DATANG LAWAT

785 41 1
                                    

Penat. Hari ni memang penat. Dari pagi tadi dok sibuk shooting dengan budak-budak kelas. Pagi bawak ke petang, petang bawak ke malam. Sampai dah tak lalu nak tengok studio tu. Pukul 9 malam baru selesai kerja. Lepas ni sibuk nak mengedit, nak touch up pulak gambar-gambar yg dah diambil. Pikir pun dah rasa letih. Habis kemas-kemas segala prop dalam studio, aku and the gang pi makan. Kami berlima seiring sejalan. Makan, sembang, minum tau-tau dah pukul 10. Memikirkan kerja masih banyak, aku ajak member-member balik cepat.

Masuk dalam kawasan kolej, aku tengok ramai orang dok berkumpul kat Pusat Islam. Oh, malam Jumaat, mungkin ada bacaan Yaasin. Aku buat telahan sendiri. Kami berlima laju-laju berjalan nak balik ke bilik. Dalam kepala otak cuma teringatkan assignment yg perlu disiapkan segera untuk dibentangkan pada pensyarah hari Sabtu ni. Sampai bilik yg dikongsi 4 orang, tak sempat mandi apa, terus on laptop, nak buat kerja. Mia, member sekelas pulak terus baring atas katil sambil cium-cium bantal busuk macam dah seminggu tak jumpa. Jaja dan Lili, macam aku, terus on laptop dan mula transfer gambar dari memory card ke laptop.

Sedang dok ralit buat kerja, pintu bilik kami diketuk dengan kuat. DUM DUM DUM! Amboi, macam nak roboh pintu tu diketuk. Mia yg dah mula hanyut dibuai haruman bantal busuknya terkejut sampai bangun dan duduk terpinga-pinga. Aku buka pintu bilik. Tercegat 3 ke 4 orang senior di muka pintu. Serius wajah mereka.

Senior 1: Ni kenapa tak pergi Pusat Islam ni?
Aku: Kami baru habis shooting, kak, baru balik dari studio. *tipu sikit je, bukan banyak pun*
Senior 2: Berapa orang ni dalam bilik?
Aku: Kami 4 orang, kak. Ada apa program kat Pusat Islam malam ni?
Senior 1: Hmm. Ada lagi tak kawan yg bersama kamu?
Aku: Ada sorang lagi, kat bilik sebelah.
Senior 3: Sorang-sorang?
Aku: Err... tak tau pulak saya, kak.

Aku jenguk kepala ke luar, ke bilik sebelah kanan. Member di bilik sebelah aku panggil. "Lisa! Lisa! Woi!" tapi tak ada balasan. Aku syak Si Lisa ni dah tertidur ni.

Senior 4: Takpe, biar saya pergi check.

Senior 4 ketuk pintu bilik Lisa sambil memberi salam. Dua tiga kali ketuk baru pintu terbuka. Lisa dengan muka serabai sengih-sengih tengok kami. Dah kata dah, minah ni mesti tertidur punya.

Senior 4: Awak sorang-sorang je ke dalam bilik?
Lisa: Ye saya, kak. Yg lain dah pi Pusat Islam kot.
Senior 4: Kalau boleh, jangan duduk sorang dalam bilik. Pergi duduk bilik kawan awak kat sebelah.

Dengar je kakak senior cakap macam tu, aku dah rasa lain macam dah. Kenapa pulak tak boleh duduk sorang dalam bilik? Ada apa kes?

Aku: Err... ada apa-apa jadi ke, kak?
Senior 1: Macam ni lah, saya minta awak semua duduk je sekali 1 bilik. Nak pergi toilet ke apa ke, minta jangan pergi sorang diri ye. Ambil nombor telepon saya. Kalau ada apa-apa, terus call je.

Hah, nampak sangat ada something somewhere ni. Aku tengok mata kakak-kakak senior meliar je tengok ke sekitar kawasan kolej. Aku pun tengokla sekeliling. Baru aku perasan yg kawasan kolej sunyi dan sepi. Kebanyakan bilik gelap tak berpenghuni. Takkan semuanya kat Pusat Islam? Aku tertanya-tanya. Lisa angkut segala Macbook dan kamera dan jajan masuk bilik kami.

Lisa: Eh, ada apa-apa jadi ke weh? Apsal dia tak bagi dok sorang-sorang?
Aku: Aku pun rasa ada something jadila.
Mia: Ada orang histeria ke eh?

Kami masing-masing diam. Kat sini aku rasa kejadian histeria, kena sampuk tu macam normal la jugak. Tiap-tiap minggu mesti ada at least satu kes. Almaklumlah, tempat terceruk macam ni, memang tempat bertapa makhluk-makhluk lain kata orang. Tasik kat tempat belajar aku ni pun boleh tahan jugak angkernya. Macam-macam kisah aku dah dengar pasal tasik tu. Ada senior yg dah siap pesan, waktu Maghrib janganlah dok berkeliaran kat area tasik tu. Orang hilanglah kat tasik tu, mati lemaslah, macam-macamla. Aku cuma pikir benda positif dan kalau boleh elakkan lalu tasik tu, aku elak. Lain-lain benda aku tak pikir sangat.

Lepas tu, kami sambung buat kerja. Tengah buat kerja tu, aku terdengar macam suara orang menyanyi. Suara per

empuan. Slow dan mendayu-dayu. Aku pandang kat member-member. Semua tengah sibuk buat kerja. Ah, mainan perasaan aku agaknya. Aku pun teruskan kerja editting gambar-gambar yg diambil dalam studio tadi. Tiba-tiba aku dengar suara orang petik-petik jari. Aku toleh ke arah katil Mia, di mana bunyi tu datang. Mia letak satu jari di bibir sambil letak tapak tangan belakang telinga, memberi isyarat agar semua orang diam dan dengar. Kali ni dengar jelas suara perempuan menyanyi.

