RESORT

1.6K 44 0
                                    

"Haaaa penatnya.. Nikmatnya dapat baring atas tilam." Aku hempas tubuhnya atas katil di hostel kami. Aku berkongsi bilik dengan Nazirah dan Fasha. Baru tiga bulan kami berada di Resort Swiss Garden Damai Laut Lumut ini untuk menjalani latihan praktikal.

Aku pejam mata rapat. Lenguh segala anggota badan. Hari ini ada function di Dewan Banquet, kena pula aku ditugaskan untuk menjaga buffet line manisan dan pencuci mulut, memang kelam-kabut aku refill tray.

Nasib baik food trolley sudah memang dibawa naik ke atas. Kalau tidak, mahu pengsan aku kena turun ke dapur pastri dan naik semula ke Dewan Banquet itu berulangkali walaupun guna lif.

Lumrah, kalau dapat guest dari China. Dia orang punya makan tu macam tak pernah jumpa makanan sepuluh tahun! Dengan berebut nak mengambil makanan, tamak tu tak usah cakap la. Ambil banyak tapi tak habis makan.

"Aria, lagi sebulan boleh kurus kau dik," kata Kak Dila sambil ketawa. Tangannya laju memindahkan pencuci mulut dari troli ke dalam dulang. Rasanya kebanyakan staff di resort itu memang akan jadi pemaki tegar kalau tetamu yang masuk datang dari negara yang namanya China.

Mujur esok aku kerja petang. Dapatlah rehat puas-puas. Cadangnya, aku mahu tidur dan bersantai saja esok sebelum masuk kerja. Badan masih penat.

"Esok Aria masuk petang. Akak pagi kan? Akak serve dia orang eh?" usikku. Kak Dila balas mengacah aku dengan penumbuknya. Aku ketawa kecil.

*****

"Aria, tolong akak ambil jus dengan cream cheese dalam chiller besar. Stok dekat dapur kita dah tak ada," suruh Kak Dila. Hari ini dia pun masuk petang rupanya. Abang Faiz minta tukar, ada kecemasan katanya. Anak dia demam panas.

"Berapa banyak?" tanyaku. Setelah diberitahu berapa jumlahnya, aku tolak troli menuju ke peti sejuk besar di hujung lorong masuk ke dapur resort. Sambil menyanyi, aku masuk ke dalam peti sejuk itu. Ah! Syoknya. Sejuk!

Aku ambil beberapa botol jus bersaiz 3 liter lalu aku keluar dan letakkan dalam troli. Kemudian aku masuk semula dan ambil lagi beberapa botol.

"Aria!" panggil seseorang dari dalam chiller itu. Ishh siapa pulak ni? Aku masuk tadi tak ada orang pun? Dah la sejuk, makin seram sejuk aku rasa.

"Aria, sini la. Abang Alif ni kat belakang rak jus," panggilnya. "Laa, buat terkejut je Abang Alif ni," aku mengusap dada. Cuba memperlahankan semula rentak dan ritma kelajuan jantung aku tadi.

Aku pandang Abang Alif berdiri di belakang rak besi dilindungi botol-botol besar jus yang berderet susunannya. Apa pulak dia buat dekat situ?

"Abang ni dah kenapa pergi belakang tu? Jus kan boleh ambil dari depan ni?" aku bertanya pada Abang Alif, salah seorang staff cold kitchen.

"Tadi botol jus ni jatuh, tu yang abang masuk belakang ni. Abang bukan nak ambil pun. Dah ada stok kat chiller kita orang," katanya.

"Dah tiga minggu tak jumpa abang. Aria busy, seminggu Aria cuti. Abang tu lagi la sibuk. Pekerja kesayangan chef la katakan," aku berseloroh padahal kami staff di dapur hotel ni majoriti tahu, dia rajin mengular. Dia senyum saja.

"Tak adalah. Abang pun cuti. Tu yang Aria tak nampak abang kat kitchen. Lagipun syif kita bukannya sama," jawab Abang Alif. Dia keluar dari belakang rak besi yang tersusun botol-botol jus itu.

Kenapa muka dia nampak pucat ya? Macam tak bermaya. Eh, kan dalam chiller ni? Sejuk la tu. Suhu paras negatif darjah celsius kan.

Aku angguk mendengar kata-katanya. Setelah cukup stok jus, aku ambil cream cheese pula. Abang Alif sudah keluar menuju ke pintu. Sebelum kembali ke dapur, dia sempat bertanya padaku mahu dia tunggu atau pergi dulu.

Eeeeee Takut Yeee......Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon