DATSUN BIRU

733 44 0
                                    

"Kita tak dapat balik awal yang, abang kena stanby malam raya baru boleh gerak balik kampung."Ujar Kamal, sedih pula hatinya,pertama kali tidak dapat pulang awal ke kampung.

"Tak apa lah bang, kami tak kisah."Ujar Marina.Tidak lah dia kisah kalau terpaksa balik lambat pun, boleh lah dia bersiap di rumah dahulu dan di bawa pulang ke rumah mertuanya nanti.

Siang itu bertungkus lumus lah Marina memasak rendang, merebus ketupat untuk di bawa pulang ke rumah mertuanya sementara menanti Kamal pulang.Sebaik sahaja Kamal habis bekerja mereka bersiap pula mahu pulang ke kampung.

"Ikut jalan mana bang?Naik highway ke?"Tanya Marina apabila di lihatnya Kamal hanya berdiam diri, asyik mendengar lagu raya yang berkumandang dari corong radio.

"Naik highway mesti jem teruk ni.Kita ikut jalan lama lah."Ujar Kamal.

"Ikut jalan lama?"Marina bertanya sekali lagi meminta kepastian.

"Ye lah, jangan bimbang lah, minyak penuh, kereta pun okey ni."Kata Kamal sambil menepuk tangan Marina mesra.

"Ikut abang lah."Marina tersenyum.Farid yang sudah terlena di pandangnya sekilas di belakang.Pulas sahaja tidurnya sambil memegang pistol mainan.

Mereka mula memasuki jalan kampung yang agak sunyi, hanya sesekali berselisih dengan kereta lain.Rumah juga hanya mereka temui sebiji-biji pada jarak yang agak jauh, kelihatan rumah yang mereka lalui meriah dengan lampu minyak tanah atau lampu kelip-kelip.Sudah jam 2 pagi, tiada lagi yang berjaga.

Ketika melalui sebuah selekoh, Marina memandang kesebelah kanan,dia sebenarnya hanya mahu melihat Kamal, mahu memastikan Kamal tidak mengantuk.Tetapi matanya terpandangkan sesuatu di tepi jalan.

"Allahuakhbar..."Marina terkejut dan beristifar.
"Eh kenapa?"Tanya Kamal.
"Saya nampak sesuatu dekat tepi jalan tu bang."
"Nampak apa pula, ishh sayang...awak jangan macam-macam lah."Kamal sudah mula cuak.
"Betul bang...saya nampak benda putih berbungkus macam mayat."
"Pocong ke?"Tanya Kamal lagi,Marina mengangguk.Kamal menelan air liur.Dia memandang terus ke hadapan.Malam raya macam ni ada ke benda macam ni, teringat pula dia kata orang tentang hantu syaitan yang di lepaskan apabila habisnya bulan ramadhan.Sekarang dah bulan syawal, jadi pastinya'kaum' itu sudah di lepaskan, meriah lah mereka ikut beraya.

Kamal memperlahankan keretanya tiba-tiba.Marina pelik...
"Nape bang..."Tanyanya,tanpa memandang ke hadapan.
"Tu nampak tak?"Kamal menunjukan muncungnya ke hadapan.
"ALLAH...kesiannya."
Marina melihat tiga sekeluarga tersadai di tepi jalan disisi sebuah kereta Datsun lama berwarna biru muda.
Mereka melambai-lambai meminta pertolongan.
"Berhenti lah bang, kesian tu..anak kecil lagi."Pinta Marina apabila melihat wanita berbaju kurung itu turut mendukung bayi.
Kamal memperlahankan keretanya, dia memberi isyarat ke tepi.Kamal berhenti dengan membiarkan lampu keretanya menyuluh kereta lama tersebut.

"Kenapa bang?"Tanya Kamal sebaik sahaja dia mendapatkan lelaki yang berdiri disisi isteri dan dua orang anaknya.
"Tayar kereta pecah, tayar spare tak ada pula."Jawab lelaki tersebut.
"Alamak, tayar spare saya mesti tak boleh guna tu."Jawab Kamal pula, kereta Datsun berwarna biru itu di pandangnya sekilas.Kereta lama!tetapi masih cantik.
"Bang kalau saya minta tumpang boleh ke?Rumah keluarga saya tak jauh lagi dah.Dalam 2 kilometer je bang.Kesian anak kecik saya ni berembun."
Kamal pandang bayi yang nyenyak tidur di dalam pelukan isteri lelaki itu.Kesian pula Kamal melihatnya.
"Boleh lah bang, kereta saya tu pun besar."Ujar Kamal sambil memandang Alza miliknya.

