DATANG MENJAGA

647 34 2
                                    

Pada masa tu berlakunya kematian, sepupu kepada Erul. Sepatutnya malam itu kena berjaga kerana arwah meninggal ketika malam hari dan terpaksa dikuburkan pada keesokkan harinya. Semestinya bacaan yasin dikalangan saudara-mara, bila dah tengah malam semua balik kecuali saudara terdekat dan famili Erul.

Pengurusan jenazah dijalankan dengan sempurna sekali apabila pada keesokkan harinya. Ia semua berubah apabila seorang kawan kepada arwah yang dah anggap macam keluarga arwah marah-marah kerna tiada seorang pun yang berjaga menjaga arwah semalam kerana semuanya tertidur. Rupa-rupanya kawan arwah nie ada datang menziarahi semalam. Ketika itu dia nampak ada beberapa kepala lain bertenggek di atas bumbung rumah dan bila-bila masa akan menyerang. Maka si kawan nie memberitahu jangan di apa-apakan sebab di bawah nie adalah keluarganya, tanpa membuang masa kepala-kepala yang lain terbang meninggalkannya dan tidak menyerang. Si kawan nie terus berjaga dan memastikan tiada kepala yang lain datang.

Semua orang terkejut dan kira bersyukur la ada yang berbuat demikian. Zaman dulu orang yang ada ilmu nie ada yang baik hati dan bersifat kekeluargaan, yang tidak menyerang sebarangan. Mereka nie tahu bahawa mereka ada ilmu tu tapi tahu mengawalnya. Sampai sekarang Erul tidak tahu apa yang dibuat semasa arwah hidup dulu.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now