RIDZ - BAB 12🦋

17.1K 739 19
                                    

VOTE AND COMMENT❤️

TERHENTI permainan game mereka apabila ada seseorang menekan hon dihadapan rumah Kayla. "Kejap Kayla keluar jap.." Ridzwan mengangguk dan menekan pause.

Dia memanjangkan lehernya. Ada seorang lelaki datang menaiki motor. "Posmen kot.." gumamnya perlahan. Namun berkerut dahinya apabila Kayla dan lelaki itu melangkah memasuki rumah. "Macam kenal.."

"Masuk la jap. Aku ambik kertas tu dalam bilik. Kau duduk la dulu dekat sofa. Aku ambik kejap je.." Kayla terus berlari menaiki tangga.

Danial senyum kearah Ridzwan. Ridzwan senyum tipis. "Kawan adik ke?" Danial berkerut. Dia kenal akan muka abang Kayla kerana dia pernah nampak apabila Kasyaf mengambil Kayla di universiti. Setahunya Kayla hanya ada seorang abang sahaja.

Danial mengangguk. "Ye bang.. Saya kawan satu U dengan Kayla.." Ridzwan mengangguk. "Oo baru aku ingat kau yang teman dia dekat pagar haritu kan?"

Danial mengangguk. "Yep.. saya memang selalu teman dia kalau abang dia mari lambat. Takut juga kalau terjadi apa-apa sebab dia kan perempuan.."

Ridzwan senyum tipis dan mengangguk bersetuju. Betul la tu. si Kasyaf sorang je yang buat tak endah akan hal ini.

"Sowwyy aku lambat! Aku cari kertas ni tadi past–arghh!" hampir terjelumpuk Kayla dibuatnya namun Danial sempat merangkul pinggangnya.

Ridzwan yang bangun dari duduknya berkerut apabila melihat Danial menyentuh badan Kayla.

Kayla sengih. "Hehe sorry.." Danial senyum. "Kau ni memang cuai la Kayla.." Danial memerhati wajah Kayla. Dia belum melepaskan pelukannya.

"Ehem. rasanya dah bleh lepas kot. Tak manis la berpegangan lama mcm tu kecuali emergency case mcm tadi." Kayla dan Danial panggung kepala kearah Ridzwan yang tegang.

Danial mula melepaskan pelukan dan Kayla mula berdiri. Dia mengerling sekilas kearah Ridzwan yang mencerlungnya tajam dengan berpeluk tubuh.

Kayla mengalihkan pandangan kearah Danial lalu menghulurkan kertas kepada lelaki itu. "Nahh.. kau jangan tak bawak pula nanti. Tak pasal prof Marina jadi singa betina pula.." Danial terkekeh ketawa lalu menyambut huluran itu.

"Alright ma'am.. Alah aku bukannya mcm si Ika yang selalu lupa tu. konfirm aku ingat benda penting mcm ni." Kayla senyum sahaja.

Ridzwan menolak isian pipinya dengan lidah. Entah mengapa tapi panas pula hatinya apabila melihat Kayla begitu ramah dengan Danial. Mungkin dia sedikit terasa apabila Kayla mengendahkannya.

"Dahlah pergi la kau. Menyemak aje.."

Ridzwan mengangguk bersetuju. Betul. Shuh shuhh.. Kacau je aku nk dating dengan si cenonet tu..

Danial mencebik. "Halau aku nampak?" Kayla terkekeh ketawa lalu menolak bahu Danial. "Dah pergi balikk.." ujarnya lalu menolak Danial keluar dari rumah.

Tercengang Ridzwan apabila gadis itu dengan selambanya bersentuhan dengan lelaki lain. Memang la tidak bersentuh kulit tapi tetap bersentuh juga kan?

"Ish kau ni! Jalan perlahan-lahan la.. Bye abang! Saya balik dulu.." tempiknya kearah Ridzwan. Ridzwan mendengus lalu menyebak rambut ke belakang.

Benci pula melihat adegan dimana Danial memeluk Kayla padahal dia tidak pernah menyentuh Kayla sehingga begitu.

