HANTU RAYA

733 34 1
                                    

Kisah bermula bila suami Seriayu memakai cincin kepunyaan ayahnya yang diambil diruang dapur sewaktu pulang kekampung. Cincin berbatu hijau buruk dan diikat dengan perak itu mencuri pandangan Seriayu sewaktu ia sibuk memasak didapur lalu ia membelek-belek cincin tersebut. Dalam hatinya berkata jika bapa mertuanya tidak mahu lagi memakai cincin itu baik diberi kepada suaminya. Lantas ia memberitahu suaminya akan perihal cincin tersebut dan dari dibiarkan merata-rata baik dipakai. Lalu Seriayu menanyakan hal cincin itu kepada bapa mertuanya dan ia memberikan cincin tersebut kepada Seriayu.

Dalam 2 ke 3 bulan selepasnya tiada kejadian ganjil yang berlaku sehinggalah Seriayu melihat sikap anak sulungnya yang agak pelik. Seriayu sering sakit-sakit dan demam bergilir-gilir dengan suaminya. Tambahan pula sikap anak Sulungnya berubah sama sekali. Ia didalam Tingkatan 5 dan seorang budak yang cukup mendengar kata ibubapa serta guru telah bertukar menjadi seorang yang degil dan panas baran. Sikapnya memberontak dan malas belajar dan suka menyendiri. Akhirnya Seriayu telah hilang sabar lalu dimarah anaknya cukup-cukup dan ketika itulah anaknya mula kerasukan dan suaranya bertukar-tukar. Sekejap, ia akan mengeram garau dan seketika akan kedengaran suaranya memanggil ayahnya meminta tolong "Ayah, tolong abang ayah..." panggilnya sayu dan tiba-tiba ia akan mengeram semula dan dalam waktu yang sama ia memecah segala barang didalam biliknya. Seriayu terduduk di atas lantai di ruang tamu sambil menangis dan menyuruh anak keduanya meminta tolong pada jiran sebelah. Kebetulan ketika itu, jiran Seriayu telah dilawati oleh orang tuanya yang bertugas sebagai Imam disebuah masjid di utara tanah air. Tergopoh-gopoh ia datang bila ia rasa ada sesuatu yang tak kena memandangkan suara anak Seriayu seperti orang kerasukan. Dibacanya ayat-ayat suci sementara suami Seriayu dan jiran mereka memegang anaknya yang meronta-ronta dengan kekuatan yang luar biasa. Disuruhnya suami Seriayu melaungkan azan untuk melemahkan makhluk tersebut dan mudah untuk diberikan minum pada anaknya yang kerasukan. Kelihatan seperti kelibat atau bayangan hitam menuruni tangga dan keluar dari rumah dan akhirnya ia sedar dan tertidur lalu cepat-cepat dipasangkan keset bacaan ayat-ayat Al-Quran di dalam biliknya.

Orang tua itu memberitahu ada makhluk yang menganggu dan menyarankan agar berubat segera jangan bertangguh lagi. Pada keesokan paginya suami Seriayu memohon cuti tergempar lalu membawa anaknya pulang ke kampung Seriayu untuk berubat. Petang itu sewaktu berubat, si Perawat cuma diam tidak berkata apa-apa dan ia cuma menyuruh kami datang semula pada keesokannya kerana ia ingin bertafakur pada malam tersebut.

Pada keesokannya, Seriayu bersama suaminya tanpa membawa anak mereka telah berjumpa dengan perawat tersebut lalu diberitahu ada cincin yang perlu mereka beri padanya untuk dibuang atau dikembalikan pada tuannya. Mereka tidak faham akan maksud si perawat dan tambahan pula mereka tak ingat langsung perihal tersebut. Si perawat memberitahu ada sebentuk cincin berbatu hijau buruk dan ketika itu juga mereka berdua teringat akan cincin yang Seriayu ambil dua tiga bulan sebelumnya. Tetapi persoalannya dimanakah cincin tersebut?.

Bila pulang semula ke rumah mereka, Seriayu serta suami menyelongkar segala laci dan almari mencari cincin tersebut tetapi hampa. Akhirnya Seriayu menanyakan pada anak-anaknya tentang cincin tersebut dan terkejut mereka bila diberitahu yang cincin tersebut dipakai oleh anak sulung mereka dan bila lama kelamaan dia merasakan badannya sakit-sakit lalu dibuangnya cincin itu ke bawah sofa. Cepat-cepat suami Seriayu mengangkat sofa diruang tamu rumah lalu terjumpalah cincin itu. Disimpannya di dalam almari lalu dikunci untuk dipulangkan semula pada hujung minggunya.

Hari tersebut, hari Isnin dan badan Seriayu demam semula. Anak-anak Seriayu semuanya tidur diruang tamu beramai-ramai kecuali anak bongsu yang tidur bersama Seriayu dan suami. Pada malam itu sekitar pukul 3 pagi Seriayu yang diapit suami serta anaknya terkejut bila ada sesuatu yang menyentuh kakinya dan bila dilihat sesusuk tubuh yang seiras suaminya sedang tersenyum menyeringai dan cuba untuk merabanya. Sepantas kilat Seriayu menyepak lembaga tersebut lalu hilang dan ia mengejutkan suaminya yang sedang tidur. Pandangan dan senyuman lembaga itu amat berbeza dan menyeramkan. Kejadian sama berulang kembali kali keduanya tapi ditepis oleh Seriayu waktu ia cuba untuk memeluknya dan kejadian ketiga amat ganas bila makhluk itu cuba mengoyakkan baju Seriayu dan Seriayu melawannya sambil dibacakan ayat-ayat suci dan ia tidak datang lagi.

Seriayu pulang ke kampung suaminya dan malam itu ibu mertuanya tiada dirumah dan sewaktu makan malam Seriayu menyerahkan kembali cincin tersebut kepada bapa mertuanya dengan lafaz " Saya pulangkan segala hak milik bapak". Ini disebabkan Seriayu yang meminta cincin tersebut maka ia yang perlu memulangkannya semula. Selepas itu mereka mula berhati-hati dan berwaspada.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now