GANGGUAN

642 43 0
                                    

Semasa itu dalam tahun 2008, ada situasi di kediaman kami yang menyebut ada ‘gangguan’ dan ramai yang dah terkena. Terutamanya bagi mereka yang suka melepak malam-malam di sekitar taman perumahan. Jiran-jiran saya berpesan untuk jaga diri namun saya senyum dan rasa istimewa kerana jiran-jiran saya sangat prihatin.

Maklumlah saya duduk sendirian semasa itu, tapi saya tidak pasti apa jenis ‘gangguan’ berkenaan dan tidak sempat untuk bertanya, sementara kehidupan saya sangat sibuk dengan hal kerja dan juga hal pelajaran. Saya bekerja sambil belajar demi menampung yuran pengajian. Dan biasanya saya akan keluar bekerja selepas subuh dan akan pulang hanya selepas 8 malam.

Rutin di rumah, waktu pagi saya akan cuci baju dengan mesin basuh dan setiap malam lebih kurang jam 11.45pm saya akan sidai baju pula. Bagi saya ianya lebih aman kerana lagi selesa sidai waktu malam dan jemuran akan kering pada waktu pagi. Dan tiada orang yang akan mengganggu saya. Lagipun rumah saya terletak di hujung sekali dan mudah jemuran saya kering dengan cepat.

Dijadikan cerita, ada jiran saya, mereka orang Pantai Timur dan tinggal di sana lebih dahulu daripada saya. Rumahnya betul-betul di tepi tangga dan lif. Rumah saya dan mereka hanya selang 4 buah sahaja. Beliau suami isteri mempunyai empat orang anak dan di antaranya adalah kembar. Lebih kurang 6 bulan usia kembarnya. Apa yang saya maklum, adik beradik jiran saya ini selalu datang melawat pada malam-malam. Saya rasa mungkin mereka datang dari jauh dan sampai waktu malam untuk terus tidur.

Malam hari tu, saya sidai baju macam biasa dan dalam balam-balam kelihatan ‘seseorang’ sedang merenung rumah jiran saya.. pakaiannya warna putih dan lusuh. Saya tidak pasti dan tidak endahkannya dan teruskan buat kerja macam biasa. Namun saya pelik kenapa beliau tidak mengetuk pintu dan tercegat agak lama. Lebih kurang jam 12.15am saya masuk ke dalam rumah dan dia masih lagi di situ. Berkelubung putih dan pakaiannya.. macam pelik.. ah saya malas ambil tahulah dan terus tidur, sebab esok hendak kerja lagi.

Esoknya, saya seperti biasa lalu di hadapan rumah jiran saya itu, tetapi saya pelik sebab ada bekas hitam di mana seseorang itu berdiri dan anak-anak kembarnya menangis sangat kuat. Saya rasa jiran saya mungkin tidak tidur kerana keadaan anak-anaknya dan tergerak hati untuk bertanya. Jiran saya menjawab dari semalam sejak pukul 1.30am anak-anaknya nangis dan saya terfikir ada kaitankah dengan orang yang datang malam tadi, tapi saya diam dan saya mohon pergi kerana telah lewat ke pejabat. Dan berharap kembarnya yang comel akan baik-baik sahaja.

Saya pulang lewat sikit malam itu kerana terpaksa buat assignment dan juga kerja-kerja pejabat. Staff boss saya berhenti 24 jam hari itu dan tinggalkan kerja backdated. Sampai rumah jam 10.00pm dan saya cepat-cepat solat dan mandi. Kemudian angkat kain di jemuran dan sidai baju-baju yang lain pada masa yang sama.

Cuma malam itu saya rasakan lain sikit kerana biasanya akan ada juga bunyi kanak-kanak bermain namun malam itu sangat mendebarkan. Sunyi sepi. Saya pun mulakan aktiviti dan kemudian terpandang lagi ke arah rumah jiran saya.. saya dapati orang yang sama ada lagi.. dan saya rasa sangat pelik kerana kali ini dia nampak lebih tinggi dan besar dan ada kanak-kanak di sisinya. Dan dia masih lagi tercegat disitu..

Tiba-tiba dia memalingkan mukanya kepada saya, begitu juga kanak-kanak itu. TEPAT KE ARAH SAYA. Saya ni agak rabun tapi di rumah saya kurang gunakan glasses.. dan saya cuba amati makhluk itu betul-betul.. saya lihat ke dalam matanya. Saya amati betul-betul.. aduh.. lopong tiada biji mata.. warna merah sikit tapi sangat dalam. kulitnya sangat hitam macam hangus.. dan kanak-kanak itu sengih semacam saya rasa bulu roma saya mula naik.. lama kelamaan saya rasa saya bukan memandang manusia tapi POCONG…!!!

Ya Allah.. kaki saya rasa sangat lemah dan cuba bergerak untuk masuk ke rumah, namun kaki saya lembik. Dalam hati saya mengucap dan mohon agar dijauhkan daripada gangguan syaitan.. makin lama Pocong itu makin hampir dengan saya dan dalam jarak 1 meter barulah kaki saya dapat digerakkan dan saya merangkak terus ke dalam rumah, saya tinggalkan jemuran saya berterabur atas lantai dan tendang pintu kuat-kuat, kunci dan masuk ke bilik dan baca yassin terus. Dengan keadaan terketar-ketar saya call BFF saya 'As,.. As.. As.. ada POCONG kat luar.. ada POCONG kat luar.. tolong..' As mengilai pula.. Ya Allah.. apa dah jadi malam ini.. saya panik..

Saya campak telefon bimbit saya.. dan kemudian telefon berdering dan di screen telefon, Makku Sayang yang call.. saya takut nak jawab, mungkin bukan orang dan saya menangis ketakutan. Telefon berbunyi lagi dan saya tekan dengan kaki dan pasang speaker dan memang emak saya yang telefon. Emak beritahu As telefon mak sebab saya ada hubungi dia.. namun suara saya sekat-sekat dan kemudian ada orang ketawa dengan kuat. Emak saya risau dan saya tak mampu nak kata apa-apa.. saya hanya menangis teresak-esak macam anak kecil..

Emak dan ayah sampai jam 04.00am dan bawa saya pulang ke rumah mereka.. saya semakin stabil dan esoknya saya ambil cuti kecemasan. Sebab terlalu terkejut. Saya takut nak lalu hadapan rumah jiran saya.. kami ambil laluan tangga.. saya takut nak gunakan lif sebab lif itu dekat dengan tangga dan dekat dengan Pocong itu berdiri.. !!!

Esoknya, kebetulan di rumah ibu bapa saya, pakcik saya dari Perlis ada datang melawat. Mentelah saya ada di rumah, dia bertanya mengapa muka saya pucat.. emak terangkan yang saya kena ‘kacau’ malam semalam di Bangsar. Kemudian pakcik saya tanya kena kacau dengan apa.. saya tak boleh cakap, tapi saya lukis.. siap tunjuk dekat pakcik saya..

Pakcik saya senyum dan berkata.. 'sebenarnya malam semalam, bukan setakat Pocong je yang cuba kacau kau, kat belakang kau masa kau sidai baju dah ada seekor lagi ngeri dari Pocong tu.. tapi Pocong tu tak jadi datang dekat sebab yang belakang tu lagi power dari dia..' pakcik saya boleh senyum.. dan pakcik cakap lagi..

'Tapi yang bagusnya semangat kau kuat.. dia pun susah nak tembus.. ko boleh lagi fikir nak masuk rumah dan tak pengsan pun dah memang baik…' boleh pula pakcik saya ketawa lepas tu. Emak dan ayah saya pun diam je..

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now