JALAN PINTAS ( PART 2)

740 37 1
                                    

Malam yang pekat serta sunyi itu tiba-tiba sahaja dipecahkan dengan suara nyaring hilaian wanita.Kamal yang tidak sempat menghabiskan kata-katanya terdiam sejenak.Pak Akob, Wak Seman,Busu Kamal dan Pak Wahab mendiamkan diri seketika.Menanti penuh debar sekiranya suara hilaian itu akan berhenti mengilai atau pun tidak. Wak Seman menuju ke jendela,diperhatinya ke laman rumah Pak Wahab,kosong tiada sesiapa pun di luar. Kamal dengan segera bangun menuju ke biliknya.Mahu sahaja direbahkan diri ke atas tilamnya yang empuk,tingkap biliknya diketuk perlahan.Kamal kian resah.Bermain di benaknya siapakah gerangan yang datang mengetuk tingkapnya malam-malam begini.Dia menanti penuh resah kalau-kalau ada suara memanggilnya dari luar.Mal...oh Mal..buka ar,
Kitorang ni, Adi dengan Razi..," tiba-tiba suara sahabat-sahabatnya memanggi dari luar.
"Hisshhh..korang ni!buat aku terkejut saja!,"guman Kamal setelah tingkapnya dibuka.
"Mal engkau dengar tak tadi suara tu?," lantas Adi bertanya.
"Mesti lah dengar.Tapi korang tak pelik ker?," Kamal bertanya kembali.
"Apa yang peliknya?," tanya Adi pula tidak mengerti.
"Kampung kita..aku.. lepas kita jumpa kotak tu,terus kampung kita kena kacau dengan pontianak,"tutur Kamal laju.
"Aku pun rasa macam tu,"ujar Razi pula.
"Korang tahu tak.?,tiap-tiap malam aku mimpikan pompuan berwajah suram dengan badan yang berlumuran darah,"sambubg Kamal.
"Sebenarnya..kitorang pun mimpi yang sama macam kau mimpi,"serentak Adi dan Razi bersuara.
"Aku rasa baik kita pulangkan kotak yang kita jumpa ke tempat asal kita jumpa," cadang Razi. KEtiga-tiga mereka bersetuju.Bergegas menbawa kotak lama itu mereka mengatur langkah menuju ke Jalan Pintas tanpa mereka sedari apa yang bakal menimpa nasib mereka.Pak Akob,Wak Seman,Busu Kamal kemudiannya meminta izin untuk pulang.Pak Akob berpesan kepada Pak Wahab agar menyuruh Kamal berjumpa dengannya keesokan harinya.Pak Wahab cuba memanggil anak bujang itu ,namun tiada sahutan. Digegas nya ke bilik Kamal tiada,di dapur juga tiada.Pak Wahab menjadi bingung seketika.Ke manakah anak bujangnya itu pergi.Segera dipanggilnya Pak Akob yang baru beberapa langkah keluar dari halaman rumahnya.
"Akob.!Kamal..Kamal sudah hilang..!," termengah-mengah Pak Wahab berbicara.
"Aku rasa..aku tahu ke mana dia pergi.Bukan dia sahaja.,anak aku juga anak kau Busu," lembut saja bicara Pak Akob.
"Anak aku?Ke mana anak aku pergi?," tya pula Busu Kamal.
"Kamu bertiga cepat ikut aku sebelum apa-apa berlaku.,"balas Pak Akob tenang.
Kini langkah mereka berempat dipercepatkan menuju ke Jalan Pintas.
Sesampai sahaja di Jalan Pintas,Kamal,Adi dan Razi menyuluh-nyuluh jalan mencari-cari lubang di mana kotak itu ditemukan.
Sedang berpusing-pusing mencari lubang kotak tersebut mereka terdengar seolah-olah pokok disekeliling mereka seperti dirempuh sesuatu.
Mereka mulai resah. Namun Razi yang mewarisi sedikit kebolehan ayahnya bertindak tenang.Dia seperti tahu akan kehadiran lembaga itu.Secara tiba-tiba hilaian mula memecah kesunyian Jalan Pintas itu,Razi berjaga-jaga.Adi dan Kamal menelan liur kerana itukah kali pertama mereka berhadapan situasi begitu."Kuatkan diri korang,ingat pada allah,baca qursi secara terus,"Razi mengingatkan dua orang sahabatnya itu.
Adi dan Kamal akur dengan kata-kata Razi.Lembaga itu mula menyeringgai menampakkan wajahnya yang hodoh.
Razi tekad jika lembaga wanita itu mula menyerang dia akan menyerang balas.Dia tahu dia tidak cukup ilmu tetapi,dia juga tidak mahu sahabat-sahabat nya diapa-apa kan.Langkah diatur,lembaga wanita mula terbang kan dirinya,rambutnya mulai memanjang hampir-hampir sahaja mengenai Adi.
