MISTERI MIMPI

757 43 1
                                    

“Hye awak....”Syakilla menyapa.
“Killa... mana awak pergi dah dua hari awak hilang macam tu je.”tanya Razie laju sahaja sebaik sahaja wajah Syakilla muncul di hadapannya.
“Maaf Raz...Saya ada urusan.”jawab Syakilla tenang. Dia juga rindu hendak bertemu Razie.
“Jangan hilang lama-lama Killa..nanti saya rindu awak.”Syakill tersenyum.
“Jangan hilang lama-lama Killa..nanti saya rindu awak.”Syakill tersenyum.Syakill tersenyum.
“So macam mana masalah awak dah settle ke?”tany Razie.
“Tak juga..papa tetap dengan keputusan dia, jadi saya terpaksa akur.”
“Awak Razie...mama awak?”
“Sama juga....”
Mereka berdua terdiam. Entah kenapa mereka bertemu dan bercerita masalah yang sama. Pelik! Lebih pelik lagi mereka berdua sebenarnya hanya bertemu di alam mimpi.Razie masih ingat pertama kali dia bermimpikan Syakilla. Rasanya dia berada di sebuah bukit yang tinggi, dan melihat gadis itu sedang menangis bersendirian, dia pun sedang di landa masalah di alam nyata.Di yang menegur gadis itu, dan mereka berbual seperti berada di alam nyata.
“Mimpi je tu lah.”Kata Helmi kawan Razie.
“Aku percaya itu mimpi kalau tak ada ulangan.Kau tahu tak mimpi tu berulang, tempat nya sahaja yang lain. Orang nya masih sama.”Di sudah dapat mengagak Helmi tak percayakan dia.
“Syaitan saja nak hasut kau, nak goda kau tu Razie. Jangan terpedaya.”
Memang Razie tidak mahu percaya tetapi setiap hari dia bertemu dengan Syakilla sehingga kan dia boleh melukis wajah Syakilla di alam nyata.Siap dia tunjukan kepada Helmi lagi walaupun ia menjadi bahan ketawa sahaja.
Mimpi yang berulang, tempat yang berlainan tetapi mereka serasi berdua. Rutin Razie yang suka berpeleseran tiba-tiba terhenti.Dia lebih suka di rumh dan masuk tidur awal semata-mata hendak berdating dengan Syakilla.Setiap hari mereka berbual perkara yang berlainan, tentang cita-cita, tentang isu semasa. Tentang kehidupan mereka.
“Kenapa kita bertemu di alam mimpi ye Razie.”tanya Syakilla suatu malam.
“Entah..mugkin Allah nak tunjukan kita sesuatu mana lah kita tahukan?”ujarnya .
“Agaknyalah awak ni wujud tak di alam nyata ?”tatanya Syakilla lagi.
“Saya wujud lah, awak tu entah entah hantu.”usikannya .
“Eh saya pun wujud lah “
“Kalau wujud kenapalah kita tak berusaha jumpa kan?”
“Tak nak saya jumpa awak Razie, awak nampak baik sekarang tapi di luar sana belum tentu lagi. Entah-entah awak ni jahat.”
“Hello  baik sikit cakap ye.”Razie buat wajah sedih.Mereka ketawa, nampak gembira.
“Razie....”Mamanya memanggil, dia buat tidak peduli.Masih berkecil hati dengan mamanya.
“Mam cakap dengan Raz, kenapa buat bodoh je?”nya sudah mula meninggikan suara.
“Mama nak cakap apa?Kalau nak cakap pasal uncle Jamil tu baik tak payah.Mama dah dicide semuanya jadi kenapa tanya Raz lagi.”
“Raz..mama sayang Raz tau, Raz sorang je anak mama.Raz dah besar, umur Raz pun dah 20 lebih.Tak lama lagi Raz mungkin akan berkahwin.Jadi salah kah mama kalau mama bersama Uncle Jamil.Mama pun nak gembira juga. Arwah papa pun dah lama meninggal”
“Raz faham ma...Tak apa lah tapi Mama jangan paksa Raz tunjuk Raz suka, kalau hati susah nak terima.Ma doa je Raz akan terima dia.Lagi satu Raz dah tempah tiket nak ke London masa majlis ma tu.”
