JALAN PINTAS (PART AKHIR)

670 49 1
                                    

Atas arahan Tok Gedawan,Senah mula melarikan diri.Hatinya mencebik Tok Gedawan yg menganggap dirinya lemah."Ini Senah lah,tiada apa Senah takutkan!,"getus Senah.Baru saja beberapa langkah menapak di Jalan Pintas,Senah terlihat kelibat Milah."Bagus! Kau datang juga Milah!,"angkuh Senah berbicara. "Senah..kau akan terima balasannya..hihihihihi..seringai Milah.
Senah dengan angkuh memulakan langkah.
Ilmu hitam yg dipelajarinya digunakan menentang Milah. Namun Milah bukan manusia lagi,walau dia tahu dia tidak dapat menyentuh Milah dia boleh menggunakan kelebihan yg hantu sepertinya ada.
Dicampaknya pokok kayu sebesar pemeluk ke Senah,mengenai belakang Senah. "Celaka kau Milah!," tempik Senah.
Beberapa minit berselang pertarungan mereka, Akob bersama yg lain pun tiba."Senah!," teriak Busu Kamal.
"Milah..sayang..,"lemah Seman bersuara.
Keempat-empat mereka memandang Senah dan Milah yg sedang bertarung.
"Berhentilah Senah.!,"Bertaubatlah!nasihat Akob.Milah mula berhenti menyerang Senah.
Kini keadaan seolah-olah menjadi tegang.
"Tidak!Sampai mati pun aku takkan menyerah kalah!!," tempik Senah lagi.
Senah mulai berang, dia tidak puas selagi Milah tidak lenyap dari bumi ini walau sebagai roh sahaja.
Senah mula membaca jampi,walau ilmunya tidak lengkap dia tetap tidak peduli asalkan hajatnya tercapai.Namun dengan pantas,Busu Kamal dan Akob menggunci langkah Senah,Senah makin berang.Semakin Senah cuba melawan semakin kuat Busu Kamal dan Akob
menahan gerakan Senah.Akhirnya ilmu Senah tidak menjadi, dia mulai lemas dalam gengaman Busu Kamal dan Akob. Perlahan-lahan mereka meleraikan ikatan kunci pada Senah."Mengucap Senah,mengucap,"ujar Akob perlahan.
"Senah..Mana mayat bini aku kau tanam Senah?Mana?,"tanya Seman.
"Sabar Man sabar," ujar Akob.
Mengucap Senah,mengucap..," sambung Akob.
Belum pun sempat Senah mengucap apatah lagi memberi tahu di mana mayat Milah,Senah akhirnya mati dalam kekufuran.Badannya menggelupur mulutnya berbuih.
"Innalillahiwainnalillahirojiun..,"mereka bersimpati atas kematian Senah.
Seman memandang Milah penuh sayu.
"Milah..pergilah.. Senah sudah pun mendapat balasannya.,"lembut Seman bersuara.
"Betul tu Milah..alam kita sudah berbeza, pulanglah ke tempat asalmu Milah.,"Akob menambah.
"Tidak!Selagi Awang masih hidup!jerit Senah lalu menggilai.
Belum pun sempat Milah terbang meninggalkan Jalan Pintas itu,Akob mengeluarkan kalung milik Milah."Jika begitu,kau tak beri abang pilihan Milah," Seman bersuara.
Akob dan Busu Kamal bersama-sama meggunci gerakan Milah dan menariknya.
Dengan doa,tawakal, mereka menggunci dan menggurung Milah di dalam kalung itu."Tidak....terdengar jeritan Milah meraung sebelum lesap ke dalam kalung.Kalung diisi ke dalam kotak,lalu ditanam betul-betul bersebelah mayat Milah ditanam tanpa mereka sedari.Mayat yang telah diawet dengan sempurna sehingga tiada bau.
Ditanam sedalam 7 kaki ke dalam dan dikambus seperti tiada apa-apa.
