SELENDANG PUTIH

636 29 0
                                    

Jari jemari runcingnya kini ligat mencari kain yang digantung hadapannya. Dicari yang berkenan , tiada. "Ini kau cari Selendang ini.. Kau nak berhijab ye" suara kawannya kedengaran. "Tidak la. Nak beli buat pakai masa holiday je" jawabnya. "Laa. Pergi Cameron dengan Genting Highlands je pun. Bukan pergi London pun" Siti mengejek. Malas sungguh Zahra nak melayan karenah kawannya. Mata nya masih tertumpu pada seledang digantung.
"Aku ke sana jap. Beli keropok" ditunjuk ke gerai hadapan. Zahra hanya mengangguk. Hampa. Tidak ada yang berkenan. "Cucu, Cari selendang ye.." Tetiba dibelakang nya ada seorang nenek tua menegurnya. Kemungkinan owner gerai ini. "Haah Nek. Tapi tak ada yang saya suka." Katanya.
"Ini.. Cucu suka?" Dihulur seledang berwarna putih salji , lembut bak sutera. "Cantiknya ! Berapa ini?" Tanya Zahra. "Tak apa la Cu , Nenek bagi kat Cucu. Lagipun memang Nenek nak bagi sesiapa yang tengah cari selendang macam ini" ujar Nenek tadi. "Wah.. bertuah saya kan Nek?" ditoleh ke nenek tadi , kini hilang. Mata zahra meliar cari. "Oi. Cari apa? Sampai ke belakang gerai kau cari seledang" kawannya menegur. "Ini selendang beli mana? Cantiknya" Siti ingin menyentuh. Tapi ditarik oleh Zahra. "Jangan la. Nanti kotor" Zahra terus pergi.

Malam itu , dibelek selendang putih nya. Cantik dan lembut. "Nak tgk Zahra.." Rayu Siti. "Tidak !!!" Zahra memeluk selendangnya. Dipandang tajam ke wajah kawannya.

Zahra duduk di tepi tingkap. Hanya mengusap selendang putihnya. Diletak di atas katil. Siti yang memandang Zahra hanya mengeleng sahaja.  Siti segera menutup mulutnya yang sedang menguap. Matanya sudah kuyu dan mahu terlelap. Ingin dia baring dikatil ,seledang putih Zahra pula tempatnya.
"Zahraaa oi ! Seledang kau ni. Simpan tempat lain la" jerit Siti. Sunyi. Disentuh seledang putih milik Zahra. Sungguh lembut bak salju. "Patut la Zahra tak bagi aku pegang. Hahaha" Siti ketawa.
"SITIII !!! Apa kau buat !!!??? Zahra memekik.
" Aku nak alih kan je. Kau nak menjerit apahal?" Siti terkejut dengan jeritan Zahra.
Mata Zahra melihat seledangnya di tangan Siti , tangan yang tengah dipegang pisau untuk masak makan malam buatnya digenggam kuat.
"AKU DAH CAKAP JANGAN USIK !!!!" kaki Zahra terus meluru ke Siti yang hanya berdiri kaku. Diacu pisau ke Siti.
"Aku dh cakap ! Jgn usik !!" Tangannya yang pegang pisau diangkat dan menikam Muka Siti.
"Aku dh cakap !!" Masih menikam nikam muka dan leher kawannya. Siti terkaku tubuhnya sandar di dinding dengan darah yang memancut dan mengalir. "Kau ini ! Aku dah cakap kan!!"
Ditikam bertalu talu lagi. Muka Siti hancur dek tikaman dari Zahra , lehernya juga hampir hancur , tubuhnya kini terkulai di lantai. Bebola matanya terkeluar , hidungnya hilang dari wajah. Darah penuhi bilik. Kedengaran deru nafas berat dari Zahra.
"Aku dah cakap. Jangan Usik !!" Jeritnya. Dipandang selendang yang berada di tangan
Siti. "Kotor dah !!" Dirampas semula selendang putihnya. Kini dipenuhi dengan Darah. Kotor. Sangat kotor.
"Tengok !!! Arghhhh !!" Jerit Zahra. Dipegang kepalanya. Sakit hatinya tengok seledang putihnya kini bertompok darah. "Aku dah kataaa kan !! Jangan sentuhhhh ! " "Degil kau iniiii !!" "Arghhhhh!" Zahra seperti orang yang tidak waras. Dihentak kepalanya ke dinding bertalu talu. "Arghhh. Seledang putih Aku !!!" Zahra berundur undur sambil melihat seledangnya. Tidak seputih salju , tidak selembut sutera. "Habisss kotorrr !" " Habisss kotorrrrr !!!"

Tetiba Zahra tersilap langkah , dia terjatuh dari koridor rumahnya dari tingkat 20 dan terhempas kuat ke lantai bawah. Darah Zahra kini memenuhi lantai.

Kepala Zahra pecah sehingga menampakkan otaknya , mata terbeliak , separuh mukanya hancur. Ditangannya dipegang selendang putih. Darah Zahra kini mengalir ke seledangnya sehingga menjadi merah dipenuhi darah.

Sepasang tangan berkedut menghampiri mayat Zahra. Ditunduk ambil selendang putih , tersengih menampakkan gigi kuning dan kehitamannya. Dicium dan bau selendang diambil. "Sedapnya bau darah".
Dijilat darah Zahrah dilanta dengan lidah kehitamannya. Pelahap. Diambil otak Zahra yang terkeluar , dimakan. Lelehan darah bersama air liur kehitaman kini menitik di wajah Zahrah. Diambil seledangnya , dibau semula. Dan mengelap bibir comotnya.
"Basuh lagi sekali , esok bagi lagi. Hehehe"

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now