TIDUR MATI

820 41 1
                                    

Terdapat seorang gadis bernama Alicia yang baru berpindah bersama ibubapanya di sebuah bandar baru. Mereka menyewa sebuah rumah dua tingkat yang agak usang. Alicia tidur di tingkat bawah manakala ibubapanya tidur di tingkat atas.

Selepas menetap di sana selama beberapa minggu, ibubapa Alicia perasan yang anaknya mula kelihatan kurus. Kesihatan Alicia pula menjadi semakin teruk. Alicia terpaksa berehat di di katilnya akibat penyakit misteri itu.

Doktor datang memeriksa Alicia dan memberitahu kepada ibubapanya yang anaknya menghidapi penyakit Anemia. Doktor itu menasihati Alicia untuk berehat dan penyakit itu akan sembuh dalam masa beberapa hari.

Namun, kesihatan Alicia menjadi semakin teruk. Kulitnya mula pucat, badannya jadi semakin kurus dan matanya kelihatan lebam.

Ibubapa Alicia tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk menyembuhkan penyakit Alicia. Penyakit misteri itu belum ada penawarnya lagi.

Hari ke hari, gadis malang itu menjadi semakin lemah sehingga dia tidak boleh bergerak. Mukanya sangat pucat seperti mayat. Dia mula mengalami halusinasi dan selalu menjerit seperti ternampak sesuatu yang menakutkan.

Akhirnya, Alicia menembuskan nafas yang terakhir. Ibubapanya sedih akan pemergian anaknya. Mereka menguruskan upacara pengebumian anaknya berdekatan dengan rumah mereka.

Keesokan harinya, ibu Alicia mengemas katil di bilik anaknya dan dia dapati ada sesuatu yang aneh pada bantal itu. Terdapat ada kesan merah pada sarung bantal yang berwarna putih itu. Ibunya cuba angkat bantal itu namun ianya agak berat. Dia memanggil suaminya datang membantu.

Ketika suaminya memeriksa bantal itu, si ibu itu menjerit kerana dia ternampak ada sesuatu yang bergerak di dalam bantal itu. Suaminya mengambil pisau dan mengerat sarung bantal itu sambil mengeluarkan kapas-kapas didalamnya.

Mereka berdua kelihatan begitu pucat apabila melihat ada beberapa pasang kaki yang berbulu merangkak di balik kapas yang berselerak di lantai. Ia adalah labah-labah hitam yang saiznya sebesar tapak tangan.

Mungkin ini adalah punca penyakit yang dihidapi oleh anaknya. Labah-labah ini menghisap darah anaknya melalui bantal itu setiap malam sehingga ke titisan darah yang terakhir…

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now