Setelah sekeluarga itu naik ke dalam kereta meneruskan perjalanan.
"Terima kasih Kak..bang. tolong kami. Allah juga yang boleh membalas nya."Ujar lelaki itu.
"Eh siapa nama ye, nama saya Kamal, ni isteri saya Marina."
"Saya Hadi, isteri saya Laila."Ujar Hadi ramah.Marina dan Laila bertukar senyuman.Laila memandang bayi di dalam dukungan Laila, pulas sahaja tidurnya.eh!...Marina telan air liur.Dia segera menoleh ke hadapan tidak berbunyi.Hanya Kamal yang melayan Hadi berbual.Jarak dua kilometer terasa begitu jauh buat Marina tetapi tidak pula bagi Kamal.
"Nanti bila balik singgah rumah bang."Ujar Hadi.
Marina menoleh sekilas kepada 3 beranak yang sudah turun daripada kereta.Laila tersenyum..entah mengapa senyuman itu sinis sahaja pada pandangan mata Marina seolah-olah memberitahu kepadanya...
"Dah tahu ke kak?"

Dalam perjalanan, Marina diam seribu bahasa.Tidak tahu bagaimana mahu memulakan cerita bimbang Kamal memarahi dia pula tetapi dia mesti bercerita dengan Kamal tentang apa yang dia lihat.

"Bang..."Perlahan sahaja Marina memanggil Kamal.
"Kenapa?mengantuk ke?tidur lah...sejam lagi kita sampai."Ujar Kamal.
"Bukan...segar mata saya ni bang."
"Habis tu kenapa?"
"Keluarga Datsun biru tadi tu..betul ke manusia bang."
"Betul lah kenapa?"
"Kalau manusia kenapa bayi yang di kendong Laila batu nisan bang."Kata Marina perlahan.
"Awak ni sayang... mengantuk ke?"Kamal ketawa, buat lawak pula Marina awal pagi ni.
"ALLAH bang betul bang saya nampak jelas, bayi Laila tu batu nisan sebenarnya.Dia pandang saya pun sinis je bang."Ujar Marina lagi, beriya-iya dia menyakinkan Kamal tetapi Kamal enggan percaya.Kecil juga hati Marina dengan Kamal.

Hari raya mereka sambut dengan meriah di kampung halaman Kamal, Kamal gembira sahaja tetapi Marina tidak terlepas memikirkan wajah Laila Hadi dan bayinya. Asyik teringat sahaja.Marina tidak pula menyatakan kepada Kamal tentang perasaan hatinya bimbang Kamal ketawakan dia percaya sangat kepada hantu segala.

"Kita singah sekejap lah rumah Hadi dan Laila."Kata Kamal apabila mereka mahu pulang ke rumah selepas beberapa hari menyambut lebaran.Marina hanya diam, Kamal tidak percayakan dia jadi untuk apa dia membantah.
"Awal lagi ni...baru masuk waktu isyak.boleh kita tu,pang solat di rumah Hadi nanti."Ujar Kamal lagi.Marina hanya diam tak bersuara.
Mereka singgah di rumah yang sama mereka turunkan Hadi dan Laila.Hanya dua orang tua yang sudah agak  uzur menyambut kedatangan mereka. Kelibat Hadi dan Laila tidak pula kelihatan di mana-mana.

