KOTAK

650 35 3
                                    

Kedengaran bunyi deruman enjin kereta memasuki perkarangan rumah. Beberapa saat kemudian ibu diikuti nenek, atuk dan ayah melangkah keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah. Aku yang seronok menerima kedatangan atuk dan nenek sudah menunggu dengan riang di hadapan pintu.
   Sebaik atuk masuk ke rumah, aku bersalaman dan mempelawa atuk dan nenek minum. Kemudian, ayah mengarahkan aku, kakak, emak dan nenek pergi ke dapur.
"Ayah nak buat ape dengan kotak tu? Bukan ayah kata nak buang ke?" Aku terdengar suara bapaku dari sebalik tirai dapur. Dapat ku lihat riak serious pada wajahnya itu.
"Aku dah cakap, nak pergi buang jauh2 dari rumah tu. Tak pon bagi je kat ustaz mana2. Biar dia settle.. aku penat dengar benda ni bising.." Atuk seakan2 berbisik pada ayah. Aku mendekati mereka perlahan2 . Bersembunyi disebalik kerusi ayah. Ingin mendengar setiap patah bicara mereka.
"Napa x tanam je? Kan hari tu ustaz tu kata tanam aje.." tanya ayah lagi. Aku makin keliru dengan perbualan diantara ayah dan atuk itu.
"Kau cakap senanglah.. Aku dah tanam.. tp akh x tahu siapa yg gali keluar bendalah ni balik."
"Ayah dah cuba tanam balik?"
"Dah beberapa kali aku tanam.. tempat laen2 pulak tu.. tapi ade je org yang menggalinya.. tahu pulak tu aku tanam mana.. aku tanam jauh dalam hutan pon, ade lagi yang bongkar tanah tu.. bukan aku tak cuba gali dalam2.. dah macam kubur aku gali.. dia bongkar lagi.. mna tak panas hati aku ni?!"
"Hmmm.. macam ni lah.. ayah tidur sini dua tiga hari ni dulu.. nanty saya cari ustaz untuk buang benda ni.. kalau buang sebarangan karang bukannya boleh." Ayah kelihatan sungguh tegang.
"Ehh, aku tak mahu lah duduk rumah kau ni dua tiga hari.. dekat kampung tu ha.. banyak benda akh nak buat.. aku nak settle hal ni.. lepastu aku nak balik.." bantah atuk pula.
"Kalau macam tu lah kata ayah, malam ni ayah tidur lah sini dulu.. esok saya bawa ayah cari ustaz.." Belum sempat dia menghabiskan ayat aku terlanggar belakang kerusi ayah. Terus ayah bangun dan pergi kebelakang kerusi. Terkejut dia melihat kehadiran aku di situ.
"Angah buat ape ni?" Ayah sudah mengerling ke arah akh dengan pandangan cukup tajam. Aku tergamam. Tidak terkata bila direnung sebegitu tajam.
"Dah, pergi angkat beg2 atuk nenek dalam bonet kereta. Suruh kakak sekali." Arah ayah aku tidak membantah. Terus aku memanggil kakak dan keluar untuk mengambil barang yang diarahkan ayah di dalam bonet kereta. Belum sempat kami keluar dari rumah, atuk pula berpesan pada aku dan kakak.
"Kotak kat bonet tu tak payah ambik tau.. Nanti atuk bawak sendiri." Aku menggigil seraya terus berlari keluar.
Setelah membuka bonet aku dan kakak segera memunggah barang. Setelah beg terakhir dikeluarkan, aku dan kakak twragak2 untuk menutup pintu bonet itu tetapi terlihat sebuah kotak.
"Nak keluarkan tak benda ni?" Tanya kakak.
"Tak payah. Atuk kata kotak ni x payah keluarkan !" Sahut ku.
"Ni kotak ke? Macam peti pon ade.. separuh besi separuh kayu.." soal kakak.. dibelek2 nya kotak itu. Kekunci di kotak itu dibuka. Tiba2 kakak seperti tergamam. Aku mendekati kakak dan memegang bahunya. Tiba2 kakak seperti terkeju. Cpat2 dia menutup kembali kotak itu. Mukanya pucat. Dahinya merenek peluh.