“Sampai hati Raz...”
Razie tidak bersama mamanya ketika mamanya menikahi uncle Jamil. Dia berada jauh dari Malaysia.Dan dia juga tidak lagi bertemu Syakilla di alam mimpi.Mungkin kerana waktu tidur yang berbeza.
Acun meletakkan beg nya di dalam bilik yang di bagi Auntie Malia.Bilik yang agak besar, lengkap perabotnya.
“Bilik depan ni bilik abang,tpi abang tak ada bercuti.Acun buat macam rumah sendiri ye.”kata Malia kepada anak tirinya.
“Baik auntie.... tq.”jawab acun.Dia menutup pintu biliknya.Mahu atau tidak papa dah pun berkahwin dengan auntie Malia.Not Bad... betul kata orang tu.Orang tu macam mana agaknya?
Seminggu acun duduk di rumah ini, malam tadi baru pertama kali dia dengar suara seorang lelaki yang tak dia kenali.Mngkin anak Auntie Malia dah balik. Dia pun malas mahu turun ke bawah.Anak auntie Malia bukan muhrim dia.Kena jaga aurat semua.Malas dia mahu menunjukan diri.
“Raz...”Syakilla menegur Raz ie yang duduk termenung memandang lautan luas .
“Killa...”Razie beralih tempat , dia menyuruh Syakilla duduk di sebelahnya.
“How your life?”tanya Razie.
“Not bad ...tak bosan tapi sunyi.”
“Why?”
“Sebab Raz tak ada.”Syakilla ketawa mesra .
“Dah kata kan Raz pergi makan angin ke luar  negara, waktu tidur tak sama.”
“Ya, Killa tahu.Ni mesti Raz dah balik ada pula dekat sini.”
“Ya lah dah balik.”
“Ole-ole untuk Killa mana?”
“Ada tapi macam mana nak bagi?”
“Simpan, mana tau kita jumpa di alam realiti.”
Mereka bertemu di alam mimpi tapi tidak pernah bertemu di alam nyata. Hanya mainan tidur yang di miliki oleh semua manusia.Apabila otak berfungsi ketika tidur.Bagi Razie, Syakilla bukan mimpi,hanya dia tidak tahu di mana Syakilla berada.Puas dia bertanya tetapi Syakilla tidak pernah mahu memberitahu.
“Jangan-jangan Syakilla ni bunian tak?”kata Helmi satu hari.
“Jin betina yang menyamar jadi manusia tuk pesongkan akidah kau.”
“Kau tak habis-berteori pasal jin betina jantan ni lah.”
“Aku cakap je Razie, kau tu kawan aku, aku tak nak satu hari nanti kau mati dalam tidur kau sebab roh kau dah di bawa jin tu pergi.”
“Kau jangan merapu boleh tak?”
“Merapu apa nya kalau Killa tu manusia mesti dia dah cakap dengan kau mana dia tinggal, kau boleh cari dia kan.Ni nak rahsia bagai.Kau tak pelik ke, dua individu berlainan boleh masuk ke dalam mimpi berlainan.”
“Memang lah pelik tapi aku yakin...Killa memang wujud lah.”
“dah lah tu Razie, jangan berangan.Atau kau ni dah jatuh cinta dengan Killa tu?”
“Aku suka juga lah dia tu....sebab..”
“Ha tengok...tengok. tu lah matlamat jin dan syaitan.Allhakhbar Razie bawa lah mengucap banyak -banyak .Moga Allah lindungi sahabat ku ini dari di rogol jin betina.”
“Hoi... kau agak agak lah.”Marah razie.
“Jangan bro... janganlah masuk dalam mimpinya lagi.teruk kau nanti.”
“Habis tu... macam mana?ada idea? Jangan bagi aku tidur macam tu?”
“Jangn tidur tu dah mengarut.Kau kena cakap dengan Killa kau tak nak kawan dengan dia lagi.”
Termakan dengan kata-kata helmy, Razie mula merasa bimbang.Macam mana kalau benar Syakilla memang bukan manusia.Syaitan yang merupai.Lebih baik dia beralah sebelum dia betul -betul suka kan Syakilla.
