BOLA mata Adam masih melekat di skrin telefonnya. Membaca setiap patah perkataan yang tertera di peti inbox e-melnya untuk kali kedua.
From: azaleaidris@gmail.com
To: adamhirdy@gmail.com
Subject: Please read this mail.Assalamualaikum, Adam. Saya tak tahu sama ada awak baca atau tidak email ni. Tapi saya harap sangat awak baca. Saya dah tak tahu cara macam mana lagi untuk berhubung dengan awak memandangkan awak langsung tak mahu jawab call daripada saya.
Saya merayu pada awak, tolonglah balik ke Malaysia. Daddy tengah kritikal sekarang. Daddy nak sangat jumpa dengan awak. Andai kata daddy tak bangun dari koma dan terus pergi, saya harap sangat daddy sempat dengar awak bisikkan kemaafan awak pada daddy. Itu yang daddy harap sangat selama ni.
Saya tahu awak masih marah tapi tolong lupakan sekejap marah awak dan balik jumpa daddy. Kalau awak nak saya datang jumpa awak dan melutut depan awak pun saya sanggup asalkan awak balik. Saya merayu lagi sekali, Adam. Tolonglah balik.
Adam terus menutup e-mel itu dan telefon pintarnya dicampak ke atas tilam dengan kasar. Melantun-lantun peranti itu hingga jatuh ke atas lantai. Sikit pun dia tak peduli. Malah, dia mengatur langkah ke jendela. Cermin tingkap ditolak. Jauh dia merenung ke dalam kepekatan malam bumi Kanada.
Muncul seraut wajah seorang wanita yang menjadi punca dia berada jauh beribu batu dari tanah kelahirannya. Wanita yang sama merayunya untuk pulang semula melalui pesanan e-mel yang diterima tadi. Wanita yang dia haramkan mulutnya menyebut sepotong nama itu sejak 3 tahun yang lalu.
"Aku tak sangka kau cari aku guna email untuk suruh aku balik. Sampai sanggup nak melutut depan aku. Terdesak sangat ke kau, perempuan? Atau kau memang dah tak sabar-sabar nak aku hancurkan kau?" Tuturnya sendirian.
"Baik, kalau itu yang kau nak, aku akan balik. Lagipun aku rasa dah sampai masa untuk aku mulakan permainan aku pulak. Kali ni aku yang akan kemudi permainan ini." Sambungnya, begitu sinis.
Fikirannya yang terbang jauh ke Malaysia bertebaran pergi apabila bunyi deringan telefonnya memekik memecah sunyi bilik. Lalu, dia menyusun langkah mendapatkan telefon pintarnya yang terdampar di atas lantai.
Melihat nama yang tertera, senyuman Adam serta merta tertarik lebar. Tubuhnya dibongkokkan mengambil peranti itu. Skrin digesek ke kanan dan terus dilekapkan ke telinga.
"Hello, sayang."
Semakin lebar senyuman Adam mendengar suara yang begitu manja di talian sebelah sana. "Assalamualaikum." Ujarnya dengan nada mengusik.
"Ops... sorry. Waalaikumsalam. You dah tidur ke?"
"Belum." Jawab Adam sambil melirik jam di dinding. Sudah pukul 12.20 pagi. Bermakna di Malaysia sekarang lebih kurang pukul 1 petang.
"Kenapa tak tidur lagi? Dah lewat malam kan dekat sana?"
"Okey, I pergi tidur sekarang. Goodnight."
"Hey, Adam!"
Pecah tawa Adam. "Tadi you jugak yang tanya kenapa I tak tidur lagi. Bila I nak pergi tidur you marah pulak." Kakinya menapak semula ke arah jendela yang terbuka.
"Janganlah tidur lagi... I rindu nak dengar suara you. Lately ni jarang I dapat berbual dengan you. I rindu you sangat-sangat."
Kali ini Adam hanya tersenyum dengan rengekan itu. "I pun rindukan you jugak. I bukan sengaja tak jawab call you. I memang busy sangat. I minta maaf, okey?"
"It's okay. I faham. Cuma rindu I ni membuak-buak sejak dua menjak ni. Masalah hormon kot."
Lagi sekali Adam tersenyum. Suara ketawa halus yang meletus di hujung talian membuatkan rindu di dadanya juga tiba-tiba membuak sama.
YOU ARE READING
Kerana Dendam
RomanceAdam Hirdy | Azalea **TRIGGER WARNING** READER DISCRETION IS ADVISED. This story may be upsetting for some readers, as it explores themes of mental illness and trauma. It also includes sensitive content such as sexual assault, violence, kidnapping...