Keesokkannya, Seman bersama 3 orang rakannya itu menuju ke rumah Awang,namun sesampai saja di sana,keadaan Awang sangat kasihan akibat derita ilmu penundduk Senah.
Setelah Awang diubati, meraung-raung lah Awang memohon ampun kepada Milah tanpa dia sedari segala sikap buruknya telah diketahui Seman dan yg lain.Seman teramat marah namun hendak dipukul nya Awang kasihan juga kerana Awang turut menjadi mangsa Senah.
Selepas peristiwa itu kampung mereka kembali aman. Seman saban hari merenung di Jalan Pintas itu me genangkan mayat isterinya itu."Di mana kah..,"persoalan yg sering terbuku di hatinya.Bagi Awang pula,dia cuba memulakan hidup yg baru.

Awang bertelaku di anjung rumahnya. Sudah lama peristiwa itu berlalu,namun kekesalan di hati masih terasa.Kesal dirinya terlalu ikut nafsu."Awang...hihihihihihihihihi..hilaian mula didengari lagi.
Awang pasrah,dia sudah biasa diganggu begitu kerana dia tahu,tapi dia kasihankan Ainul,anak gadis itu tiada kaitan dengan Milah terpaksa juga menderita sama.Misteri kehilangan Kamal masih menjadi misteri,puas mereka cari di mana Kamal namun tiada seorang pun menjumpai Kamal.Di suatu sudut kampung,di sebuah pondok usang bekas peninggalan Tok Gedawan,Kamal menyedarkan diri. Saban hari dia disitu seperti dikurung. Hinggalah pada satu malam,Milah menjelma di hadapannya.Kamal terkejut namun terkesima seketika bila Milah menjelmakan dirinya seperti manusia biasa.
Kamal menitiskan air mata."I..Ibu..,tapi..iii..ibu kan sudah lama tiada..?,"tanya Kamal.
"Kamal..anakku..ibu perlukan pertolongan mu nak..,"sayu Milah bersuara.
"Pertolongan apa ibu.?,"tanya Kamal.
"Carikan..jasad ibu nak..,"Milah bersuara lagi.
"Taaa....tapi bu..bukankah..sudah 15 tahun..,"tanya Kamal lagi.
Milah merintih,suara rintihannya amat menakutkan,Kamal sendiri berasa seram mendengarnya.
"Tiada siapa jumpa jasad ibu untuk ditanam sewajarnya nak..,"Milah semakin sayu.Kamal terduduk mendengar kata-kata ibunya."Jadi.. ibu menganngu kami menjelma dalam mimpi kami hanya mahu minta tolong?," tanya Kamal tiba-tiba.
"Begitulah nak..maafkan ibu..," Milah berkata penuh sayu."Maafkan ibu kerana menyerang kamu dan kawan-kawan kamu...juga.. membawa kamu ke mari nak..,"sambung Milah."Tidak mengapa ibu..saya janji..saya akan cari jasad ibu dan kebumikan sewajarnya bu.. "ucap Kamal. Malam itu berlalu tanpa sebarang hilain,suara unggas juga tidak kedenggaran.Penduduk kampung merasa lega kerana tiada apa yg berlaku.Namun seketika saja kelegaan melanda diri mereka bila gempar dengan kemunculan Kamal setelah dia dikhabarkan hilang selama seminggu.
Sesampai di rumah,dia mencari Pak Wahab.Orang tua itu tiada.di rumah,lalu dia menuju ke rumah Wak Seman pula,dilihat orang tua itu sedang khusyuk memberi ayamnya makan. "Ayah..," lembut Kamal menyapa.Wak Seman tersentap.Sudah lama dia menantikan Kamal memangilnya ayah."Maafkan Mal ayah..Mal marahkan ayah..sbab tu Mal berhenti bercakap dengan ayah.Mal salahkan ayah.Maafkan Mal ayah..,"hiba Kamal bersuara.Air mata Kamal bercucuran mengalir.Berpelukkan lah dua beranak itu. Pak Wahab yg kebetulan singgah ternampak akan telatah dua beranak itu tersenyum.Akhirnya Kamal sudi memaafkan abang iparnya itu.
