TEMAN MALAM

619 37 0
                                    

Emak dan Abah ke surau , tinggal aku seorang diri di rumah . Akibat lapar yang melampau , memandangkan tiada makanan yang boleh dimakan , aku berjalan seorang diri dalam kepekatan malam ke kedai untuk membeli makanan .

Semasa di simpang 2 , aku terdengar suara perempuan ketawa .

Aku berhenti di tengah jalan , mencari dari mana datangnya bunyi suara tadi .

Kedengaran jelas suara ketawa datangnya dari semak di hadapan kiri aku .

Aku cuba untuk abaikan .

Tapi dalam diam , perasaan takut kembali memenuhi diri .

Mula lah macam macam jenis hantu aku fikir .

Hanya beberapa meter , aku terpandang ke arah semak tadi .

Jelas kelihatan kelibat putih , sedang berjalan dengan lajunya ke arah aku .

Akibat panik yang melampau , aku cuba membuka seribu langkah .

Saat aku baru lari setapak dua ,

" Liaaaaaaaaa !!!!!! "

Nama aku di panggil .

Aku berhenti , perlahan lahan melihat ke belakang .

Terkejut dengan kelibat 2 orang perempuan lengkap dengan telekung putih .

Lega melihat Mak Seha dan Makcik Jenab yang baru pulang dari surau .

Aku menarik nafas panjang .

" Kenapa ? Takut hantu yang tegur ke tadi ? "
Kata Makcik Jenab sambil senyum sinis pada aku .

" Iyelah . Ingat hantu muka hodoh tadi , rupanya orang kampung saya ."
Aku balas sambil menghadiahkan senyum kambing .

" Mana ada hodoh . Kau tak jumpa lagi , silap hari bulan , lagi cantik dari aku "
Balas Mak Seha selamba .

Aku abaikan saja mereka . Sungguh aku masih lagi dalam ketakutkan . Sisa panik masih lagi berbaki dalam diri .

Beberapa meter lagi aku akan sampai ke warung Wak Musa . Mak Seha dan Makcik Jenab sekadar berdiri memerhatikan aku .

" Kenapa berdiri situ je ? Bukan nak ke ..."
Belum sempat aku menghabiskan kata kata ...

" Kau pergilah makan . Aku teman kau aje "
Segera Makcik Jenab membalas.

Pelik dengan tingkah laku mereka . Tapi perjalanan tetap diteruskan untuk mengisi perut yang lapar .

Sesampai di kedai Wak Musa , aku segera duduk di meja makan .

Manakala Mak Seha dan Makcik Jenab sekadar berdiri memerhatikan aku berjalan ke gerai makan .

Segera aku memanggil Wak Musa mengambil order .

" Kau , datang dengan siapa tu ? "
Wak Musa bertanya sambil melihat ke arah Mak Seha dan Makcik Jenab .

" Mak Seha dengan Makcik Jenab lah , Wak Musa . Saya terserempak dengan mereka masa dekat simpang 2 tadi , baru habis dengar ceramah agama kat surau lah tu. "
Panjang lebar penerangan yang aku beri , layankan saja sementara menunggu makanan terhidang .

" Alia , cuba kau lihak Mak Seha sama Makcik Jenab tu ."
Wak Musa panggil aku untuk bangun .

Aku bangun malas dari kerusi hanya untuk melihat Mak Seha dan Makcik Jenab pulang ke rumah .

" Kau nampak tak , siapa mereka itu ? "
Balas Wak Musa sambil memandang muka aku .

Berdiri kaku aku melihat jelmaan yang menyerupai Mak Seha dan Makcik Jenab .

Mereka berjalan ke arah semak tapi kaki mereka tidak jejak tanah.

Aku terkejut .

Mak Seha berpaling ke arah aku .

Matanya jelas kemerahan . Tersenyum sambil darah mengalir keluar dari mulut .

Makcik Jenab turut berpaling , dan melambai lambai tangan ke arah aku seolah olah mereka akan pergi.

Dan aku , serta merta jatuh pengsan di kedai Wak Musa.

Keesokkan pagi nya , aku terjaga dari tidur . Cuba untuk bangun tapi tak terdaya .

Emak datang masuk ke bilik aku .

" Dah pesan anak dara jangan keluar malam , nasib baik 'dia' teman , kalau bawa kau ke alam sana , macam mana ? "
Leter Emak panjang lebar  .

Aku sekadar mendengar bebelan Emak . Kepala pening tak larat nak bercakap .

" Mak Seha dengan Makcik Jenab kau tu kemalangan langgar lari semalam masa nak ke surau untuk solat Mahgrib berjemaah . Sekarang ada dekat hospital , sedang di rawat . Koma , tak sedarkan diri lagi ."

Terbeliak biji mata aku memandang Emak .

" Dekat simpang 2 tu , sebenarnya laluan makhlus halus lalu . 'Benda' tu suka meneman sesiapa yang lalu di situ . Nasib baik dia temankan aje , kalau diheret sekali pergi ke alam dia ? Lepas ni Alia berhati hatilah . Jangan keluar malam seorang diri lagi . Janji dengan Emak , ye nak ? "

" Alia janji Emak , Alia janji ! "
Aku berjanji pada Emak , sungguh aku terkejut dengan berita yang di terima . Aku doakan Mak Seha dan Makcik Jenab cepat sembuh . Dan aku takkan berjalan malam seorang diri . Janji pada diri sendiri !

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now