KONDOMINIUM

895 49 0
                                    

Saya tinggal di sebuah kondominium(sewa) yang terletak di kawasan Damansara.

Rumah saya ni walaupun lampu dah dibukak pada siang-siang hari pada petang2 hari tetap akan kelihatan gelap. Tidak tahu kenapa. Walaupun matahari tegak berdiri, tetap akan kelihatan malap dan gelap. Mungkin kerana di belakang rumah saya (di balkoni rumah) yang terletak di tingkat TIGA, ada sebatang pokok yang besar dan rendang, di mana bahagian atas daun-daun pohon itu menutupi bahagian depan balkoni rumah dengan jarak yang agak dekat dan mungkin kerana itulah rumah saya gelap. Di bahagian depan rumah pula (kondominium yang saya tinggal) tidak ada tingkap. Tingkapnya hanya di balkoni, tingkap dapur, tingkap bilik. Tapi dekat depan ruang tamu, memang tidak ada tingkap. Setakat ada pintu sahaja untuk keluar masuk rumah. Saya menyewa rumah ni daripada sebuah rumah sewa kecil kerana ada lebihan duit sikit dan kenaikan gaji dan saya carilah rumah yang lebih besar. Dan saya bercadang untuk membawa ibu dan ayah saya yang berada di kampung untuk tinggal dengan saya. Tapi saya masih belom tanya, dan saya tahu kalau saya tanya pun, mereka tidak mahu tinggal dengan saya di bandar, kerana mereka ni lebih selesa tinggal di kampung.

Pengalaman saya, apabila saya balik rumah yang gelap ni lah yang membuatkan saya takut. Kalau petang, siang hari, memang dah gelap. Cuba bayangkan kalau waktu malam, saya kena buka lampu ruang tamu dan balkoni. Kalau tak buka, memang gelap sangat, macam dalam gua. Dan apabila saya duduk menonton TV, balkoni(beranda) rumah saya akan berada di sebelah kanan (depan saya TV). Kemudian dekat beranda, depannya ada pohon yang disebutkan tadi (rendang dan besar), dan pohon ini lah yang seringkali membuatkan saya rasa takut sangat. Ada kala bila saya sedang menonton TV seorang diri selepas balik kerja dan makan malam, hanya untuk tenangkan diri dan relakskan mata, kadangkala saya macam perasan seperti ada sesuatu dekat pohon yang sedang memerhatikan saya.

Sebenarnya saya tidak kisah tentang apa yang saya alami. Saya hanya anggap itu adalah satu khayalan, mungkin gangguan bila saya sedang berkhayal bila menonton TV. Tapi sebenarnya tidak. Daripada perasaan takut dengan pokok, tiba-tiba pada suatu malam, hari tu merupakan hari yang agak berangin sedikit. Angin bertiup sehinggakan langsir di beranda rumah berkibaran. Jadi apabila langsir berkibaran sekejap buka dan sekejap tertutup, saya terperasan di balkoni rumah yang saya sewa ni, berdiri susuk tubuh seseorang. MasyaAllah. Saya terperanjat,.Apabila langsir tertutup lagi dan terbuka lagi, susuk tubuh tadi tiba-tiba hilang entah ke mana. Saya naik takut. Pada mula, rasa seram tengok pokok, sekarang dah mula pula tunjuk pula kehadirannya sedikit demi sedikit. Saya akhirnya matikan televisyen dan saya tutup sedikit pintu beranda rumah tu, saya tak tutup semua sebab rumah tu panas (takde aircon hanya mengharapkan kipas). Saya masuk ke dalam bilik tidur, ruang tamu saya ni lampu saya tutup. Hanya lampu di balkoni saya buka, kalau tidak rumah saya ni memang gelap gelita.

Saya masuk dalam bilik, saya set alarm sebab nak bangun pagi untuk ke kerja... Saya letak handphone di tepi, saya pun baring.. Tiba-tiba saya nampak ORANG JALAN di beranda melalui (pintu yang terbuka tadi). Dia masuk melalui ruang tamu dan terus ke dapur. Bila saya nampak, saya terus beristighfar sambil pejam mata. Lalu saya cuba tenangkan diri, saya cuba tak nak takutkan diri saya.

Selepas lebih kurang beberapa minit, saya pandang lagi, susuk tubuh tadi tidak kelihatan lagi.
Ok.
First, pokok dah seram
Kedua, nampak susuk tubuh di balkoni
Ketiga, nampak pula orang lalu di dlm rumah

dan setelah semua itu berlaku, akhirnya yang paling menyeramkan dalam rumah itu, tiba-tiba boleh bau orang bakar kemenyan. Entah dari mana. Entah siapa yang bakar kemenyan. tapi bau tu kuat. kalau jiran sebelah atau jiran bawah, bau tu takkan kuat macam tu.

Saya waktu tu tengah makan malam sambil menonton TV selepas solat maghrib. Tiba-tiba bau kemenyan tu.

Meremang bulu roma saya. Dan saya merasakan macam ada orang di dalam rumah saya. Saya tetap berdegil sampai saya cuba bertahan dengan pelbagai gangguan, malah setiap hari saya cuba beranikan diri untuk tetap di rumah itu kerana dah bayar deposit apa semua.

Satu hari tu, saya pergi lah di pusat membeli belah dan beli CD surah-surah suci. Pagi sebelum keluar kerja, saya PLAY CD surah suci tu dan letak dalam REPEAT MODE. Bila balek kerja, saya rasa pelik, sebab tiba-tiba CD PLAYER tu POWER OFF.. macam ada orang matikan suis player tersebut. bila malam sebelum tidur, saya turut PLAY kan surah suci tu. saya teruskan putarkan SURAH SUCI setiap malam. dan akhirnya sedikit demi sedikit rumah tu dah kurang sedikit gangguan.

dan saya dapati rumah tu dah nampak lebih terang daripada biasa, saya tak tahu kenapa.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now