"Napa kak?" Tanya ku. Kakakku memandang aku dengan wajah ketakutan. Sebelum menggeleng laju. Kemudian pantas kakinya berlari memasuki rumah.
Malam itu, aku dan kakak tidur lambat. Setelah jam hamper menunjukkan pukul 2. Aku sudah berkira2 utk melelapkan mata. Tiba2 aku merasakan jemari seseorang sedang memegang lengan ku. Terus aku memandang kakak. Akh nampak kakak memandang wajah ku dengan riak ketakutan sambil menunjukkan isyarat mata ke arah bahagian atas almari.
Aku yang paham isyarat itu terus menghalakan pandangan kearah tersebut. Namun apa yang aku lihat hanya plastik sampah yang berisi baju2 lama aku. Aku memandang kakak pelik. Wajahnya masih beriak takut.
"Kenapa kak? Dari siang tadi kau macam ni? Kau kenapa?" Tanya aku risau. Dia hanya memandang ke arah atas almari dengan wajah ketakutan.
Aku membiarkan keadaannya begitu dan cuba melelapkan mata. Namun sekali lagi kakak aku menghalang. "Teman aku. Jangan tidur lagi." Katanya. Akh malas nak melayan. Terus aku tidur. Tiba2 aku terdengar esak tangis. Suara itu seperti suara kakak. Balam2 lampu luar bilik mbuatkan aku sedar kakak belum tidur. Tiba2 suara esak tangis bertukar kepada suara ketawa pulak.
"Selit melur dicelah paku,
Paku hitam ditepi telaga,
Adakah tidur mu terganggu dengan ku,
Aku tahu kau sudah terjaga." Pantun itu terungkap disebelah telinga ku. Aku terus terbangun dari baringan. Aku rapatkan diri ke sebelah dinding. Ku lihat kakak ku sedang memeluk kaki sambil ketawa. Badannya digerak gerakkan ke hadapan dan kebelakang.
"Kakak. Kenapa ni?" Tiada sahutan. Aku cuba memegang bahu kakak. Sebaik sahaja aku memegang bahu kakak. Perlakuan kakak terhenti.
Kepala kakak berpusing 60° perlahan2 tanpa menggerakkan bahu atau badannya menghadap ke arah aku. Masa itu, Allah saja yang tahu. Bertapa terkejutnya a Bertapa terkejutnya aku. Terus akh menjerit sekuat hati. Mata kakak terbeliak besar. Mulutnya tersenyum sangat lebar. Anak matanya mengecil. Wajahnya penuh dengan urat. Tangannya mencengkam kuat tilam. Sesekali dia menangis.. sesekali dia ketawa.
Tiba2 pintu bilik aku di tolak dengan kuat. Ayah, datuk, ibu dan nenek berada di depan pintu. Aku yang dalam keadaan ketakutan memalingkan wajahku menghadap mereka. Isyarat mataku menyuruh mereka melihat kakak. Beristighfar mereka sebaik sahaja melihat keadaan kakak.
"Angah, lari ke sini!" Arah ayah. Dalam ketar yang maha dahsyat. Akh memberanikan diri bergerak walaupon anak mata kakak dari tadi tidak lepas dari memandang ku. Sebaik sahaja bangun, kakak juga turut bangun. Aku berasa sangat takut dikala itu. Akh menangis.
"Ayah.. macam mana Angah nak lari?" Soal ku. "Ayah tolong Angah. Angah takut sangat ni!!" Rayu ku pada ayah. Ayah kelihatan ingin membantu. Tiba2 kakak berlari laju kehadapan muka pintu. Dia seolah2 menghalang laluan ayah. Matanya meliar dan mulutnya menyeringai sambil tersenyum. Tambah ketakutan dalam diri aku. Terus aku menjerit lagi.
"Angah jangan menjerit!" Arah ayah ku. Aku sudah tidak tahan. Kakak sudah beralih ke arah ku. Dia cuba mendekati ku. Kepalanya seperti orang sawan digoyang2kan.
Tanpa membuang masa, ayah terus memegang kakak membuatkan kakak menyeringai marah. Terus dia meronta2. Ayah membacakan ayat2 suci Al-Quran pada kakak. Atuk kemudian memegang ubun2 kakak sambil membaca beberapa potong ayat Al-Quran. Aku yang masih ketakutan cuba keluar dari bilik apabila ibu dan nenek melambaikan tangan menyuruh aku keluar. Belum sempat akh keluar , atuk menghalang. Dia suruh aku masuk semula ke dalam bilik. Aku yang ketakutan hairan namun tidak melawan. Dia membaca beberapa potong ayat. Sebelum tiba2 tubuh ku bahang dan bahuku tiba2 berat dan akhirnya.. aku pitam.
