PARASIT

1.3K 69 3
                                    

BALMMM!!! Pak Sood menghempas pintu rumahnya. Berang betul dia, seekor lagi kambingnya dicuri orang. Minggu lepas dia sudah kehilangan 2 ekor kambing dan hari ini hilang lagi seekor. Pelbagai cara sudah dia ikhtiarkan untuk mencari kambingnya, namun segala usahanya menemui jalan buntu.
"bang, kenapa ni mengamuk tak tentu pasal" Mak Temah mula risau dengan keadaan suaminya itu, bagai kerasukan hantu mengamuk tak tentu hala.
"Kambing aku hilang lagi, malaun mane punya kerja ni. Kalau aku dapat tangkap siap aku kerjakan" ujar Pak Sood sambil mengetap bibirnya, kemarahannya kian meruap-ruap.
"bang, saya rase awak tak boleh nak harapkan si Jali dangan si Najib je yang tengokkan kambing awak tu," ujar Mak Temah seraya menghidangkan secawan kopi di atas meja makan . Pak Sood segera duduk lalu mencapai secawan kopi yang dihidangkan Mak Temah itu. Selapas kecurian kambingnya yang kedua, Pak Sood tekad untuk mengupah dua pemuda kampung untuk menjaga kambingnya. Namun usahanya mengupah Jali dan Najib tetap tidak dapat menyelamatkan kambingnya dari terus dicuri.
"ermm betul kata kamu Mah, entah-entah budak dua ekor tu yang berpakat dengan pencuri" tuduh Pak Sood.
"takkanlah bang, budak dua orang tu saya rase tak lah sampai tahap tu, mungkin budak-budak tu tertidur mase kambing abang tu kene ambil"
Pak Sood hanya mengeluh, amarahnya kian berkurang. Dia perlu mengambil langkah yang lebih agresif, jika diharapkan kepada Najib dan Jali entah-entah esok lusa dengan kandang kambing pun lesap diangkut orang. Dia menghirup kopi panas, benaknya ligat mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kecurian kambingnya itu.
"Mah! Mane Pali? Tidur ke petang-petang begini?" Tanya Pak Sood akan perihal anak lelaki tunggalnye itu kepada Mak Temah.
"ada di dalam bilik agaknya, tengok DVD lah tu. Saya Nampak dia balik dari rumah kawan dia si Bobo tu tadi bawak DVD"beritahu Mak Temah, tangannya sibuk memotong sayuran untuk hidangan makan malam mereka sekeluarga.
"tengok DVD? Kamu ni Mah, cubelah tengokan apa yang Pali tu buat. Budak sekarang ni bukan boleh percaya, entah DVD apa ditengoknya" Pak Sood segera bangun lantas melangkah menuju ke bilik anak tunggalnya itu.
"Allahuakbar,cerita apa yang kamu tengok ni Pali,macam tak elok je ayah tengok" suara Pak Sood membuatkan Pali yang kusyuk menonton filem di komputernya tersentak. Pali segera menekan button pause seraya berpaling memandang ayahnya.
"cerita jepun ni ayah, pali pun baru tengok..cerita alien kot" jelas Pali untuk menyangkal persepsi negetif ayahnya terhadap diriya.
"ermm kamu ni tak ajak ayah, tengok sorang-sorang ..cerita apa kamu tengok?" soal Pak Sood, dia menghampiri anaknya itu.
"tajuk dia Parasyte ayah, cerita makhluk asing agaknya sebab pali tengok makhluk pelik2 saja"terang Pali. Pak Sood membelek-belek sampul dvd filem yang ditonton anaknya itu. Gambar makhluk-makhluk pelik memenuhi sampul dvd itu.
"Huh! Tak minatlah ayah cerita macam ni, ni ape ni tangan macam sotong,gigi tajam, mate pula tersembul. Sudahlah pergi mandi, malam ni kita pergi berjaga di kandang kambing ayah"arah Pak Sood.
"Abang Najib dengan Abang Jali kan ada jaga kambing"Pali tidak mahu tidur di kandang, sudah serik terpaksa berperang dengan nyamuk lagipun dia sayang nak meninggalkan filem yang baru separuh ditonton olehnya.
"kamu ni! Dengar sajalah cakap ayah,lepas maghrib nanti ayah nak tengok kamu dah bersiap ye..kalau tak ayah yang siapkan kamu" kecut perut Pali mendengarkan amaran daripada ayahnya itu. Pak Sood memang terkenal dengan sikap panas barannya. Pernah sahaja dia menumbuk muka cikgu sekolah Pali sampai berdarah kerana memulas telinga Pali disebabkan Pali tidak siap kerja sekolah.
....................................................................................................................
Pali melihat jam tangannya, Pukul 12.30 tengah malam, matanya benar-benar mengantuk ,sekali sekala dia tersengguk. Pali berpaling memandang ayahnya yang berdiri merenung keluar jendela pondok, meninjau kawasan sekeliling kadang kambing yang tidak jauh dari pondok mereka bermalam.
"ayah, mana Abang Jali dengan Abang Najib ye..tak nampak pun" soal Pali apabila dia sedar akan ketiadaan dua orang pekerja ayahnya itu.
"ayah suruh budak dua ekor tu balik, membazir duit saja upah diaorang"jawab Pak Sood, matanya masih meninjau persekitaran kawasan kandang kambing mereka. Pali mengeluh, ayahnya itu selalu sahaja mengambil tindakan terburu-buru tanpa berfikir panjang dahulu. Alangkah bagusnya kalau ada Jali dan Najib, sudah tentu dia boleh tidur dan tak perlu berjaga menemani ayahnya.
Tiba-tiba Pak Sood ternampak satu kelibat hitam bergerak dengan pantas masuk ke dalam kandang kambingnya. Pak Sood segera mencapai senapangnya, dia memeriksa peluru senapangnya kalau-kalau belum diisi. Kemudian dia mencapai lampu suluh yang di letakkan olehnya di atas meja.
"Ayah! Nanti! Ayah nak ke mana?" langkah Pak Sood terhenti di muka pintu pondok, dia berpaling.
"Ada orang nak curi kambing aku, siap dia malam ni" ujar Pak Sood,
"Ayah nak tembak orang ke?"

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now