VAN MAYAT

938 62 2
                                    

Dua orang pekerja hospital yang bertugas sebagai pengurus dan pemandu van mayat sedang berbual-bual sewaktu dalam perjalanan menghantar mayat ke rumah waris si mati. Bagi mengelakkan rasa mengantuk, mereka berdua rancak bercerita tentang pengalaman seram masing-masing sewaktu sedang bertugas memandu van mayat. Saya gelarkan mereka sebagai Salim dan Abu sahaja.

Salim: Pengalaman seram ni berlaku masa tahun pertama aku kerja bawak van mayat. Kau bayangkan van aku terasa berat sangat masa tu, padahal keadaan jalan mendatar. Dah la waktu senja, lalu pulak jalan kampung yang sunyi.

Abu: Habis tu kau buat apa lepas tu?

Salim: Aku tak berani nak turun, jadi aku tekan je lah minyak. Waktu tu tiba-tiba aku terdengar bunyi bumbung van aku berdentam-dentum macam ada orang ketuk dari atas. Aku buat bodoh, aku pun pandu je lah macam biasa. Tapi dalam hati hanya tuhan je yang tahu.

Abu: Entah-entah 'benda' tu kot..

Salim: Ish kau ni celupar betul mulut kau. Dah la tengah malam ni. Tapi betul Bu, masa tu otak aku terfikir nak pandang cermin belakang, bila aku pandang je cermin tu, aku ternampak ada seorang budak perempuan bermuka pucat tengah duduk dekat atas keranda. Kebetulan jenazah yang aku bawak masa tu ialah jenazah budak perempuan yang mati didera oleh bapanya. Aku ingat tu hanya khayalan aku je. Tapi bila aku pandang sekali lagi, budak perempuan tu masih tetap ada dekat atas keranda tu lagi. Dia tenung je muka aku.

Abu: Fuhh. Seram cerita kau ni. Nampak ni meremang tangan aku. Tapi aku pun ada pengalaman seram jugak.

Salim: Hah cerita lah, tapi jangan seram sangat. Takut pulak aku nanti.

Abu: Takda lah seram sangat. Biasa je. Ok ceritanya macam ni. Masa tu aku ditugaskan untuk mengambil satu mayat lelaki tua yang lemas di satu lombong terbiar. Pihak polis dan forensik semua dah ada dekat sana, aku masih dalam perjalanan. Masa tu hujan lebat sangat. Kawasan lombong tu pula agak mencabar sedikit jalannya, selekoh bengkang-bengkok merata-rata, di bawahnya pula gaung dalam. Aku pun pandulah dengan hati-hati.

Salim: Okay lepas tu?

Abu: Aku pandu macam biasa, dengan ekstra fokus supaya tak berlaku kejadian tak diingini. Namun entah macam-mana, sewaktu selekoh yang terakhir, van aku telah bergesel dengan sebuah lori 3 tan. Dia nak masuk selekoh, aku pun nak masuk selekoh jugak. Faham-faham je lah kan, jalan raya kecil.

Salim: Hah, jadi kau dengan dia kemalangan lah?

Abu: Haah. Lori tu bergesel dan melanggar tepi van aku. Aku tak dapat kawal van dan terus terbabas melanggar penghadang jalan. Aku dan van bersama-sama menjunam ke dalam gaung yang jauh ke dalam. Sakitnya waktu itu tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata.

Salim: Nasib baik dorang semua cepat sampai untuk selamatkan kau kan. Kalau tak.. fuh.

Abu: Dorang semua ambil masa 6 jam nak keluarkan aku dari bawah gaung tu. Dan waktu tu, aku tak terselamat pun. Dorang semua hanya dapat bawa mayat aku ke atas. Aku dah mati serta merta waktu aku jatuh gaung tu. Aku tercampak keluar. Kepala aku terhentak kuat pada batu-batu, badan aku pula dah hancur terputus dua dihempas oleh van. Cebisan-cebisan daging dari badan aku bertebaran ke merata=rata tempat.

Salim tergamam. Dia ambil fail di dashboard yang berisi maklumat peribadi jenazah di belakang. Tertulis di situ nama Abu Bin Sidek. Sebab kematian, kemalangan jalan raya di lereng bukit. Salim pandang sebelah kiri, apa yang dia lihat waktu itu adalah 'Abu' yang sudah berbungkus kain putih sedang duduk tersenyum memandang Salim.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now