Jaja, si penakut terus merapatkan kerusinya pada aku. Kami masing-masing terdiam. Makin lama, suara menyanyi tu makin hampir. Lagu apa, aku tak pasti. Tapi bunyinya macam lagu lama-lama dulu. Terdengar pula bunyi seperti orang berjalan sambil seret kain dari luar bilik, kat koridor.

Srettt... srettt....

Mak aih. Tercacak terus bulu roma aku. Jaja dah peluk aku, menggigil ketakutan. Lisa dan Lili dah lompat ke atas katil Mia, duduk rapat-rapat. Aku ambil telefon, niat di hati nak call kakak senior tu. Tapi hampa bila tengok perkataan 'No network coverage' tertera di skrin telefon. Tak pernah-pernah pulak jadi tak ada network kat tempat aku ni. Alih-alih hari ni la nak jadi pun.

Tok tok tok. Pintu bilik kami diketuk perlahan. Kami berpandangan sesama sendiri.

"Siapa tu?" Mia bertanya. Mia ni jenis berani sikit. Jenis yg kalau pukul 2 pagi dia nak pergi toilet, dia pergi je sorang-sorang.

Tok tok tok. Sekali lagi pintu bilik diketuk.

"Siapa tu?" sekali lagi juga Mia bertanya. Senyap.
"Oi, jangan main-mainla! Kalau takde apa-apa, jangan kacau kami. Pergi main jauh-jauh sana!" marah Mia. Selamba je dia cakap gitu. Tombol pintu bilik kami tak semena-mena bergoncang, dipulas berulang-kali. Seriau aku jadinya. Nasib baik aku kunci pintu tadi.

"Hik hik hik hik," terdengar suara ketawa dari balik pintu. Masa ni, seram sejuk dia lain macam sangat. Aku tengok Jaja sipi-sipi je dah nak sawan dah. Aku pegang tangan Jaja, cuba tenangkan dia sambil baca apa-apa yg patut. Lisa dan Lili pun terkumat-kamit mulut mereka dok membaca. Mia berdiri sambil cekak pinggang. Tapi aku tengok muka dia pun dah agak pucat sikit. Tiba-tiba...

BAMMMM! Pintu bilik kami bagai dilanggar sesuatu dari luar dengan kuat. Sampai melatah Si Lisa dengan bunyi yg kuat tu. Aku ni sedaya upaya dok menahan diri dari menjerit. Tangan Jaja dah berpeluh sejuk. Mia terus melompat naik atas katil, duduk di celah-celah Lili dan Lisa. Kemudian, senyap. Tak ada apa-apa bunyi selepas itu.

"Ma...ma... macam mana ni? Aaa... aa.. aku tak sedap hati ni," Lisa bersuara tergagap-gagap.

"Aaaaaaaaaaa!!!" tiba-tiba sahaja Jaja menjerit dan terus berlari melompat ke atas katil, bersembunyi di belakang Mia. Tinggal aku sorang diri kat meja study.

"Tuu... tuuu... tuuu," dengan mukanya disorokkan di belakang badan Mia, Jaja menunjuk ke arah tingkap, betul-betul arah meja study aku. Dengan slow motion, aku menoleh ke arah tingkap.

"Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!" habis terbalik kerusi aku bila aku bangun lintang pukang lari, terus keluar dari bilik. Tak ingat dah apa-apa pasal benda kat luar pintu. Yang aku ingat, aku nak lari je. Sebab kat tingkap tu ada perempuan dengan rambut menggerbang berpakaian putih tengah merenung ke arah kami dengan mata yg merah. Dah aku lari, yg lain pun sama cabut la. Sorang pun tak pakai selipar ke kasut ka bila berlari keluar. Bilik aku tu kat level 3 kot. Kalau manusia biasa, idaknya dia nak bertenggek kat tepi tingkap tu.

Segala laptop, kamera, telefon apa semua kami tinggal je. Lari keluar sehelai sepinggang. Si Lisa siap tergolek jatuh tangga masa kami sibuk berlari. Kami lari turun bawah sambil menjerit. Sampai berlanggar dengan kakak-kakak senior yg datang bilik awal tadi masa sampai kat bawah. Jaja terus pengsan sebaik sahaja kami sampai bawah. Kakak-kakak senior terus ajak kami masuk bilik diorang. Rupanya ramai jugak orang dah ada dalam bilik tu. Roomates Lisa pun ada.

Alkisahnya malam tu roomates Lisa terlebih dulu yg kena ganggu. Cik pon tu 'melawat' bilik mereka, bertenggek kat tingkap jugak. Lepas tu, bilik-bilik lain pun kena. Habis semuanya lari ke Pusa

t Islam, buat bacaan Yaasin dan apa yg patut. Bila dah habis, ramai yg takut nak balik bilik sendiri. Tu yg dok melepak dalam bilik senior. Cis betul. Bukannya nak maklumkan kat kami awal-awal yg ada 'pelawat VIP' datang. Tak pasal-pasal je kami diusik. Kesian Lisa, terpeleot kaki sebab jatuh tangga. Lepas Subuh, barulah kami beransur balik ke bilik.

P/S : 'aku' dlm cerita ni bkn sy ok

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now