"Ayah..Kamal dah tahu semuanya..,"dengan tiba-tiba Kamal bersuara.Pak Wahab dan Wak Seman tersentap."Mal..mana Mal tahu nak?,"tanya Wak Seman.
"Ermm..ingatkan masa Mal hilang tu?," tanya Kamal pula.
"Sebenarnya..ibu yang bawa Mal..tapi..kasiha n sungguh ibu..wajahnya pucat..suram..ibu sedih..dia juga marah..dia suruh Mal..cari jasad dia..," Kamal berkata-kata jujur.Wak Seman dan Pak Wahab beristifar mendengar kata-kata Kamal.Tak disangka selama ini, Milah marahkan mereka kerana jasad tidak dikebumikan dengan sempurna.Tapi sudah puas mereka cari tidak juga ditemui jasad Milah.

Sehari selepas kepulanggan Kamal, mereka kembali berpakat mencari jasad Milah semula.
Kamal mencai petunjuk,saban hari mereka mencari tetap tidak ditemui.Kamal termenung,pada suatu ketika,Kamal teringat dan terfikirkan sesuatu.
Kalung di tangannya dipegang erat,dia rasa dia sudah tahu di mana jasad ibunya ditanam.Lantas dengan segera Kamal mengatur langkah
menuju ke rumah Awang.Ya hanya dia sahaja yang tahu mana jasad Milah.
Bersama rakan-rakannya segera ke sana.
"Assalammualaikum, Pak Awang oh Pak Awang,"sapa Kamal memberi salam. Dari dalam salam disambut lemah orang tua lelaki di atas kerusi roda.
"Saya Kamal,anak Milah,"Kamal memperkenalkan diri.
"Aku tahu siapa kau.. Kau datang nak tanya aku kan..Sudah la..sekarang aku beritahu kau..kau pergi Jalan Pintas..cuba cari di situ.. "jelas Awang bersuara lantang dan laju.Tidak mahu dia menatap wajah Kamal kerana malunya dia.Belum pun sempat Awang memasuki ke dalam rumah,jelmaan Milah muncul di hadapannya.
"Ampunkan aku Milah!Ampunkan aku!,"jerit Awang.
Milah datang datang tanpa diduga.Beberapa saat sebelum Milah menghilang,dia tersenyum.Awang membuka mata namun kelibat Milah sudah tiada.
"Tiada masa lagi kita harus selesaikan malam ini juga,"kata Kamal.
"Kalau macam tu kita kumpulkan orang-orang kampung,"balas Adi.
Mereka bersetuju.Adi melangkah memanggil orang kampung,Kamal pula menyuluh-nyuluh sekitar Jalan Pintas itu.Dia mencari dimana dia temukan kalung itu.Sesampai sahaja Wak Seman,Adi bersama-sama orang kampung, mereka mula menggali di kawasan di mana Kamal menemui kalung itu.
Setelah 7 kaki lebih dalam digali..mereka menemukan papan dan di bawahnya jasad Milah yg telah diawet.
Kesemua yg ada mengucap panjang.
Wak Seman terkedu,tidak disangka-sangka disitu rupanya jasad arwah isterinya ditanam,tempat di mana kalung itu juga ditanam.
Setelah itu mereka membersihkan jasad Milah dan menyempurnakannya seperti biasa.Awang pula telah pun menerima balasan setimpal.Jalan Pintas itu dibersihkan kembali dan ramai lah penduduk menggunakan jalan itu kembali setelah sekian lama.
Pada satu malam,Kamal bermimipkan ibunya datang dalam keadaan bersih dan sebuah senyuman terukir di bibir.
"Terima kasih nak., ibu sayang kamu sampai bila-bila,"Milah bersuara sambil tersenyum sebelum menghilang.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now