HANTU RAYA TOK MUDIM

640 35 3
                                    

"Hoi!apa kau orang buat dekat pokok jambu aku tu?"Jerit lelaki tua yang sudah beruban rambut dan janggutnya.
Terpontang-panting Rashid dan Fakir lari,susup sasap ke dalam belukar lalu hilang di sempadan tanah Tok Mudim dengan Mak senah.
"Kan aku dah cakap, jangan jejak kaki dekat tanah tok mudim tu.Kau degil lah."Marah Fakir.
"Mana aku tahu orang tua tu ada, rumahnya asyik bertutup aje."
"Orang tua tu ada ke tak ada sama je.Berhantu agaknya."Jawab Fakir.
"Ala setakat nak kutip jambu air yang berlambak atas tanah tu pun nak jerit-jerit.Tamak betul orang tua tu."Jawab Rashid.

Rashid dan Fakir duduk di tepi jalan berhampiran simpang masuk ke rumah Penghulu Saad.Bapa saudara Rashid.Kelihatan Safuan sepupu Rashid datang mendapatkan mereka dengan bungkusan plastik di tangannya.

"Apa kau bawa tu An..?"Tanya Rashid.Safuan angkat tinggi plastik di tangannya sambil tersengih.
"Nah buah jambu air, Kak Ana bagi tadi."Hulur Safuan.
"Macam tau-tau je kau kami nak jambu air ni."Bersinar wajah Fakir melihat jambu air yang masak ranum.
"Ye lah, sedap nya.tadi kami kena herdik dengan tok mudim sebab masuk dalam kawasan rumahnya, nak ambil jambu air aje kot, tu pun nak marah."Cerita Rashid.

"Tok Mudim?"Safuan pandang Rashid dan Fakir silih berganti.
"Ya lah tok mudim, geram aku tengok jambu air masak ranum atas pokok tu.Orang tua tu bukan makan pun dah lah tinggal sorang je."
Safuan telan air liur, terbuntang matanya memandang mereka berdua.
"Betul ke kau orang nampak Tok Mudim ni?"tanya Safuan.
"Betul lah, aku dengan Fakir memang nampak jelas lah."

"Kau orang...."Safuan bersuara perlahan.tidak jadi dia mahu makan jambu air.
"Kenapa An...?"
"Tok mudim mana ada rumah, dah 3 hari ayah aku jumpa dia pengsan dekat pokok buluh hujung tanahnya tu.Ayah aku hantar ke hospital, khabarnya sampai hari ni Tok Mudim tak sedarkan diri.macam mana pula orang tua tu boleh ada dekat rumahnya?"
Mereka bertiga berpandangan.
"Memang kami nampak Tok Mudim tadi lah."Ujar Rashid dan Fakir hampir serentak.

Kebetulan Pakcil Saad lalu dengan motosikalnya,dia berhenti di hadapan mereka bertiga.
"An .."Panggilnya.
"Elok lah kamu berdua pun ada.Mari ikut pakcik ke rumah Tok Mudim.Sekejap lagi ambulan sampai hantar orang tua tu."
"Tok Mudim kenapa tok?"tanya Fakir.
"Doktor suruh bawa balik, orang tua tu tengah nazak benar tapi doktor tak tahu apa sakitnya."Jawab Pakcik Saad.

Mereka berempat segera ke rumah Tok Mudim,menyediakan tempat untuk orang tua itu ditengah rumah.
Ketika Rashid mahu mengambil tilam bujang di dalam bilik Tok Mudim,dia terlihat kelibat seseorang.Tak ubah seperti orang tua itu.Berdiri tegak bulu roma Rashid.Tetapi Rashid hanya mendiamkan diri tidak bercerita apa-apa dengan Safuan dan Fakir.

Tidak lama kemudian ambulan sampai membawa Tok Mudim yang terkedang, hanya nafasnya sahaja yang turun naik,lalu orang tua itu di letakan di tengah rumah.Yang pelik ada masanya mata Tok Mudim akan terbuka besar dan berwarna merah saga.Rashid dan Fakir hanya memerhati sahaja. Beberapa orang kampung mengaji di sekeliling tok Mudim tetapi lelaki itu langsung tidak memberi reaksi apa-apa.

Tiga hari berlalu,Rashid dan Fakir tidak menjengah orang tua tersebut tetapi menurut Safuan Tok Mudim sudah sedar.
"Macam tu punya nazak dia boleh sedar balik?"
"Bukan setakat sedar je..dia makan macam makan dengan 3 orang, nasi berpinggan-pinggan."Cerita Safuan.
"Hebatnya."Tercengang Rashid dengan cerita Safuan.
"Malam ni ada buat bacaan yassin,korang kena datang tau."Ujar Safuan lagi.

Malam itu mereka bertiga ikut sekali membaca yassin beramai-ramai.Semasa mereka menumpukan perhatian pada bacaan bunyi berderak-derak kedengaran di atas bumbung seperti sedang di pijak sesuatu.Rashid berpandangan dengan Safuan.Fakir sudah merapatkan duduknya dekat dengan Safuan.

"Bunyi apa tu wei?"Fakir berbisik.
Safuan menyuruh Fakir diam, Rashid turut membatu.Beberapa orang lelaki dewasa sudah berhenti membaca yassin, mereka turun ke tanah.Entah apa yang mereka lihat dari luar.
"Naik atas..naik atas."Laung Pakcik Saad.
Beberapa orang pemuda naik ke atas bumbung, bunyi berderak kedengaran lagi, kali ini daripada manusia yang memanjat bumbung.
Rashid dan fakir serta Safuan mendongak ke atas, berhampiran tempat tok mudim terlantar mereka membuka sekeping zink.
"Kenapa kena buka zink?"Tanya Rashid.
"Mana aku tahu..."Jawab Safuan.
Daripada Zink yang terdedah mereka boleh melihat kegelapan malam.Tiba-tiba satu lembaga besar melompat melintasi zink yang lopong, berdebus jatuh ke tanah.
"Apa jadi dekat bawah tu?"Fakir bertanya ingin tahu.
"Pergi lah tengok kalau kau berani."Ujar Safuan,Fakir geleng kepala.
Di bawah ,satu lembaga besar hitam berbulu bermata merah bingkas bangun sebaik sahaja terjatuh ke tanah.Mata nya merenung tajam orang kampung yang berlonggok di halaman rumah sebelum lembaga itu hilang di sebalik kegelapan malam.

Di atas rumah, tok mudim kelihatan nazak kembali, dadanya berombak kencang dan laju.Beberapa orang lelaki dewasa yang sedang berada di sekelilingnya cuba mengajar Tok  Mudim mengucap, tetapi lidah lelaki itu sudah kelu hendak mengikut.Perlahan-lahan tubuh yang kejung terkulai di atas tilam pembaringannya.Serentak dengan itu bau busuk meruap di dalam rumah.

Beberapa hari selepas Tok Mudim di kebumikan,mereka melihat kelibat tok mudim di dalam kawasan rumahnya.Tidak ada sesiapa pun berani mengambil buah-buahan yang banyak di kawasan itu.Menurut orang kampung jelmaan yang mereka lihat di rumah tok mudim adalah jelmaan hantu raya tokmudim.Sehingga kini rumah itu terbiar tanpa penghuni, ada juga yang mahu menyewa rumah tersebut tetapi mereka hanya mampu bertahan seminggu dua sahaja, menurut kata mereka, mereka sering di ganggu kelibat lembaga berbadan besar,berbulu.

Eeeeee Takut Yeee......Où les histoires vivent. Découvrez maintenant