BUJUR EMAS

895 48 1
                                    

Ada satu perkampungan di daerah kecil, di mana penduduknya hidup aman damai. Sehinggalah pada suatu hari ketenangan dan aman damai itu terganggu apabila kecoh di katakan terdapat satu kejadian misteri di kawasan perkampungan mereka. Kejadian di mana seorang budak remaja lelaki telah terjumpa satu lubang kecil di kawasan tempat dia memancing ikan. Budak lelaki itu menjumpainya sewaktu dia berjalan pulang ke rumah. Waktu itu dia sedang berjalan kaki, entah bagaimana botol air yang dia bawa telah terjatuh ke tanah. Yang menghairankan dia, bunyi botol terjatuh itu tidak seperti jatuh di atas tanah, tetapi seperti bunyi terjatuh di atas kepingan besi.

Budak tersebut terkejut apabila menjumpai satu pintu besi rahsia yang sudah ditutupi rumput dan semak samun. Dia kemudiannya membuka pintu tersebut yang boleh dikatakan sebagai pintu rahsia. Ada satu tangga kecil menuju ke bawahnya, dengan bantuan lampu suluh dia pun menuruni tangga untuk ke bawah. Selesai sampai ke bawah lebih kurang dalam 15 meter, alangkah terkejutnya dia apabila melihat banyak longgokan serta timbunan emas-emas berkilauan yang dikumpulkan di suatu tempat. Emas-emas itu kesemuanya berbentuk bujur dan terlalu banyak sehingga timbunan itu mencecahi siling. Budak remaja lelaki mula teruja dan rambang mata.

Dia mengambil sedikit emas-emas tersebut menggunakan baldi kecilnya lalu dibawa ke rumah. Keluarganya lantas terkejut dengan penemuan emas oleh anak lelakinya. Bagi membuktikan kata-katanya betul, dia membawa keluarganya ke lubang rahsia tersebut. Ternyata mereka semua kagum dengan penemuan menakjubkan itu. Hidup mereka bakal berubah, emas-emas sudah berada di genggaman. Oleh kerana ingin menyembunyikan lubang rahsia tersebut daripada sampai ke pengetahuan orang lain, mereka bersepakat untuk menutup pintu lubang rahsia itu menggunakan batang kayu yang besar, dan juga ditutupi dengan rumput-rumput. Mereka semua telah merancang untuk ke situ lagi bagi mengambil lebih banyak bujur-bujur emas-emas. Walaupun bentuknya aneh, tapi siapa tahu nilainya memang sangat berharga?

.....................

Dari celah-celah lubang kecil tidak jauh daripada longgokan emas, melingkar satu makhluk berwarna hitam bersisik yang sangat hodoh wajahnya. Badannya berlendir, besar dan panjang menjalar seperti ular, manakala kepalanya berbentuk seperti kepala manusia. Yang membezakannya, dagunya tajam menirus, matanya pula sepet, rambutnya mengurai panjang. Makhluk tersebut melingkar mengelilingi telur-telur keemasannya yang sudah bertimbun sehingga mencecah siling. Tunggu masa sahaja ia semua akan menetas. Pastinya anak-anak itu akan ganas dan kejam sepertinya juga. Lagenda mengatakan makhluk ini berasal daripada seorang wanita yang telah membuat perjanjian dengan syaitan. Pada masa dahulu wanita ini merupakan seorang pemain ular yang terkenal, dia sanggup membuat perjanjian dengan syaitan supaya semua ular-ular di muka bumi ini akan tunduk kepadanya. Syaitan telah memberi syarat, selepas 50 tahun wanita ini akan dijelmakan menjadi makhluk yang mempunyai rupa seakan-akan ular. Dan wanita tersebut bersetuju.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now