PULANG BERAYA

593 42 1
                                    

"Assalamualaikum Ina, Ina dah sampai mana?" soal Puan Habsah.
"waalakummussalam mak, kiteorg dah nak sampai ni, mak jangan risau lah lagi satu jam kiteorg smp lah" balas Zarina kepada ibunya.
"Hermm yelah pesan Ismat bawak kereta hati hati, kamu tu dahlah tengah mengandung" pesan Puan Habsah.
"Mama nak ckp dgn nenek jap" kedengaran suara Farhan cucunya yg sulung berusia 17 tahun di telefon.
"assalamualaikum nenek, nenek ada tak masak sambal udang kegemaran Farhan? nanti dh sampai Farhan nk makan"
"haha yer ada nenek masakkan untuk kamu" mmg dia sudah beli awal awal barang dapur untuk masak sambal udang kegemaran cucunya itu.
"ok nenek sayang nenek assalamualaikum"
"waalaikummussalam kirim salam kat abah dan mak kamu"
"ok nenek".

Selesai menelefon cucunya Puan Habsah meletakkan kembali gagang telefon. Entah kenapa hatinya rasa tidak sedap pada malam itu. seperti seseatu akan terjadi. Puan Habsah mengurut dadanya berkali kali "Jangan lah jadi apa apa pada diorang" katanya dalam hati.

Jam menunjukkan 10:30 malam. Serta merta terdengar bunyi hon Pin !! Pin!! di depan rumah. Terpisat pisat  Puan Habsah bangun untuk melihat gerangan yang datang. Bagaimana dia boleh tertidur di atas sofa mungkin terlelap seketika menunggu kepulangan anak,cucu dan menantunya.

"alhamdulilah dah sampai"kata puan Habsah.
Zarina menyalam ibunya.
"Ina, kamu ok ke? tangan kamu sejuk ni muka kamu pucat" soal puan Habsah.
"Ina ok jer tak ada apa apa cuma pening sikit mungkin jalan jauh kot" balas Zarina.
"Ina tu ok jer mak dia selalu macam tu kalau jalan jauh biasalah dari Johor ke Terengganu bknnya dekat dahlah mak tak payah risau dia ok tu dah jom naik" kata Ismat menantunya.
Farhan, Faiz dan Farhana segera menyalam nenek mereka lalu berlari masuk kedalam rumah. Aneh ! tangan mereka semua sejuk dan muka mereka juga kelihatan pucat. "Ahh sudahlah yang penting tahun ini mereka pulang beraya bersama aku dikampung" getus hati Puan Habsah.

Puan Habsah begitu gembira sekali melihat Farhan makan sambal udang kegemarannya dengan lahap sekali. Sesekali dia tersenyum melihat teletah Faiz yg berumur 13 tahun dan Farhana yg berusia 10 tahun sedang bercakap sambil ketawa.
"Terima kasih tau nenek sebab masak sambal udang kegemaran Farhan"kata Farhan sambil memeluk neneknya itu.
"Farhan sayang nenek tau" sambungnya lagi.
"ye sama sama. nenek pun sayang kamu. nenek sayang cucu cucu nenek semua. kamu ni dah kenapa lain macam benar kamu ni"?
"ermm tak ada apa apa cuma lepas ni Farhan dah tak ada peluang lagi dah nak kata yang Farhan sayang nenek"
"haishh kamu ni ada ada jelah dah gi masuk tidur"

"Ismat, kamu dengan Ina tidur dalam bilik biar budak budak ni tidur dekat luar nanti mak bagi toto" kata puan Habsah.
"Baiklah mak, ermm mak Ismat nk ucapkan Selamat Hari Raya maafkan Ismat kalau Ismat ada buat salah" katanya sambil tersenyum.
"apa apa jelah Ismat raya nya lagi 2 hari kamu dh minta maaf"
Hatinya terasa begitu sedih bila mendengar menantunya berkata begitu. Bagai ada yang tidak kena.

Kring!! kring!! telefon berbunyi.
Puan Habsah mengerling jam di sebelah pukul 12:00 tengah malam."haishh siapa pula yang telefon malam malam macam ni?" gerutu Puan Habsah.
"hello assalamualaikum"
"waalaikumussalam, saya Bakri saya nak tanya Puan ni ibu kepada Zarina binti Yusuf ke?" soal lelaki itu.
"ye saya ada apa ye cik?"
"ermm begini puan saya nak maklum kan yang kereta anak puan telah terlibat dalam kemalangan di LPT. dan anak puan sekeluarga telah meninggal dunia di tempat kejadian kerana melanggar penghadang jalan"
" eh cik jangan main main boleh tak? bila masa anak saya meninggal diorang semua ada dengan saya kat rumah ni" tegas puan Habsah. Padahal hatinya telah berdebar debar.
"betul puan saya tak tipu puan datanglah ke hospital sekarang juga" pinta Bakri.

Gagang telefon diletakkan semula. Hati nya tertanya tanya betulkah apa yang disampaikan oleh Bakri tadi. Perlahan Puan Habsah turun ke bawah untuk melihat cucu cucunya. Kelihatan kosong !! yang ada hanya lah toto, bantal dan selimut sahaja tetapi tiada sesiapa berbaring di situ. kemanakah cucu cucunya telah pergi? kemudian puan Habsah menuju pula ke bilik yang menempatkan Zarina dan Ismat. Pintu dikuak perlahan. Kosong! tiada sesiapa di situ.serta merta bulu romanya menaik. Jadi benarlah apa yang Bakri sampaikan bahawa anak menantu dan cucu cucunya telah meninggal dunia.

Puan Habsah terduduk bagai tidak percaya apa yang telah terjadi. serta merta dia teringat kata kata Farhan dan Ismat. Kelihatan air mata keluar dari mata puan Habsah. Sekelip mata dia telah kehilangan anak menantu dan cucu cucunya. perlahan lahan Puan Habsah mengucapkan"innalillahirojiun"

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now