JANJI

1.2K 77 1
                                    

Kisah ini berlaku lebih kurang 9 tahun yang lalu. Masa tu saya masih lagi anak remaja.
Ianya benar-benar berlaku.Masa tu kami sekeluarga telah menerima satu berita sedih kematian salah seorang kawan ayah saya yang bekerja sebagai tentera udara. Cara dia mati agak tragik juga, payung terjunnya gagal berfungsi semasa latihan terjunan dan mayatnya hanya dijumpai selepas 3 hari. So, korang bayangkanlah sendiri keadaan mayat tersebut. Saya memang tak masuk langsung dalam rumah arwah masa melawat tu. Jadi lepas kami balik dari rumah arwah kawan ayah, mama saya terus pergi ke tingkat atas nak ambil tuala menyuruh kami semua mandi.
Lepas beberapa minit lepas tu kami terdengar jeritan mama dari tingkat atas. Masa tu kami tengah menonton tv. Mama berlari turun kebawah tercungap-cungap. "Kenapa ni?" Tanya ayah yang juga cemas.
Mama saya dengan terketar-ketar cakap dia ternampak ada tangan orang berpaut dari luar tingkap (tingkap tak tutup masa tu) di bilik mereka sejurus saja dia buka lampu. Lepas tu, dia menjerit dan terus berlari turun. Saya dan abang tiba-tiba berasa takut. Ayah memeriksa bilik nya dan semua kawasan rumah. Setelah yakin semuanya ok dan selamat ayah hanya tersenyum dan berkata "Takda apa-apalah..jom tidur..' mungkin ayah sedapkan hati kami dan mama yang penakut. Malam tu suasana sangat sunyi dan seram. Entah kenapa rasa semacam.
Ayah semacam faham ketakutan kami lalu candangkan semuanya tidur diruang tamu malam tu.

Semasa abang ketandas nak buang air kecil, lalu di dapur tiba-tiba terdengar dia menjerit. Kami serentak berlari bertanyakan kenapa??!Abang kata ada seseorang didapur tengah merokok dalam gelap. Dia menjerit kerana ternampak asap dab api rokok sedangkan ayah kami tidak merokok. Ayah rasa tak sedap hati. Mama apatah lagi. Mama tanpa selindung terus bercerita yang dia juga terasa pelik seperti ada benda memerhatikan dia masa dalam bilik. Ayah terdiam. Dia menyuruh kami baca ayat-ayat suci sebagai pelindung. Sepanjang malam tu kami semua tidur rapat-rapat sebab takut.huhuhu..

Dekat nak subuh, mama bangun sediakan sebab ayah kena bantu keluarga arwah kawannya untuk urusan pengkebumian.
Masa mama didapur tiba-tiba dia menjerit histeria. Ayah yang ketika itu bersiap-siap belari mendapatkan mama yang menutup mukanya. Badannya menggigil ketakutan. Saya dan abanh ketika tu masih tidur.
Ayah menenangkan mama yang menangis ketakutan. Setelah tenang, barulah mama buka cerita. Ketika itu saya abang dan ayah kami semua duduk dimeja makan. Semuanya tertunggu2 cerita mama.
Mama kata semasa dia kedapur, dia rasa ada orang tepuk belakang dia. Bila dia pandang belakang takda sesapa pun. Dia juga ternampak asap serta bau rokok yang kuat didapur. Dia juga nampak banyangan orang beruniform tentera. Sama seperti cerita abang.

Kami semua hanya diam. Semasa ber sarapan, ayah tiba tepuk dahi."Oh ya..baru ayah teringat..patutlah 'dia'datang.." kami tak paham apa maksud ayah tu. Dia bangun dan mengambil sesuatu kat kabinet di stor. Dia kembali ke dapur membawa sehelai sweater bewarna hitam. Dia cakap yang sweater tu kepunyaan arwah kawannya, yang tertinggal di rumah kami semasa dia dan ayah lepak. Ayah ada message kawanya tu mengingatkan supaya jangan lupa amik sweaternya tu.
Kawannya berjanji akan datang tapi setelah habis latihan terjunan nanti.
"Dia kembali untuk ambil semula sweaternya.." ayah bercakap sendirian..maaflah ye..aku akan pulangkan semula nanti.." kami semua cuak dengar kata ayah.
Ayah cepat-cepat bungkus sweater tu elok-elok dan pulangkan semula hak arwah. Sejak itu tiada lagi gangguan-gangguan yang menakutkan.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now