya mengusap pipinya. Ridzwan menunduk sekilas kearah anaknya yang sedang tidur sambil menghisap jari.

Ridzwan berpaling kearah Kayla lalu memuncungkan bibirnya. Kayla kulum senyum lalu mencium skilas bibir Ridzwan. Tersenyum lebar Ridzwan dibuatnya. Aaa sheronoknyaa dapat kiss..

"Bangun abang.. lewat nanti nak solat.." ujar Kayla sambil mengelus pipi suaminya. Ridzwan dah manja sekarang. Selalu nak dibelai oleh Kayla semenjak hadirnya putera kecilnya itu.

Katanya Kayla curang dengan dia sebab Kayla lebih memberi perhatian kepada Rifqi. Pening Kayla dibuatnya. Bukan main susah lagi ingin memujuk Ridzwan.

Dan pada akhirnya, Kayla bertekad untuk menjadi kitty di malam hari. Baru la okay mood Ridzwan bila isterinya melayannya. Aih. Bukan main gedik si Ridzwan ni..

"Angkat jap anak.. abang nak bangun." Kayla mengangguk lalu mengangkat anaknya perlahan-lahan. Amat perlahan cara dia meletakkan Rifqi diatas katil baby. Bukan main lagi beli katil baby tapi si Rifqi nak juga tidur didada Ridzwan..

"Shh..." ujar Kayla perlahan lalu menepuk-nepuk sedikit punggung anak lelakinya itu. Rifqi kembali lena sambil menyonyot ibu jarinya. Tergelak Kayla dibuatnya.

"Mesti dia ikut abang tu suka hisap jari.." ujar Kayla lalu berpaling kearah suaminya. Kayla meneguk liur kesat apabila suaminya merenungnya seumpama ingin telan hidup-hidup.

Ridzwan senyum senget. "Abang tak suka hisap jari.. tapi abang suka hisap..." mata Ridzwan menurun ke dada Kayla. Terbeliak mata Kayla dibuatnya. Dia terus menyilang dada.

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora