FLAT 5A

888 43 1
                                    

Pada malam tu saya dan rakan rakan saya seramai 8 atau 9 orang lepak minum kedai makan. Tiba tiba salah seorang daripada kawan kami cerita yang semalam pada pukul 3 pagi dia otw balik rumah naik motor bersama rakannya. Masa dia otw balik rumah tu tiba tiba ada 2orang budak kecik perempuan pakai baju kurung yang lusuh berlari-lari sambil memegang tangan di depannya. Time tu kawan saya ni dah tak sedap hati. Mana tak nya ada ke budak kecik yang umur dalam 5 atau 6 tahun keluar pagi pagi buta ni kan haa perempuan pulak tu. Dalam hati kawan saya ni dah cakap malam ni comfirm dia kena punya. Sudah sampai ke rumahnya kawan saya dan rakan dia ni lepak depan rumahnya sbb niat tu nak hisap rokok sebatang baru ke rumah masing masing. Sedap2 feel sedut rokok tiba tiba budak 2orang perempuan tu berlari didepan mereka dan tiba2 budak tu berhenti dan memandang jeling dekat kawan saya dan rakannya. Kawan saya pun dengan selamber dia tanya kepada budak tu " Dik, mak adik mana? " Budak tu jawab dengan suara yang perlahan " Mak takda " dan lalu budak 2 orang tu berlari sambil memegang tangan dan terus hilang. Apa lagi rokok pun tak fikir feel asap pun tak fikir diorang terus masuk rumah.

Setelah kami semua mendengar cerita mereka time tu saya dan rakan2 saya plan lah nak lepak sampai subuh sebab nak tgk budak tu. Kami tunggu pukul 2 baru kami gerak ke rumah kawan saya ni. Pejam celik pejam celik tet tet tet pukul 2...... Tanpa membuang masa kami semua 8 atau 9 orang gerak ke rumah member saya ni. Dah tiba ke rumah member saya semua duk lepak depan rumah member saya ni sebab depan rumah dia memang tempat kami lewat time lewat malam. Yelah ada kerusi, meja semua. Masa kami lepak tu kalau nak diikutkan niat masing masing termasuk saya memang salah. Semua niat nak jumpa budak tu dan ada yang mulut celupar lah, ada yang berlagak lah cakap tak takut lah tu lah. Dipendek kan cerita. Setelah pukul 3 pagi kami menunggu dan masing2 tgk sekeliling. Yelah mana tahu dia muncul depan kami ke kan haaa.

Tunggu punya tunggu dah pukul 430 pagi. Tiba tiba saya mendengar suara perempuan menjerit seolah2 macam kena rasuk. Saya diam dan buat tak tahu. Dalam 5 minit macam tu semua kawan saya dan termasuk saya terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat. Time tu semua tak sedap hati dah tapi masing2 muka cover jelah buat tak tahu. Tiba tiba suara tu berhenti! Dan kami mendengar suara tapak kaki yang sedang berlari ke arah kami. Tapi bila padang sekeliling takda orang pun. Dan kami dengar balik suara tapak kaki yang seolah2 ramai yang berlari ke arah kami. Time tu bulu roma dah duk mencacak dah tapi buat tak tahu jelah kan haa kalau tegur jadi lain pulak. Kami pun borak macam biasa. Dalam 1minit macam tu kawan saya tiba2 bercakap dengan suara yang perlahan " Weh! Weh! Cer korang tgk kat tingkat 5 tu " Kami pun tgk dan terkejut! Kami nampak macam kepala tapi tiada badan dan rambut yang panjang memandang kami! Time tu apa lagi masing2 nak lari dah tapi kawan saya pesan " Ni kena balik lepas azan subuh ni" dan time tu semua muka menyesal gila lepak malam ni.