Kamal mengundur ke belakang.Entah kenapa secara tiba-tiba tangan nya mulai membuka kotak lama itu.Diambilnya kalung itu lalu dikalung kan ke lehernya.Razi masih lagi bertarung.
Dengan lafaz kalimah allah lembaga wanita itu mulai mengundur. Melihatkan keadaan itu,Razi mengambil kesempatan cuba melaungkan azan,dan secara tiba-tiba kepalanya diketuk,Razi rebah.
Tanpa menyedari apa-apa,kepala Adi juga diketuk.
Pak Akob,Wak Seman, Busu Kamal dan Pak Wahab sampai di Jalan Pintas,namun agak terlewat.Sesampai sahaja di sana kelihatan Adi dan Razi sudah pun Rebah.
Kamal pula hilang entah ke mana.Pak Wahab mulai runsing.
Dari kejauhan terdengar suara hilaian Milah.
"Milah..,"getus hati kecil Wak Seman.

Setelah Adi dan Razi sedar keesokan harinya,Pak Akob mula bertya kepada mereka berdua tentang apa yang telah berlaku pada malam itu.Dilihatnya Pak Wahab termenung sendirian mengenangkan anaknya yang hilang itu.Adi dalam dilema dan masih lagi dalam keadaan terkejut. Razi yang baru sedar mengumpul sedikit kekuatan menceritakan apa yang berlaku.
"Ayah,Kamal mana ayah?,"lantas ditanyakan tentang sahabatnya itu.
"Seharusnya kami yang tanyakan itu kepada kamu!!," sergah Busu Kamal tiba-tiba.
"Kami tidak tahu..Entah ke mana Kamal menghilang..Sampai sahaja di tempat kami menemukan kamu berdua..Kamal tiada disitu.Bahkan kotak berisi kalung itu juga tiada kalungnya.Razi menjadi serba salah, ditatapnya wajah ayahnya lemah.
Dipandang pula pada Pak Wahab, sayu hatinya."Macam mana..sekarang...satu-satunya amanah..," Pak Wahab mula bersuara.
"Wahab,abang tahu dek,kami semua tahu.
Kamal...,"Wak Seman menghentikan kata-katanya.
Suasana sepi seketika.
Razi kebinggungan.
"Amanah?Amanah apa..dan..apa kaitan dengan Kamal..dan ke mana Kamal pergi..mana kalung dalam kotak..?,"Razi bermonolog sendirian.
Dipandangnya sahabatnya lagi seorang itu.Adi kelihatan letih.
Mungkin itu kali pertama dia berhadapan situasi begitu.Namun dia yakin bahawa sahabatnya masih hidup. Sejak peristiwa kehilangan Kamal, kampung mereka sering diganggu kelibat wanita berlumuran darah.
Merasakan keadaan kampung semakin tidak aman.Wak Seman bersama Pak Akob cuba menenangkan keadaan.Namun mereka tahu,selagi dendam Milah tidak terbalas, selagi itu keadaan kampung akan huru hara.
Di malam yang hening Pak Awang memandang ke langit keluar jendela rumahnya.Secara samar-samar dia terpandang akan kelibat wanita berlumuran darah itu.
Ditatapnya wajah suram wanita itu. Alangkah terkejutnya dia melihat wanita itu.
'Kau Milah?Kau datang nak bunuh aku Milah..,"sayu Pak Awang bersuara.
Wanita itu memandang tajam Pak Awang sambil tersenyum sinis.
Pak Awang mengelamun sendirian mengimbau peristiwa 15 tahun lalu.

Malam itu Awang meracau,dia termimpikan arwah Milah datang kepadanya dalam keadaan berlumpur. Wajah Milah suram,lumpur di badan Milah bertukar kemerahan seperti darah.
"Awang..tolong aku..,"suara Milah sayup-sayup memanggil Awang. Awang terjaga dari mimpi,habis berpeluh badannya yang satu itu.Keesokannya Awang berjumpa Senah,mereka berbincang mengenai mayat Milah.
"Aku takut la Nah,macam mana kalau orang kampung terhidu bau mayat Milah?,"tanya Awang.
"Kau usah bimbang Awang,aku sudah rancang segala-galanya,"tutur Senah penuh angkuh.
"Aku tak mahu tahu, yang aku tahu aku nak kau lupuskan mayat Milah!!,"tengking Awang.
"Hahahahahaha,"Senah tergelak riak mendengar ugutan Awang.Senah sudah awal lagi merancang segala rancagan jahatnya sebaik mungkin,sebelum dia menghasut Awang lagi.Akibat terlalu cemburukan sahabatnya sendiri,Senah memilih untuk sujud kepada syaitan durjana.
