SIAPA?

1.1K 53 3
                                    

Jam telah menunjukkan pukul 6 petang, kelihatan 3 orang sahabat baik, Khai, Zack dan Alif sedang duduk berbincang mengenai projek yang ingin mereka laksanakan. Khai sebagai seorang yang hati kering bab benda mistik memberikan cadangan kepada dua sahabatnya untuk bersama-sama merungkai misteri di sebuah blok tinggal yang dikatakan sudah tidak berpenghuni untuk lebih 30 tahun.

Zack dan Alif kelihatan teruja mendengar cerita Khai mengenai blok tersebut dan mereka bersetuju untuk pergi ke sana. Khai merupakan seorang individu yang biasa melakukan jejak paranormal di beberapa tempat dan menurutnya, selama ini dia tidak pernah terserempak dengan benda benda misteri mahupun hantu. Khai yang terkenal dengan sifat beraninya telah dilantik sebagai ketua ekspedisi paranormal mereka di blok tinggal tersebut.

Setelah selesai menjamah makanan mereka, Khai telah memberikan cadangan untuk pergi ke situ pada pukul 11 malam. Baki masa dua jam lagi mereka gunakan untuk menyediakan peralatan seperti kamera dan beberapa alatan perakam audio yang boleh digunakan untuk tujuan menangkap sebarang gambar atau bunyi asing yang mungkin berpunca dari makhluk halus yang menetap di situ. Kehebatan tiga sahabat dalam seni pembuatan filem pendek di kolej mereka menjadi semua benda tampak mudah dari segi peralatan.

Tepat jam 11 malam mereka pun memulakan perjalanan dari kolej mereka menuju ke arah blok tinggal tersebut. Blok tinggal tersebut terletak lebih kurang 20 km dari kolej mereka. Sepanjang perjalanan ketiga-tiga sahabat tengah sibuk berbincang mengenai plan mereka untuk ekspedisi paranormal mereka itu. Khai mengatakan kepada dua kawannya.

"Korang releks lah, takda hantu punya, paling kurang bunyi benda jatuh la, apa la, dah biasa dah benda macam ni"

Zack membalas,

"Kau jangan takbur Khai, jangan kelak kerana mulut badan kau binasa."

Alif menambah,

"Betul cakap Zack tu Khai, mak aku cakap kalau nak pegi tempat macam ni mulut jangan celupar sangat, buruk padahnya."

Khai tidak mengendahkan kata-kata rakannya dan terus mengatakan bahawa,

"Korang masih amatur bab benda ni, aku dah lama berkecimpung bab cari hantu semua ni. Setakat ni takda satu pun hantu datang jumpa aku."

Zack dan Alif hanya menggelengkan kepala mendengar kata-kata Khai tersebut. Masa 40 minit telah berlalu dan akhirnya mereka sampai di tempat yang dituju. Jam telah menunjukkan waktu tepat 11.40 malam.

Suasana malam yang dingin dan menyeramkan itu, telah menimbulkan rasa kurang selesa di hati Zack dan Alif tatkala mereka melihat blok tinggal tersebut tersergam di hadapan mereka. Khai tengah sibuk mengeluarkan kamera dan peralatan audio mereka dari bonet kereta mereka. Sedang mereka sibuk mengeluarkan peralatan mereka....

Tiba tiba, deruan angin dingin telah membelah muka ketiga-tiga sahabat tersebut dan seiringin itu kedengaran bunyi salakan anjing liar yang kedengaran sayup sayup dari jauh. Alif teringat pesan neneknya yang apabila terdengar salakan anjing yang dekat maknanya makhluk itu berada jauh.

Namun apabila terdengar salakan anjing itu dari jauh maknanya makhluk itu berada dekat. Kelihatan muka Alif telah pucat seperti tiada darah langsung apabila teringat pesan nenenknya. Zack yang perasan akan benda itu terus bertanya kepada Alif sama ada dia okay ke tak. Alif tersentak dengan sapaan Zack dan terus mengatakan dia okay cuma kecut perut sikit mendengar salakan anjing tadi.

Zack melegakan hati rakannya itu dengan mengatakan,

"Releks Alif, In Sha Allah takda apa2, aku ada teman kau, Khai pun ada, jangan risau"

Alif kelihatan lega sedikit mendengar kata kata Zack tersebut. Sesudah mereka selesai mengangkat barang barang mereka ke bawah blok tersebut, tiba-tiba Khai teringat yang dia tertinggal telefon bimbitnya di dalam kereta.

Eeeeee Takut Yeee......Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt