LIF

800 40 4
                                    

Saya ada kisah yang berlaku sekitar awal tahun 2000 dahulu. Kisah ini berlaku pada teman-teman saya pada satu malam selepas bermain Sepak-Takraw. Saya tinggal di sebelah barat Singapura ketika itu dan di kawasan perumahan yang saya tinggal, ada satu blok sewa jenis studio.

Apa yang berlaku, ada satu teman saya yang menginap di blok tersebut. Seperti biasa selepas bermain Sepak-Takraw, kadangkala kita lepak dirumahnya yang kebetulan beliau sendirian memandangkan ibu-bapanya bertugas shift malam. Secara kebetulan saya pulang ke rumah ketika itu dan teman-teman saya dalam 4 orang termasok yang punya rumah seperti biasa pulang ke rumah beliau.

Setiba sampai di rumah teman saya, salah satu teman hendak ke 7-11 yang berdekatan untuk membeli air & makanan ringan. Beliau pun keluar sendirian dan setibanya di lif di tingkat tersebut, beliau pun tekan butang lif untuk ke bawah tetapi lif itu tidak turun malah lif naik ke atas. Dalam fikiran beliau mungkin ada orang yang tekan terlebih dahulu sebelumnya.

Setibanya ditingkat atas, pintu lif pun terbuka tapi tiada siapa yang masuk. Beliau terfikir siapa pulak yang tekan lif tersebut. Beliau pun kembali tekan lif ke tingkat bawah. Dalam perjalanan ke bawah, lif itu berhenti di tingkat yang beliau masuk terlebih dahulu. Pintu lif terbuka tapi tiada siapa yang memasuki. Beliau bergegas tekan butang lif ke bawah dan teruskan niat beliau.

Beliau mengatakan pada ketika itu beliau terasa seperti ada sesuatu yang berada sama dengannya di dalam lif ketika itu. Sementara teman yang lain berada di dalam rumah teman, tiba-tiba teman saya yang ketika itu sedang menggunakan talifon dan baring menghadap pintu rumah yang terbuka, dia terpekik dan terperanjat lalu menunjukkan sesuatu pada teman-teman yang lain.

Apa yang mereka lihat jelas ada susuk tubuh yang berkafan berdiri diluar pintu dan mengintai-ngintai ke dalam. Teman-teman saya ketakutan lalu menyelubung muka mereka kerana merasa takut yang amat sangat hingga teman saya yang pergi ke 7-11 tadi pulang dan hairan dengan perilaku mereka. Jadi teman saya baru sedar semasa beliau berada di dalam lif sebelum ini, teringat akan arwah teman yang pernah menginap di blok tersebut dimana rumah beliau berada di tingkat atas yang sama dengan lif landing tersebut di mana beliau diganggu.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now