Dan kami memandang semula pada tempat yang kami nampak kepala tu sudah tiada dengan sekelip mata. Haih dalam hati " Nak balik nak balik nak balik " dalam 3minit macam tu pulak tiba2 saya rasa lenguh satu badan. Saya pun bangun dan menyandar ke kereta dan memandang arah flat berhadapan tempat kami yang lepak tu. Dan pandang punya pandang dan saya terkejut! " Nampak macam perempuan pakai kain putih" saya tgk lama lama haish mungkin kain sahaja sebab tak bergerak langsung. Dan saya memandang ke arah kawan saya dan sekelip mata saya memandang balik ke tempat tu saya nampak perempuan berbaju putih dan mengangkat tangan nya memanggil saya! Fuh time tu bukan setakat bulu roma je naik habis rambut pun dah pacak. Dan saya masih was was mungkin saya salah nampak. Dan saya memanggil 3orang kawan yang yang bernama shafiq, ajan dan husnul. " Pik, jan, husnul mai sini sekejap. Saya tarik tangan mereka dan saya berbisik " Cuba korang tgk dekat flat depan tu. Diorang pun tgk punya tgk dan shafiq husnul ajan ni tiba2 mereka terus duduk! Saya tanya " nampak apa? diorang diam je. Saya ulang balik " nampak apa? Dan si ajan ni berbisik " Apa yang kau nampak iman? Saya pun cakap " Aku nampak perempuan berbaju putih yang sedang memanggil aku dengan tangganya " Tiba2 ajan ni bisik " Sama lah aku doh, aku nampak benda yang sama! Saya terkejut! saya ingat saya punya fikiran tapi sebenarnya betul. Dan saya terus duduk dan borak dgn diorang.

Tak lama selepas itu. Kawan saya yang bernama wafiq dia duk tgk belakang kami je. Sekejap pandang kami sekejap pusing belakan saya pu tanya lah " Kau ni dah kenapa? Lalu dia jawab " Aku rasa ada orang duk mengintai kita lah" Ah sudah! jangan kena lagi ni ish! kami pun tengok arah belakang kami dan takde apa langsung! Kami pun borak semua dan saya memandang belakang dan tiba2 saya nampak kepala yang mengintai kami! Fuh apa lagi duk cuit2 kawan saya semua lah. Mereka terus lihat dan kepala tu masih tgk kami yang kelihatan seperti mengintai! Dan dia keluarkan sedikit kepalanya dan senyum kepada kami! Apa lagi semua terus pandang ke arah lain dan mulut terkemut2 membaca ayat-ayat Al-quran

Tak lama selepas itu kami memandang balik ke belakang fuhh nasib baik dah takda. Ada kawan saya dah nak nangis kata nak balik nak balik. Tapi kami masih menunggu azan

Pada pukul 515 pagi. Kami berborak borak yang dalam hati masing2 tengah ketakutan tiba2 2org budak perempuan tu muncul dan memakai baju sekolah yang sangat lusuh! Kami terkejut dan terus berdiri dan kaku. Saya pun tanya " Dik, mak mana? dia menjawab " Mak takda dgn suara yang perlahan. Ha jawapan yang sama! Semua duk usha dia yang berjalan kaki ke arah bustop. Tp dalam hati fikir manusia. yelah kan mana lah tahu haa.

Sedang kami tgk 2orang perempuan ni duduk di bawah bustop mungkin menunggu bas saya dan kawan saya merancang pergi ke bustop untuk memastikan manusia atau H.

Lalu saya pergi bersama kawan. Sampai je kat bustop kawan saya terus tanya " Adik ni duduk kat mana? Dia menjawab " Dekat flat 5A tingkat 2" Kawan saya tanya balik " No rumah berapa? Ayah dan mak nama apa? " Dia menjawab dengan mata yang jeling " No rumah 203. Nama ayah Mazlan nama mak Mazlina" Dalam hati saya fuh ni manusia ni. Dan kami terus pergi selepas mendapat kepastian yang 2org budak perempuan tu manusia

Selepas solat subuh kami semua pergi berjumpa Ketua Flat itu yang bernama Khalid dan kami memanggilnya Tok. "Tok tok! Kami nak tanya sikit ni" Lalu Tok cakap " Ha! tanya apa? Kami tanya " Tok ada tak org duduk flat 5A no rumah 203 nama suaminya mazlan dan isterinya mazlina? " Muka tok seperti memikirkan. " Ada! tapi dulu lah dah lama dah. Tapi mereka dah pindah setelah kedua anak perempuan nya mati akibat langgar lari" Haaaaaa?!!! Dua orang budak?! Kami mendiamkan diri dan lalu kami pergi dalam ketakutkan.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now