POCONG

806 43 1
                                    

Kisahnya bermula bila Seriayu telah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki berasal dari Muar, Johor. Setelah beberapa tahun berkahwin, mereka dikurniakan dengan 4 orang anak. Mungkin dengan kuasa Allah, anak-anak Seriayu telah mengikuti jejak langkah ibu mereka yang membolehkan mereka melihat makhluk-makhluk ghaib ini.

Pada suatu malam, anak sulung Seriayu membawa adiknya menaiki motosikal untuk membeli burger. Mereka yang masing-masing berumur 17 dan 12 tahun membuat rondaan disekitar kawasan kejiranan sebelum membeli burger. Tanpa mereka sedari, mereka sedang menuju ke satu kawasan penjuru taman perumahan yang agak sunyi dan suram dengan deretan-deretan pohon-pohon buahan yang rendang. Disebelah kawasan perumahan tersebut terdapat sebiji rumah banglo yang ditinggalkan kerana semua penghuninya mati terbunuh dalam satu rompakan. Si abang rabun jauh manakala si adik sedang menajamkan penglihatannya pada sekujur tubuh yang bersandar pada sebatang pokok di tepi jalan. Mulut si abang berceloteh keriangan sedangkan si adik sedang mengoncang badan abangnya memberi isyarat. Bila menghampiri kawasan tersebut, adiknya memeluk sambil membenamkan muka pada badan abangnya dan pada ketika itulah baru si abang dapat melihat dengan jelas makluk yang sedang bersandar itu. Berkain kapan dengan matanya terbeliak tak berkelopak, hidung yang hanya tinggal lubang tanpa bentuk dan mulut yang ternganga menampakkan ulat-ulat yang merayap-rayap. Tempat yang makhluk itu menyandar betul-betul dibawah lampu jalan dan ini membuatkan si abang memecut motornya sambil membaca ayat-ayat suci dan terus pulang kerumah tanpa membeli burger.

Seriayu melihat kedua-dua anaknya masuk kerumah tergopoh-gapah dengan wajah yang pucat lesi. Cepat-cepat Seriayu memberi anaknya meminum air Yassin yang telah tersedia memandangkan keadaan mereka yang tergamam. Adik memulakan bicara dengan mengatakan yang ia melihat makhluk berkain kapan tapi abang tak mahu patah balik walaupun adik dah jerit pada abang. Abang pula membalas dengan berkata yang ia tak nampak sehinggalah dah sampai kekawasan tersebut. Kalau abang pusing takut motornya terbalik dan lagi parah, baik abang terus memecut jadi hantu tak ikut, jawabnya penuh yakin. Seriayu mendapat idea untuk mengajar anaknya yang suka meronda malam dengan berkata yang hantu berkain kapan itu dipanggil Pocong dan ia akan melompat seiring dengan motor walaupun di pecut dengan laju tambahan pula ia akan mengangakan mulutnya seperti dikoyak dengan seluas-luasnya. Kedua-duanya menjerit serentak dan melompat-lompat ketakutan dan semenjak dari itu, mereka tak keluar malam untuk meronda lagi.

Pengalaman Seriayu sendiri dengan makhluk bernama Pocong ini berlaku sewaktu Seriayu baru mendirikan rumahtangga. Ia pulang ke kampung halaman suaminya yang terletak di Muar, Johor. Ketika itu azan Maghrib baru lepas berkumandang, Seriayu dan suami mandi bersama memandangkan yang Seriayu masih dihantui dengan kejadian semasa ia berumur 15 tahun iaitu Hantu Pokok Pisang yang menganggunya ketika ia hendak mandi tambahan pula bilik air rumah mertuanya terletak di luar rumah. Selepas Seriayu mandi, ia ingin mencapai tuala yang terletak didinding bilik air dan ketika itulah ia terlihat seperti ada sesuatu bergerak disebalik dinding. Bila diamati, ia merupakan hujung kain putih yang diikat dan sekilas pandang Seriayu tahu yang lembaga disebalik dinding adalah Pocong dan sepantas kilat ia mencangkung ditepi dinding sambil mencuit suaminya. Suaminya yang masak benar dengan isyarat isterinya lalu cepat-cepat ia menyudahkan mandiannya sambil berkata "Kami tak kacau engkau dan lebih baik kau jangan kacau kami"!. Selepas habis suaminya berkata begitu, mereka terdengar bunyi berdecit-decit seperti seseorang memakai Selipar Jepun yang basah sedang menjauhi tempat tersebut. Cepat-cepat mereka naik ke atas rumah dan menunaikan solat. Bila keadaan reda, suaminya bertanya pada Seriayu, " Makhluk apa"?. Jawab Seriayu ringkas "Pocong"!. dan bila ia melompat anggota sendinya berdecit memandngkan isi badannya yang hampir reput.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now