“Kenapa Raz tak nak percaya Killa... Killa manusia macam Raz.Kill bukan hantu lah, bukan jin bukan syaitan.”
“Tapi Raz tak sedap hati,pelik sebab kita hanya jumpa dalam mimpi.Killa pun tak nak bagitahu Raz siapa Killa sebenarnya.”
“Killa nak kita bertemu di alam nyata tapi Killa takut.”
“Takut apa?Killa ni pontianak ke yang menyamar jadi manusia.Bila jumpa di bawah cahaya matahari Killa terbakar.Mcam tu?”
“Bukan...”
“Dasar syaitan memang suka beralasan.”Razie sudah panas hati.
“Sampai hati Raz... tak apa.Killa redha... Killa tak akan ganggu Raz lagi.”Syakilla bangun, dia pergi meninggalkan Razie. Dan dia tidak pernah muncul lagi.
“Raz...”mama duduk di sebelahnya.
“Sampai bila nak mengelak dari uncle Jamil dan acun?”
“Raz tak bersedia lagi Ma...”
“Acun dah nak sambung belajar. Raz patut jumpa dia sebelum acun pergi.Kesian acun tu dia dah lah perempuan, tak ada kawan dekat sini.Raz patut jadi kawan dia..tolong dia apa yang patut.”
“Ma..Raz dengan dia bukan muhrim tau.. mama yang perempuan patutnya tolong dia.”
“Tak apa lah kalau dah macam tu,tapi kenal lah acun tu dulu.Mana tahu serasi.”
“Mama ni try nak jadi telangkai ke apa...?”
“tak lah macam tu...”
“Cukup la mama dan papa dia sahaja yang kawin.Raz dengan acun or...whatever tu, tak kan nak di jodohkan juga.”
Dah lah dia kehilangan Syakilla di alam mimpi , sekarang Mama pula cuba nak atur hidup dia . Memang takkan terjadi.
“Tak apa lah...”mamanya meninggalkan dia. Dia mengeluh , acun tu ada je depan bilik dia tapi dia tak pernah nak cuba mencari, bertegur sapa dengan acun tu. Namanya pun pelik.
“Jangan bencinya  sangat Raz...”mama berpaling kepadanya kembali . Mengharapkan agar dia  bertolak ansur dengan acun . Dia buat muka selamba . Tidak ada perasaan .
Mama membuat kenduri sempena keberangkatan anak tirinya .Razie malas mahu ikut serta tapi mamanya asyik mendesak dia.Helmy jadi mangsa untuk  menemaninya .
“Mana adik tiri kau, tak kan tak turun . majlis dia ni  kan?”tanya Helmi.
“Mana aku tahu.”
“Kau jangan tanyakan pasal dia dekat aku.Aku kalau tak suka, aku tetap tak suka.”sambung Razie.
Razie mendengar mamanya memperkenalkan kan seseorang pada Helmi , tapi dia langsung tidak ada hati mahu melihat orang yang di perkenalkan mamanya.
“Wei...Raz.Mama kau panggil .”Helmi berbisik perlahan.
“Apa ma...”Razie angkat kepala memandang wajah di hadapannya .Dia dan Helmi berpandangan  pelik.
“Ni acun.Dia anak Uncle Jamil .”
“What the he’ll .....”Helmi bersuara  Razie hanya terdiam. Dia tidak mampu berkata apa lagi.
“Masa untuk berangkat .”suara uncle Jamil muncul di antara mereka.Razie hanya diam tanpa suara.Dia pasti ini bukan mimpi.Ini benar – benar terjadi.
“Killa time  to  go.”mama bersuara.Razie dan helmi semakin pelik.
RAZIE hanya mampu memandang gadis itu pergi .
“Syakilla .....” tiba-tiba dia rasa hendak menyanyi lagu misteri mimpi syakilla.
“Di wujud?jadi dia bukan jin yang nak rogol kau... no way!”Helmi tepuk dahi,Razie hanya terduduk merenung lantai . Dia dah terlanjur suka  dan kini dia terlanjur membenci.
“Kalaulah dia tahu.....”

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now