"Dah bangu dah anak ibu!" Ibu yang berada di sisi aku terus memeluk akh.
"Kenapa jbu? " Tanya ku masih keliru.
"Tak ada apa2 lah.." Ibu cuba sembunyikan.
"Ala ibu tipu. Angah dah ingat.. ibu citer lah kat Angah.. kenapa kakak jadi macam tu." Ibu seolah2 serba salah. Dia mengeluh.
"Entahlah.. ibu pon tak tau sangat. Tapi ayah cakap.. kakak ada bukak kotak atuk tu kot.. sebab tu dia jadi macam tu.." 
"Memang kakak ada bukak kotak atuk tu pon. Tapi kenapa bukak kotak pon jadi macam tu ibu?" Tanya ku lagi tidak puas hati.
"Entahlah nak. Ayah cakap, atuk pernah jugak hampir jadi macam kakak sebab buka kotak tu first2 dulu. Kotak tu atuk beli dari seorang penjual jalanan yang dah berapa hari tak makan. Dia kata first time dia bukak kotak tu, Kepa dia pening.. kemudian dia nampak ada seekor makhluk macam keluar dari koyak tu. Mula2 dia ingat ilusi. Masa dia gosok mata dia, tiba2 makhluk th asa betul2 depan muka dia. Menyeringai dengan taring panjang. Lepas tu, malam tu atuk nampak dia melekat dekat dinding bilik.. masa nenek nak tidur, dia nampak atuk macam resah je. Dia pon bacalah ayat kerusi dan ayat2 Al-Quran dekat telinga atuk. Terus atuk pening dan tertidur. Tu je lah yang ibu tahu." Cerita ibunya. Akh diam.. masih tidak berpuas hati. Namun. Apa yang boleh akh harapkan dari ibu. Dia juga bukan tahu apa2.
"Kakak mana ibu?"
"Ayah dengan atuk bawak kakak sekali pergi jumpa ustaz. Katanya nak buang kotak tu sekali ubag kan kakak. Ayah kata kakak tu lemah semangat sangat." Nenek dan atuk sudah pulang semula ke kampung dihantar oleh ayah.
Semasa ayah dan ibu berada di ruang tamu. Aku sekali lagi mendengar perbualan mereka secara sorok2.
"Kakak tu dia dah terkena badi kotak tu jugak. Itu lah yang ustaz tu kata. Tadi dalam kereta kakak cerita. Masa dia bukak kotak tu, dia nampak ada seorang gadis atas bumbung kereta.mula2 jauh dia cantek, bila dekat dia hodoh. Matanya merah, badannya berbonggol, taring dia panjang macam menyeret lantai. Dia suruh kakak ambik dia jadi hamba. Tapi kakak tak paham. Jadi benda tu marah. Dia nak cederakan kakak. Tapi masa tu Angah kejutkan kakak dari pukau lembaga tu. Terus benda tu tak dapat masuk badan kakak. Masa dalam bilik tu, kakak cakap dia nampak benda tu meleka kat dinding atas almari. Dia takut tapi tak berani nak cakap kat Angah. Dia suruh Angah jangan tidur tapi Angah tidur. Masa tu ngan tidur tapi Angah tidur. Masa tu lembaga tu pukau dia lagi, dan berjaya masuk dalam badan dia. Tapi kakak kata, sepanjang kena pukau kakak melawan. Dia rasa benda tu nak cederakan ayah. Jadi dia halang saya masa saya nak masuk tu. Dia kata kadang2 dia menang lawan, kadang2 dia kalah.." Ayah menamatkan bivara sebelum .menyambung bual bersama ibu. Aku yang mendengar terus naik bulh roma. Terus akh berlari untuk melihat keadaan kakak di atas. Nasib baik dia lena. Aku mbacakan ayat kursi dan berdoa agar kakak selamat.
Aku hanya mengangguk tanda paham. Petang itu ayah pulang bersama kakak.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now