HANTU BERTUDUNG

732 38 1
                                    

Kisah ini berlaku pada tahun 2004, ketika itu, anak sulung aku baru jer pandai merangkak...dia ni senang jer nak jaga, bukak jer vcd lagu kanak2 sure dia diam terpaku depan tv dan tak kacau aku nak buat keje rumah...maka dengan enjoynyer aku memasak, membasuh, mengemas dan macam2 aktiviti aku buat.. sekali sekala aku menjeling jugak tgk anak aku tu buat apa..yelah risau jugak kan.....

tibalah pada suatu hari........................

waktu senja..

tengah aku dok melayan goreng ikan kat dapur...tiba2 aku dengar anak aku dok menangis siap meraung2 lagi....dan tatkala aku menjenguk dari dapur aku tgk dia dok merangkak laju2 macam melarikan diri dari sesuatu yang menakutkan...cepat2 aku dukung dia dan cuba menenangkan keadaannya itu...dan start dari kejadiaan itu anak aku seolah menjadi seorang kanak2 yang sangatlah penakutnya..tak boleh nak tinggalkan kejap...melainkan dia tido..tapi kalau dia terjaga dia mcam nak suruh aku angkat dia cepat2.....

dan satu lagi perangai pelik dia..bila aku nak sembahyang jer..masa nak pakai telekung tu dia tak bagi..siap tarik2 suruh aku bukak...dan nangis2...sampai aku nak solat pun payah.....aku solat jugak walaupun dia tgh meraung time tu..takkan aku nak tinggal solat pulak kan?..dah ler solat pun di hujung waktu..astaghfirullahaladzim bilalah aku nak insaf....berbalik kepada cerita tadi.....lepas selesai solat aku pun bawah dia turun bawah...masa solat tu aku solat kat bilik atas...masa turun tangga (rumah teres 2 tingkat)...sampai jer satu corner tu anak aku meraung....dan sejak tu aku perasan yg setiap kali turun naik tangga tang sudut tu jugaklah dia meraung...aku pun siap buat test lagi..bila naik/turun tangga tang sudut tu aku tutup mata dia..anak aku tu ok jer tak nangis pun..maka aku pun suspect yg something wrong is there..huhu...

bila keadaan dah makin menjadi2 sampai menyusahkan aku nak buat keje rumah coz anak aku dok hurung aku ke sana ke mari maka aku pun suggest kat husband utk berjumpa dengan orang yg bijak pandai dlm hal2 mistik sebegini...akhirnya kami diperkenalkan dengan seorang wak jawa ni...menurut wak ni, anak kami mengalami gangguan oleh makhluk halus...yang merupai seorang tua berwajah hodoh..dan orang tua ini memakai 'kerudung'.....

'menatang apa kerudung tu wak?' tanya aku pura2 tak tau.....
'kerudung itu tudung kepala' jawab wak selamba....

ooo....patutlah anak aku tu takut sangat bila tgk aku pakai telekung sembahyang atau masa aku siap2 pakai tudung nak keluar rumah...menurut wak, 'benda' itu mengikut suamiku pulang....dan 'benda' tu jahat..suka mengusik...bila suamiku tau jer 'benda' tu ikut dia balik, apa lagi meremang ler satu badan dia....suami aku cakap patutlah satu malam tu, masa dia baru balik keje dia rasa semacam jer...rupanya 'benda' tu mengikut dan sesat tak tau jalan pulang...tu yg berkampung kat rumah aku tuu...Wak memberi air yang telah dibacakan ayat2 al quran utk bagi anak aku mandi bagi memulihkan semangatnya dan selebihnya dia suruh kami spray satu rumah dari kanan ke kiri sambil baca ayat kursi berulang2 kali.....wak tu cakap kalau rasa semacam jer rumah buatlah spray tu pakai air biasa pun boleh....

lepas jumpa wak tu kami balik ke rumah...malam tu jugak kami spray....yelah masing2 dah takut sbb dah tau spesis hantu tu siap describe pakai tudung muka buruk segala...kami masing2 dok membayangkan rupa paras si hantu tu...tido pun tak berapa nak nyenyak...esoknya kami berjumpa dengan pakcik suami yang pandai jugak bab2 ni....yang paling mengejutkan rupa hantu tu seperti yang di describe oleh wak sama seperti yg di describe oleh pakcik suami...pada hal kami tak cerita apapun..cakap kata ada gangguan jer....

maka confirmlah HANTU BERTUDUNG MUKA HODOH yang dok ganggu anak aku selama ini...

alhamdulillah lepas sehari dua spray segalanya kembali normal...anak aku dah boleh rileks2 tgk vcd mcm dulu...

P/S : 'aku' dlm cerita ni bkn sy ok

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now