"Sorry abang, Nial tu memang kepoh sikit.." ujar Kayla lalu duduk diatas sofa. Dia terus mengambil joystick controller untuk menyambung permainan.

Ridzwan merampas objek itu lalu melempar ke atas sofa. Dia berpeluk tubuh dihadapan Kayla. Kayla berkedip-kedip dihadapan Ridzwan.

"Kenapa? Abang dah penat ke?"

"Sape lelaki tadi?" Kayla meneguk liur kesat mendengarkan suara garau Ridzwan yang agak dominant.

"Kawan Kayla dekat U.." jawab Kayla tanpa beragak.

"Kenapa sampai sentuh bagai? Macam dah biasa je main sentuh-sentuh dengan dia?" Berkerut dahi Kayla.

"Takdelah. Tadi je Kayla sentuh dia sebab Kayla tolak dia keluar dari rumah.. Saje je Kayla halau dia tadi.." ujarnya lalu ketawa perlahan. Namun terhenti tawanya apabila Ridzwan masih merenungnya tajam.

"Bukan sentuhan tu yang abang maksudkan. Tapi sentuhan berpeluk tu. berpelukan lama pula tu. macam dah selesa aje peluk mcm tu?"

Kayla berkerut lalu menggeleng. "Taklah. Tulah first time dia peluk Kayla. Sebab emergency je tadi. Dia tak pernah peluk Kayla sebelum ni."

Ridzwan mengecilkan matanya. "Macam tipu je? Entah-entah belakang abang, adik berpeluk dengan dia mcm tu jugak tak?"

Kayla makin berkerut lalu bangun dari duduknya. "Abang kenapa? Kenapa tiba-tiba nak tuduh Kayla tanpa unsur periksa macam ni? Kan Kayla dah cakap tadi itulah first time kami peluk. Tu pun tak sengaja kan?"

"Yeke tak sengaja? Atau adik buat-buat jatuh tangga supaya dia peluk adik kan?"

Kayla mengendurkan bahunya. Wajah masih beriak bingung dengan kelakuan Ridzwan. "Seriusly? Abang ingat Kayla ni attention seeker ke? Kayla memang suka pelukan tapi bukannya yang haram macam tu. abang ada nampak Kayla jatuh buat-buat ke tadi?"

Ridzwan menjungkit bahu. "Abang tak tahu niat orang. Tapi berdasarkan riak wajah adik, abang tahu yang adik mcm suka je dipeluk oleh dia tadi kan?"

Kayla mengetap bibir. Matanya mula berkaca apabila orang yang paling rapat dengannya memfitnahnya sehingga sebegitu padahal dia tidak suka pelukan dari lelaki lain kecuali Ridzwan.

Ridzwan menghela nafas apabila melihat Kayla yang mula menitiskan airmata. Dia melangkah perlahan kearah Kayla lalu menekup kedua pipi gadis itu.

"Look. Abang bukannya nak tu–" belum sempat dia ingin mengungkapkan kat, Kayla telah menepis perlahan tangannya.

"Abang balik la. Kayla penat." ujar Kayla lalu melangkah menaiki tangganya. "Adik! Dengar abang cakap dulu!"

Jerit Ridzwan namun Kayla tidak mengendahkan. Ridzwan mendengus lalu menyebak rambutnya ke belakang apabila melihat Kayla mengusap air mata di pipi.

"Salah aku jugak tak percayakan dia sedangkan aku kenal dia mcm mana.." gumamnya perlahan selari melihat ke tingkat atas iaitu bilik Kayla. Dia mengeluh kasar lalu berdecit.

"Merajuk dah budak tu.. bodohlah kau ni Ridz.." Ridzwan menggaru kasar kepalanya. Entah mengapa dia amat marahkan Kayla tadi. Hatinya rasa agak sakit apabila Kayla rapat dengan lelaki lain namun dia hanya menidakkan perasaannya itu.

TBC🤍
Haaa gaduh la kome.. aku nak beli popcorn kejap.

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now