SAKIT PERUT

1.2K 69 0
                                    

Perut Ainor(bukan nama sebenar) tiba - tiba memulas - mulas di waktu tengah malam yang cukup sunyi dan hening. Ainor cuba menahan sakit perutnya itu kerana keberaniannya adalah di tahap yang paling rendah buat masa ini. Segala kisah - kisah seram atau mistik berkaitan hantu tiba - tiba sahaja datang menyinggah ke akal fikirannya membuatkan Ainor cuba menahan sebaik mungkin sakit perutnya itu. Malangnya tidak sampai 10 minit sakit perut si Ainor ini datang kembali jadi Ainor terpaksa pergi ke tandas dengan segera.

Ainor keluar dari bilik asramanya untuk ke tandas tetapi memandangkan sepanjang koridor terlalu sunyi berikutan jam di dinding pun sudah menunjukkan pukul 3 pagi maka Ainor berpatah balik dan cuba mengajak 2 orang rakan baiknya iaitu Yati dan Umai untuk menamaninya ke tandas. Ainor bersusah payah mengejutkan mereka dari tidur yang nyenyak di atas tilam yang empuk. Mereka bangun dan bertanya kepada Ainor :-

Yati : Alahhhhhh!! Kacau lah aku nak tidur! Kau nak apa?

Ainor : Teman aku kejap pergi tandas! Tolong! Sakit perut sangat nih!

Umai : Esok - esok jer lah kau berak Ainor! Aku mengantuk nih! Selamat malam!

Ainor : Cis! Bangun lah weh! Hari tu aku teman korang! Malam nih korang pula lah teman aku!

Yati : Hah! Mengungkit! Mengungkit!

Ainor : Tak kisah lah ungkit ker tak! Janji korang dua kena teman aku pergi tandas! Sekaranggggg!! Aku dah tak tahan dah nihh!!

Umai : Yer lahhhhhhhh!!

Mereka bertiga pun pergi lah ke tandas dengan segera! Ainor masuk ke dalam bilik air manakala Yati dan Umai menunggu dia di luar bilik air di dalam tandas itu.

Ainor : Korang berdua tunggu aku tau! Jangan balik bilik pula! Nanti putus kawan!(jerit Ainor dari dalam bilik air)

Namun, tiada langsung sahutan balas daripada Yati mahu pun Umai. Ainor mula takut dan sedikit marah kerana geram dengan beranggapan Yati dan Umai telah meninggalkannya seorang diri di dalam tandas. Jadi, selepas selesai urusannya di dalam bilik air maka dia pun berlari masuk ke dalam biliknya dengan segera kerana ketakutan. Sampai sahaja dia di bilik di lihatnya Yati sedang nyenyak tidur manakala katil si Umai pula kosong tanpa tuannya. Ainor pun terus memejamkan mata. Keesokkan harinya sewaktu di dewan makan si Ainor bertanya kepada Yati.

Ainor : Eh, Yati! Mana si Umai?

Yati : Umai? Umai kan balik rumah! Kau nih boleh buat lupa pula! Kan kita berdua yang hantar dia sampai dekat pondok pengawal petang semalam.

Ainor : Eh? Biar betul nih!

Yati : Habis selama nih pernah ker aku tipu kau Ainor? (Yati memang seorang yang bercakap benar)

Ainor : Alamak!!! (muka pucat)

Yati : Eh? Kenapa kau pucat tiba - tiba nih?

Ainor : Pagi tadi...pagi tadi...

Yati : Dah kenapa tiba - tiba kau gagap pula nih? Ada apa dengan pagi tadi?

Ainor : Pagi tadi aku sakit perut! Lepas tu aku ajak kau dengan Umai teman aku pergi tandas. Aku sendiri yang kejutkan kau dengan Umai. Habis Umai tu...

Yati : Kejap..kejap...kau kejut aku pergi tandas?

Ainor : Ialah! Aku kejut kau dengan Umai pergi tandas lah!

Yati : Kau kejut aku dekat mana?

Ainor : Aku kejut kau dekat katil kau lah! Takkan katil Umai pula. Adoi!

Yati : Masalahnya semalam aku tidur dekat bilik sebelah! Aku tak balik pun bilik kita semalam. Kau biar betul?

Ainor : Woiii!! Agak - agak lah kau nak bergurau! Ker kau nak kenakan aku? Habis tu yang semalam tu sapa pula?

Yati : Sumpah weh aku tak tidur dekat bilik kita semalam. Tak percaya kau tanya budak bilik sebelah!

Ainor : ......................(Pucat)

Eeeeee Takut Yeee......Место, где живут истории. Откройте их для себя