PANGGILAN DARIPADA SIAPA?

597 34 0
                                    

Berlaku semasa pakcik saya mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital yang mengatakan ada satu mayat dalam perjalanan yang harus diuruskan. Pakcik saya pun terus pergi ke bilik mayat untuk membuat persiapan dengan kawan kerjanya, tetapi pakcik saya orang pertama yang sampai di bilik mayat tersebut.

Bila sampai, pakcik terperasan macam ada orang sedang berdiri di depan pintu bilik mayat tersebut tetapi pakcik saya tak fikir apa-apa masa itu. Sebab pakcik saya ingat itu kawan sekerjanya. Bila pakcik saya menghampiri bilik tersebut, lelaki itu terus beredar dan berjalan ke bangunan lain. Pakcik saya tak fikir apa-apa terus membuka pintu. Baru saja pakcik saya hendak melangkah masuk ke dalam bilik mayat itu, tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. "Astaghfirullahal'azim..." pakcik saya terus mengucap. Bila pakcik saya toleh belakang, terperanjat apabila yang berada di belakangnya merupakan orang yang dia nampak tadi, yang berdiri di depan pintu, tetapi mukanya terkopek, kulit kepala tersiat sampai nampak tulang tengkorak.

Pakcik saya terus membaca ayat2 suci dan terus membaca. Makhluk itu terus hilang dari pandangan. Pakcik saya terus menelefon kawannya sebab tak sampai-sampai dari tadi. Nak tahu apa kawannya cakap??? "Apa kau merepek ni, aku tak dapat apa2 panggilan pun..." Pakcik saya pun dah mula menggelabah, terus cepat2 tutup pintu bilik mayat itu. Ketika menutup pintu, terdengar suara orang menangis betul2 di belakang pakcik saya. Masa itu hanya Tuhan saja yang tahu perasan pakcik saya. Menggigil tangan pakcik saya semasa hendak kunci pintu itu. Pakcik saya menguatkan diri cuba menoleh ke belakang. Benda itu betul2 muncul di depan muka pakcik saya dan pakcik saya lantas menjerit, "Ya Allah..!!!" dan terus pengsan. Sekarang pakcik saya sudah berhenti kerja sejak kejadian yang menyeramkan itu. Yang peliknya siapa yang menghubungi pakcik saya???

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now