PENUNGGU SEKOLAH

816 37 1
                                    

Arif, Ahmad, Afiq, Alif dan Azim, mereka lima orang sahabat baik. Pada satu musim cuti sekolah, mereka telah merancang untuk melakukan satu aktiviti iaitu aktiviti paranormal. Mereka nak cari hantu! Mereka sangat meminati dengan aktiviti itu namun belum pernah terserempak atau terdengar bunyi hantu.

Lokasi yang mereka akan pergi ialah ke sebuah sekolah. Mereka mendapat tahu yang tapak asal sekolah itu dulu merupakan sebuah hospital sakit jiwa. Mereka bercadang untuk ke sana pada waktu tengah malam.

Segala persiapan sudah beres. Mereka pun bertolak kira-kira pukul 10 malam. Lokasi sekolah berasrama itu agak jauh dan terpencil. Satu jam setengah kemudian, mereka berlima pun tiba di sekolah berkenaan.

Azim memerhatikan ke arah pondok pengawal. Pondok itu kelihatan gelap. Malah seluruh kawasan sekolah dan asrama disitu gelap dan suram. Tiada sebarang lampu kelihatan terpasang. Seolah-olah semua manusia yang tinggal di situ tiada.

"Kemana agaknya semua orang? Nak kata cuti balik beraya, raya lambat lagi," bisik Azim.

Alif yang terdengar Azim berkata menyampuk.

"Apa kau cakap tu, Azim? Kau cakap dengan siapa?"

"Tak lah. Aku cakap dengan diri aku!"

"Haha...pelik lah kau ni!"

"Hoi, turunlah cepat. Buat apa lagi kat dalam tu?" marah Arif yang sudah tercegat di sisi van yang mereka naiki.

"Arif, kau pelik tak?" bisik Azim.

"Apa yang peliknya?"

"Kau tengok pondok tu. Gelap. Maknanya sekolah ni tak ada pengawal keselamatan yang berjaga,"

"Biarlah. Kalau tak ada pengawal lagi bagus. Kerja kita bertambah senang," kata Arif.

"Tak jugak," sampuk Ahmad yang berdiri di hadapan pintu pagar.

"Pintu pagar ni berkunci. Tengok ni, bukan main besar lagi mangganya,"

"Ah, apa susah. Kita panjat je pintu pagar ni. Bukannya susah pun," ujar Alif lalu dia memanjat naik pagar besi berwarna merah darah itu. Mereka yang lain pun mengikut jejak Alif. Memanjat pagar. Dah macam pencuri pulak!

Mereka berjalan ke arah sebuah bangunan tiga tingkat yang mereka percaya ianya bangunan utama yang menempatkan pejabat sekolah dan bilik guru serta pejabat pengetua.

"Ok, sekarang kita berpecah. Aku akan periksa bangunan kat depan ni. Alif dengan Ahmad pergi asrama lelaki. Azim dengan Afiq pergi ke kantin," arah Arif.

"Kau seorang tak apa ke?" tanya Ahmad.

"Tak apa. Aku dah biasa,"

"Suka hati kau lah!"

Mereka mula berpecah. Arif berjalan ke arah bangunan utama sekolah. Dia lega apabila mendapati pintu gril di ruangan tangga menuju tingkat atas tidak berkunci. Sebentar tadi Arif sudah memeriksa tingkat bawah itu. Tiada sebarang aktiviti aneh dikesan.

Arif sampai di tingkat satu. Dia terus bergerak ke arah sebuah pintu. Kali ini arif berasa pelik. Kenapa semua pintu tak berkunci? Tadi pintu gril. Tapi pintu pagar bukan main besar lagi mangga kuncinya! Arif melangkah masuk ke ruangan itu.

*****

Alif berjalan perlahan sambil menyuluh sekeliling. Ahmad sudah agak jauh didepannya. Mereka sedang melalui lauan untuk ke asrama lelaki. Di kiri kanan laluan itu dipenuhi tanaman hijau serta sebuah kolam ikan di sebelah kiri.

Tiba-tiba Alif ternampak sesuatu berwarna putih bertenggek di tepi kolam ikan. Namun apabila dia mengerlipkan matanya, benda putih itu hilang. Alif menyuluh di sekitar kawasan kolam itu. Benda putih yang entah apa tadi sudah hilang sekelip mata.

Eeeeee Takut Yeee......Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt