PENJAGA

803 47 0
                                    

Pak Wan mengelap pedangnya dengan cermat. Digosok pedang itu dari hujung ke hujung.
"pedang ini banyak jasanya kepada aku" bisik Pak Wan smbil mengelap pedangnya itu.
setiap malam jumaat, 3 pedangnya itu akan diasapkan, dimandikan, diwangikan. begitulah rutin mingguan Pak Wan bersama pedangnya.

Pedang itu merupakan pedang yang membunuh ramai orang ketika dulu sebelum merdeka. sudah lama hayat pedang itu bersama Pak Wan. Pedang itu kebal dari patah, kebal dari segalanya, hebat beraksi ketika dulu. bukan kerana Pak Wan, tetapi kerana "si penjaganya" yang menurut gerak hati Pak Wan.

Dipendek kan cerita, sudah sampai ajal Pak Wan setelah beberapa bulan isterinya meninggal dunia. di wasiatkan 3 pedang itu kepada anak2 nya Along, Angah dan Acu. diwasiatkan hanya pedang, tapi bukan "si penjaga" .

Rumah kayu Pak Wan sudah beberapa bulan tidak dijengukkan oleh2 anak2nya. ada pon suami si angah datang menyinggah untuk memotong rumput dihalaman depan.

"si penjaga" mungkin ingin mengadu kesunyiannya, kelaparannya. suatu hari, hari itu, waktu itu, bermulah segalanya. Setiap malam Pak ajis jiran Pak Wan mendengar tangisan dirumah Pak Wan. rumah kampung, sunyi diwaktu malam. dibiarkan sahaja bunyi itu. "selagi 'dia' tidak mengganggu orang kampung, aku biar kan kau disitu" kata Pak Ajis smbil merenung rumah Pak Wan.

Didepan rumah Pak Wan terdapat sebuah jalan kecil untuk menuju ke surau. itu sahaja laluan yang boleh di lalui orang kampung untuk menuju ke surau kampung tersebut. selepas Pak Ajis mendengar tangisan di rumah itu, ada pula orang kampung yang di usik oleh 'si penjaga' itu. ada yang motornya tiba2 mati dihadapan rumah tersebut. bila sedang galik melihat motor tersebut, dari jauh di tepi tangga rumah Pak Wan, ada sahaja yang memerhatikan si tuan motor itu. mengurai rambutnya, lusuh bajunya.

Bermacam-macam kejadian berlaku sehingga menyebabkan orang kmpung takut untuk kesurau. Pak Ajis tidak senang dengan kejadian itu lalu menghubungi anak Pak Wan si acu.
"dah melampau sangat ni acu, habis orang kampung diganggunya" marah Pak Ajis kepada Acu

"apa yang saya patut buat pak ajis? saya pon bukan tahu sangat pasal benda ni"
jawab acu kerisauan

"macam ni lah acu, apa kata kau 'pagarkan' sahaja rumah itu. biar 'dia' menghuni rumah itu sendiri" cadang pak ajis kepada acu

"kita buat je lah ape yg Pak Ajis cadangkan, asalkan masalah ini selesai. jawab acu smbil mengeluh dalam.

Acu kerumah itu berasama anak2 nya di ikuti jugak ustaz amir. sudah selesai ritualnya. Faiz dan Nisa anak kepada acu mengambil gambar rumah tersebut. setiap sudut di tangkapnya, untuk dijadikan kenangan anak cucu. sudah tentu rumah itu tidak akan dihuni sesiapa lagi. ila anak bongsu acu memerhatikan sahaja gerak geri abang dan kakaknya.

"okay dah jom balek" ajak faiz kepada maknya dan adik2nya.

waktu itu maghrib, mereka menaiki kereta dari kampung itu untuk pulang ke kuala lumpur. jalan kampung yang penuh kiri kanan nya kelapa sawit. tiba2 ila menjerit seperti dirasuk, sambil menunjuk ke arah tingkap kereta. Faiz yang sedang membawa kereta tersebut terkejut dan terus memberhentikan kereta. Maknya juga mengucap panjang melihat ank bongsu nya itu.

"ila okay ke?" soal nisa kepada ila

"buang! buang ! buang !" hanya itu yang diulang ila

" apa yang buang nya ila? " soal faiz cemas

"gambar rumah tadi! kau buang sekarang!" jerit ila smbil menunjukakn jari nya ke arah tingkap kereta mereka.

"siapa ditingkap tu ila?" tenang sahaja maknya berbicara

"dia ikut kita ma, dia tk nak tinggal dalam rumah tu, macam mane dia boleh ikut kita !" nangis ila smbil terjerit kecil

"sudah sudah, mari kita ke masjid yang terdekat" perlahan sahaja suara mak mereka

dalam perjalanan, nisa mengambil handphone untuk delete semua gmbar tadi, rupa-rupany ada terselit desetiap gmbar 'si penjaga' tersebut. lalu dia men delete semua gmbar tadi.

"baca selawat sebelum minum air itu ila" faiz memberikan air yg telah dibaca sedikit doa kepada ila

ila meneguk air itu smbil merenung ke arah kereta.

selepas kejadian itu, hijab ila terbuka. ada sahaja yang dilihatnya bila melalui tempat yang agak keras. tidak kira siang atau malam. lali. itu yang dirasanya. takut tu ada, cuma tidak seperti dulu. mungkin kerana sudah terbiasa.

sehingga kini, tiada siapa yang menerima 'si penjaga'. dia betul2 dipagarkan didalam rumah Pak Wan. kali in rapi, tidak sekali melepasi kawasan rumah tersebut. ada kalannya anak2 Pak Wan rindu rumah lama mereka. tapi apakan daya. mungkin ada yg sudi menerima 'si penjaga'? katakan sahaja. kita boleh bicara. kerana ini kisah teman saya. dia sedang mencari tuan baru 'si penjaga'.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now