PENUNGGU BUSUT

768 40 1
                                    

Jam menunjukkan ke pukul 1:24 pagi. Kelihatan satu susuk tubuh sedang terhendap-hendap di dalam gelap berhampiran sebuah rumah. Khairin memandang sekeliling, memastikan tidak ada yang melihatnya. Di tangannya terdapat sebuah pinggan yang berisi nasi kunyit dan seekor ayam panggang serta beberapa biji telur ayam mentah.

Dengan tergesa-gesa Khairin melangkah menuju ke kawasan semak di belakang sebuah rumah penduduk kampung itu. Khairin tersenyum apabila dia berjaya menemui apa yang dicarinya. Sebuah busut setinggi paras pinggang manusia!

Dengan berhati-hati, Khairin meletakkan pinggan yang dibawanya itu di pangkal busut tersebut. Kemudian, tanpa membuang masa, dia bergegas meninggalkan tempat itu. Bimbang kehadirannya disitu disedari orang.

Tanpa disedari Khairin, dia diperhatikan seseorang. Adam, yang tinggal di rumah yang paling hampir dengan busut besar itu. Adam yang tidak dapat tidur, keluar ke beranda untuk mengambil angin. Namun, tiba-tiba dia terkejut apabila terpandang kelibat hitam menuju ke dalam semak di belakang rumahnya. Pada mulanya disangkakan hantu! Tapi tidak lama kemudian, kelibat tadi muncul semula. Tergesa-gesa berjalan kearah jalan. Itu bukan hantu, tapi orang! Adam pelik. Apa orang tu buat kat dalam semak pagi-pagi buta ni?

*****

Khairin menjerit gembira apabila nombor yang dibelinya menang nombor satu. Hadiah RM 5,000 pasti menjadi miliknya! Beberapa pasang mata memerhatikan kearahnya hairan. Khairin hanya tersengih malu. Baru dia sedar di mana dia berada. Sebuah warung kecil. Tempat penduduk kampung berkumpul setiap hari. Senyuman Khairin masih belum hilang. Dia mula berangan-angan.

Khairin mengeluh bosan apabila kereta Waja yang dipandunya terperangkap dalam kesesakan jalanraya.

"Apa hal pulak ni? Ada kemalangan ke?" rungut Khairin. Dia mengetuk-ngetuk stereng keretanya.

Akhirnya setelah 2 jam tersadai di tengah jalan, Khairin tiba di kedai nombor ekor yang dibelinya untuk menuntut hadiah. Senyum kegembiraan jelas terpancar di wajahnya apabila wang 5k sudah berada dalam genggamannya.

Hari itu Khairin berjoli sakan. Sehingga dia terlupa sesuatu. Sesuatu yang akan mengubah hidupnya.....

*****

Pagi itu, hati Adam terdetik untuk mengetahui apa yang dilakukan orang malam tadi di dalam semak di belakang rumahnya.

Sebaik sampai di balik semak itu, Adam terlihat sebuah busut yang agak besar dan tinggi dipercayai sarang anai-anai. Adam terkejut apabila melihat sebuah pinggan yang sudah kosong terdapat berhampiran busut tersebut. Terdapat juga kulit telur serta tulang yang bertaburan di sekitar kawasan busut tersebut. Apa semua ni? Adam bingung.

*****

Khairin terbaring di sofa ruang tamu dalam keadaan separuh sedar. Dalam keadaan mamai itu, Khairin melihat satu makhluk hodoh berbulu hitam lebat, bermata merah serta bertanduk melayang deras kearahnya. Khairin tidak mampu berbuat apa-apa ketika makhluk itu mencekik lehernya. Khairin meronta untuk melepaskan diri. Bau makhluk itu sangat busuk. Hampir termuntah Khairin dibuatnya.

"Mana habuan aku?!" tanya makhluk berbulu itu keras.

"Habuan apa?" soal Khairin dalam susah payah kerana lehernya dicekik makhluk itu.

"Habuan aku! Kau dah janji nak bagi aku habuan yang aku mintak jika kau menang!" bentak makhluk itu garang.

"Kan aku dah bagi! Kau nak apa lagi?!"

"Aku nak habuan aku malam esok. Kalau kau tak bagi, kau tengok apa akan jadi nanti!" kata makhluk itu sebelum ghaib.

Khairin terbatuk-batuk. Dia mengosok lehernya yang sakit sambil memikirkan permintaan makhluk penunggu busut tadi.

"Apa lagi yang dia nak? Kan aku dah bagi malam tadi. Agaknya dia mahukan lagi hidangan seperti malam tadi?" fikir Khairin.

*****

Malam keesokkanya, Khairin sekali lagi pergi ke busut tersebut untuk menghantar hidangan yang dimahukan makhluk itu. Tetapi selepas itu, Khairin masih lagi diganggu makhluk tersebut. Khairin bimbang. Kemana sahaja dia pergi, pasti makhluk itu mengekorinya. Sehinggalah satu hari....

Seminggu kemudian...

Khairin sedang menunggang motosikalnya pulang kerumah dari tempat kerjanya. Hari ini dia menunggang motosikal kerana kereta wajanya rosak. Sejak melepasi kawasan busut tersebut, Khairin mula perasan yang dia seperti diekori. Dia menoleh ke belakang. Khairin terkejut apabila melihat makhluk penunggu busut itu sedang mengekorinya dengan muka bengis.

Disebabkan terkejut dan perasaan takut yang kuat, motosikal yang ditunggag Khairin hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan. Adam yang mahu keluar berjumpa rakannya gagal mengelak lalu keretanya merempuh motosikal Khairin. Khairin tercampak jauh manakala motosikalnya terperosok di bawah kereta Adam. Adam terkaku di dalam kereta seketika sebelum bergegas keluar.

Jasad Khairin dihampiri. Denyutan nadinya diperiksa. Khairin sudah tiada. Darah pekat membuak keluar dari kepalanya. Topi keledar yang dipakai tercampak entah ke mana. Tidak lama kemudian, kawasan tersebut dipenuhi orang ramai.

Inilah balasannya. Khairin sebenarnya tersilap. Habuan yang diminta makhluk berbulu atau penunggu busut itu bukanlah nasi kunyit serta ayam dan telur yang dibawa Khairin tempoh hari. Tetapi darah gadis perawan. Khairin tidak tahu tentang itu. Pada fikirannya, itulah habuan yang sesuai untuk makhluk seperti penunggu busut itu. Sebagai balasannya darah Khairin sendiri menjadi habuan makhluk penunggu busut itu.

Sejak kejadian malam itu, ramai pengguna jalan tersebut sering ternampak kelibat 'Khairin' berkeliaran di tempat yang meragut nyawanya itu. Tiada siapa yang tahu apa yang dicarinya. Yang sebenarnya 'Khairin' sedang mencari makhluk penunggu busut tersebut untuk memenuhi permintaannya. Setiap gadis yang melalui kawasan itu pada lewat malam dan seorang diri pasti terserampak dengan 'Khairin'. Seperti dipukau, sedar-sadar, gadis itu sudah berada di lokasi busut tersebut berada. Adamlah menjadi penyelamat gadis-gadis tersebut setelah terdengar tangisan mereka.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now