Malam Jumaat bulan penuh Senah berpakat dengan gurunya,Tok Gedawan,menggali mayat Milah dan mengawetkan mayat Milah agar tiada bau busuk.Dengan penuh hati-hati Senah melakukan pengawetan mayat sambil diperhati Tok Gedawan.Tanpa mereka sedari,telatah mereka diperhati sepasang mata merah menjeling geram. Mata merah itu memerhati dari satu-satunya puncak pokok ketapang di Jalan pintas itu.Selesai mengawet dan menanam semula jasad Milah,Senah dan Tok Gedawan melangkah menuju ke pondok Tok Gedawan di hujung kampung.
Bagi mengelakkan arwah Milah menghantui dirinya Senah tunduk kepada Tok Gedawan sehingga sanggup menyerahkan maruah dirinya.
Sesosok tubuh berwajah suram menghampiri jalan pintas itu,diperhatinya tanah di mana jasad ya ditanam secara hina.Sayu dirinya,tangisan suaranya mulai memecah kesunyian malam sehingga menakutkan sesiapa saja yang mendengarnya.
Awang dan Senah mulai diganggu jelmaan Milah lagi.
Hampir setiap malam begitu Awang resah,.Senah tersenyum sinis,ilmunya membuatkan Milah tidak dapat menghampiri dirinya.
Senah semakin angkuh.Awang semakin takut.Diugutnya Senah untuk membocorkan rahsia mereka jika tidak dihapuskan saja jelmaan Milah.Senah bukan bodoh,dengan ilmu penunduk yang dipelajarinya,senang saja dia menundukkan Awang.
Diguna-gunanya Awang sehingga kahwin lah mereka berdua.Mereka dikurniakan cahaya mata peremuan.
Seman yang baru pulang setelah sekian lama ke luar kota berasa sungguh kesal kerana disangkanya seminggu sahaja,mana tahu dia terpaksa meneruskan kerja kerana masalah-masalah dalaman dan kekurangan pekerja.
Mengetahui kepulangan Seman,Senah bijak mengatur langkah.
Menggunakan mulutnya saja orang-orang kampung mulai percaya Milah melarikan diri bersama lelaki lain. Seman tidak percaya nista Senah,dia percaya isterinya bukan begitu,apatah lagi seluruh penduduk bercerita mengenai jelmaan menyerupai Milah.Setiap malam dia terdengar sayup-sayup suara isterinya meminta tolong.
Seman tidak berpuas hati,dia mencari adik iparnya menanyakan tentang kakaknya,kerana dia tidak menemui Milah di mana-mana,hanya kalung pemberiannya tercampak di bawah meja bersama sedikit darah kering di kalung itu.
Wahab dengan wajah kesal mengakui dia sendiri runsing tentan g kehilangan kakaknya itu.Kedua-dua merasa bimbang.
Keesokannya,Seman mencari Awang,akan tetapi Awang sudah tidak seperti dirinya.
Seman mulai ragu-ragu dengan kata-kata Senah.
Seman berbincang bersama Busu Jambang,Busu Kamal,Wahab dan Akob.Wahab diminta menjaga anaknya Kamal dan sentiasa mengawasi anak kecil itu.Malam berikutnya,Senah berhati-hati menuju ke hujung kampung ke pondok Tok Gedawan.Tanpa dia sedari gerak gerinya diperhati Seman dan yang lain.Di suatu sudut Milah juga memerhati Senah terbongkok-bongkok menyusuri jalan pintas itu.
"Kita tidak bersendirian malam ni,"ujar Akob perlahan.
"Malam ini mungkin kita akan tahu segala-galanya,"tambah Akob lagi.
Semua diam memandang Akob lalu pandangan mereka beralih ke pondok buruk milik Tok Gedawan.
"Malam ini akan ada pertarungan,engkau harus segera melarikan diri Senah,"kata Tok Gedawan tiba-tiba ketika Senah mahu melabuhkan pungungnya.
"Kenapa tok kenapa?,"tanya Senah ingin tahu.
"Kau bukan lawannya,ilmumu belum lengkap sepenuhnya,"balas Tok Gedawan.
"Ayuh cepat!!lari ikut pintu belakang!!,"jerkah Tok Gedawan.
Dengan berhati-hati Senah melangkah keluar dari pintu belakang,tanpa disedari Milah mula terbangengekori Senah.Seman bersama Akob menendang pintu pondok Tok Gedawan.
Maka berlakulah pertarungan antara Tok Gedawan dan Akob.
Akob mengarahkan Seman mengejar Senah bersama Busu Kamal.Pertarungan hebat antara Tok Gedawan dan Akob sambil dibantu Busu Jambang.Akhirnya dengan kekuasaan dan izin allah taala.
Tok Gedawan berjaya ditewasakan."Terlaknatlah orang-orang yang menyekutukan allah dan tidak bertaubat,"ujar Akob keletihan.Namun tugas mereka masih belum selesai,Senah harus ditangkap,kerja jahatnya harus dibongkar.Dia harus cepat kerana Milah juga sedang mengejar Senah kerana dendam dirinya.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now