"Anak ni siapa?"Tanya lelaki yang sudah bongkok sabut, barangkali bapa Hadi.
"Saya ni kawan Hadi pakcik."Jawab Kamal.Orang tua itu mempersilakan mereka sekeluarga masuk ke dalam rumah.Di atas rak kelihatan gambar Hadi sekeluarga bersama datsun biru.
"Kan abang dah kata tengok tu gambar hadi."Bisik Kamal kepada Marina.
"Kawan Hadi dari Kuala Lumpur ke?Dah lama benar kawan-kawan nya tidak datang bertandang, sejak Hadi tak ada."Kata emak Hadi.
Marina sudah mula tidak sedap hati,apa maksud emak Hadi tentang 'sejak hadi tak ada'Kamal tidak pula perasan perkataan tersebut.
"Tak makcik, pakcik...saya baru kenal hadi malam raya lepas, terjumpa dia dekat selekoh area tangki air kereta nya rosak.Saya yang tumpangkan sampai ke sini."Jawab Kamal.
Marina perasan orang tua Hadi berpandangan sesama mereka sebelum emak Hadi tiba-tiba menangis.
"Eh kenapa ni Makcik.?"Kamal terkejut.
"Betul ke kamu tumpangkan Hadi dan Laila balik ke sini malam raya lepas?"Tanya Ayah Hadi pula.
"Betul lah pakcik.Kalau tidak saya tak akan singgah menjenguk Hadi di sini."
"Allahuakhbar."Ayah Hadi meraup wajahnya dengan kedua belah tangannya.
"Kenapa ni pakcik, kenapa makcik menangis ni."Tanya Kamal.Marina pula sudah boleh mengagak apa yang berlaku.
"Setiap tahun selama 15 tahun itu lah yang berlaku. Selama itu juga kami menerima tetamu dengan cerita yang sama, menumpangkan Hadi pulang bersama Laila dan bayi nya."
"Maksud Pakcik?"
"Malam raya 15 tahun yang lepas memang kereta datsun biru milik Hadi tersadai di tepi jalan kerana rosak.Mereka meminta pertolongan dari orang yang salah.Hadi di bunuh dengan kejam di situ.Laila di perkosa kemudian di bunuh juga dengan kejam.Bayi mereka di sembelih tanpa belas kasihan."
"Ya ALlah!"Kamal meraup wajahnya.Jadi...siapa sebenarnya yang dia bawa pulang kerumah ayah dan emak hadi?

"Setiap tahun ada sahaja yang datang bertandang sebagai kawan Hadi, setiap tahun ada sahaja yang menemui datsun biru tersadai di tepi jalan, malam raya.Macam yang kamu jumpa. Sudah hampir 15tahun begitu.Malahan mereka yang pernah bertemu dengan hadi menjadi kawan kami juga akhirnya."Ujar bapa Hadi.
"Jadi beberapa hari lepas, saya bawa siapa?"Tanya Kamal...mustahil hantu yang dia bawa.Barangkali roh yang tidak tenteram.
Mereka meninggalkan rumah keluarga Hadi dengan seribu persoalan yang tidak mampu mereka jawab.Kun Fa Ya Kun, semuanya pasti bersebab dan dengan izin Allah juga.

Sebelum habis bulan syawal, Kamal teringin hendak bertandang kembali ke rumah keluarga Hadi, dia mengajak Marina pergi sekali, kali ini di waktu siang pula.

Rumah keluarga Hadi kelihatan usang, daun-daun berselerakan, dinding papan rumah tersebut terkopak di sana sini.Kamal dan Marina berpandangan, mustahil tersalah rumah.

"Anak berdua ni cari siapa dekat sini."Tegur seorang lelaki yang kebetulan lalu dan berhenti.
"Ini rumah arwah Hadi kan pakcik"Tanya Kamal.
"Memang ini rumah arwah Hadi tapi dah 15 tahun arwah pergi."
"Orang tua hadi ada lagi kan..."Tanya Kamal lagi.
"Orang tua hadi pun dah 10 tahun meninggal dunia, kemalangan .suami isteri tu meninggal dunia dekat situ juga sehari sebelum raya.Kenapa?"
Kamal dan Marina berpandangan.Dua peristiwa aneh yang menimpa mereka memang menjadikan mereka tertanya-tanya.Kenapa mereka di duga begitu?Apa sebabnya mereka di tunjukan perkara yang tidak masuk dek akal.
Hanya Allah yang tahu apa sebenarnya yang terjadi.

dua peristiwa di hari raya yang memberi kesan kepada Marina dan Kamal ALLAH maha kaya dan Maha Besar!

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now