MATI HIDUP SEMULA

1.4K 53 0
                                    

"Jauh lagi ke rumahnya Din?"

"Tak jauh dah Lan , dekat-dekat kilang depan tu lepas tu ambik kanan."

Lan terus memandu keretanya perlahan-lahan, bimbang jika tersalah masuk simpang nanti jadi hal pula untuk dia membuat pusingan u. Din yang duduk di kerusi sebelah penumpang pula duduk bersandar dengan tenang. Tangan kirinya cermat menggenggam sebungkus kain kuning yang tidak diketahui lagi apa isi di dalamnya. Malam itu mereka berdua ada misi dan juga destinasi yang mahu dituju. Din sudah lama mahu berjumpa dengan dia, sudah pelbagai cara yang dilakukan namun tidak mendatangkan hasil. Sebagai seorang yang amat mempercayai semangat-semangat mistik, Din tidak berfikir panjang untuk berjumpa dengan dia malam ini. Iaitu Pawang Budianto. Pawang yang terkenal dalam menyelesaikan segala permasalahan dengan menggunakan cara tersendirinya.

Pawang Budianto ataupun mesra dengan panggilan Pak Budi, merupakan seorang bomoh yang sudah dari dahulu lagi terkenal dengan kebolehan dan kehebatannya mengubati dan menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan misteri alam luar biasa dan mistik. Dari hal dirasuk syaitan, menyantau orang, sihir sehinggalah hal-hal mengurut, semuanya Pak Budi handal. Kebanyakannya berkesan dan selesai dengan mudah. Ini semua atas bantuan jin dan syaitan yang dibelanya. Din tak kisah apa orang nak kata pasal Pak Budi. Yang penting masalah dia itu dapat diselesaikan cepat. Din sudah tidak tahan lagi, emosi dan perasaannya begitu terganggu. Sampai hati Milah menolak cintanya dengan begitu tragis sekali.

Lan geleng kepala apabila Din memberitahu hasratnya untuk berjumpa dengan Pak Budi. Ini tak lain tak bukan Din mahu menggunakan cara yang dilarang untuk mendapatkan juga si Milah. Kalau tidak minyak dagu mesti minyak pengasih. Puas dah Lan nasihat, tapi tahu-tahu sajalah Din yang terkenal dengan kepala besi kepala batu tu. Bagi Din, cara ini cara yang terakhir. Dia sudah habis ikhtiar. Dengan harapan Milah akan datang tunduk rayu padanya. Sepatutnya sebagai orang yang beriman dan mempunyai akidah dia harus menerima takdir dan berdoa pada yang Esa. Namun Din agak angkuh. Dia tersenyum seorang diri membayangkan Milah, sambil menggenggam kain kuning yang rasanya berisi pengeras untuk diberi kepada Pak Budi nanti.

"Din."

"Hoi Din, masuk simpang ni ke?" Tanya Lan yang risau melihat Din tersenyum seorang diri apabila pertanyaannya lambat di jawab.

"Haah. Haah, masuk sini." Din terjaga dari lamunan.

Selepas kilang, kereta yang dipandu Lan terus memasuki simpang ke kanan. Jam baru menunjukkan pukul 9 malam, tapi suasana lorong kecil itu membuatkan hati mereka berdua berdebar-debar. Di awal simpang tadi sahaja mereka sudah disambut oleh tanah perkuburan dan pohon-pohon buluh yang rimbun. Jalan pula agak kecil dan gelap, hanya lampu kereta yang menyuluh jalan. Lan terus berhati-hati memandu, bimbang jika tersuluh apa-apa yang tidak sepatutnya di hadapan. Din yang ingat-ingat lupa rumah Pak Budi menyakinkan Lan bahawa rumahnya tidak berapa jauh sangat ke dalam.

"Tak jauh sangat kau cakap. Dah sepuluh minit ni tak sampai-sampai lagi sejak dari simpang depan sana tu tau. Langsung tak nampak sebijik rumah pun. Betul ke tak jalan ni Din sebenarnya?" Lan sudah mulai risau. Kalau salah jalan, dia juga yang penat-penat kena drive patah balik.

Din tetap menyakinkan Lan simpang ke kanan yang dia pilih tadi adalah jalan yang betul. Dulu dia pernah pergi sekali dengan Man Panjang, jadi dia masih ingat lagi jalan dan struktur tempat ini. Cuma waktu yang Din pergi dengan Man Panjang adalah waktu siang. Jadi perasaannya pasti agak berbeza dengan sekarang. Lan sudah berasa tidak sedap hati daripada tadi, matanya fokus memandang depan, stereng pula dipegang agak kuat. Sesekali matanya liar memerhati pokok-pokok getah di kiri dan kanan jalan. Langsung tak nampak kewujudan penempatan di situ. Din membantu Lan dalam pemfokusan arah jalan. Bimbang kalau-kalau Lan lari tumpuan dan roda termasuk lopak jalan.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now