RUMAH SEWA

945 55 5
                                    

"semua barang dah habis kemas ke Diana?" Tanya Mak Esah kepada anak perempuan bongsunya.

"tinggal lagi sikit ni Ummi" jawab Diana sambil tangan nya sibuk mengemas barang.

Diana merupakan anak kelahiran Johor yang menyambung ijazahnya di UKM. Cuti penggal nya sudah sampai ke penghujung. Dia sedang sibuk mengemas barang keperluannya untuk dibawa ke rumah sewanya di Bangi. Pertama kali dia akan duduk menyewa bersama orang yang tak dikenalinya.

"Diana boleh ke duduk dengan orang yang tak kenal ni" Tanya Mak Esah

"Ummi doakan je lah Diana dapat housemate yang baik ye" jawab Diana manja.

"insyaallah Diana, ummi doakan yang terbaik untuk anak-anak ummi" kata Mak Esah sambil memegang tangan Diana

Dimatikan enjin kereta Myvi nya. Diana terhendap-hendap untuk melihat rumah sewanya itu. Rumahnya seperti tiada orang. Di garaj keretanya juga kosong. Hanya ada sebuah basikal usang tersadai ditepi dinding rumah itu.

'mana Farah ni?' bisik hati Diana

Dia terjumpa kekosongan bilik rumah sewa itu dilaman social Facebook miliknya. Rumah teres itu mempunyai 3 buah bilik. 2 buah bilik sudah ada penyewanya, seorang pelajar dari KPTM bangi yang bernama Farah dan seorang lagi Hana tetapi tidak dinyatakan statusnya pula. Diana hanya berhubung dengan Farah tentang penyewaan bilik tersebut.

"hello Farah, akak ada dekat depan rumah sewa ni. Tapi tak ada siapa pon" soal Diana kepada farah

"sorry kak, Farah dekat kampung lagi. Tadi masa nak balek Bangi, abah call kata mak Farah accident. Farah terus patah balek kampung ni kak. Tak sampai lagi ni" jawab Farah dalam keadaan resah

"oh yeke, maaf lah akak tak tahu. Tapi macam mane akak nak masuk ni ye?" soal Diana sambil tergaru-garu kepalanya.
"Farah rasa kak Hana ada dalam rumah tu. Cuba akak bagi salam, nanti dia keluar lah. Kalau mak Farah tak teruk sangat, esok Farah balek Bangi" jawab Farah

Diana membuka pintu keretanya, dan mencapai beg tangannya untuk dibawa keluar. Dia tercegat di depan rumah itu untuk memberi salam.

"assalamualaikum" Diana memberi salam dengan agak perlahan

'tak ada yang menyahut pon' bisik hati Diana

Diulang salamnya itu dengan lebih kuat. Lama juga dia berdiri di depan pagar itu. Niat di hatinya hendak bermalam sahaja di hotel bajet sementara menunggu Farah balek dari kampungnya. Sesekali dia gegarkan sedikit pagar rumah itu. Bunyi nya agak kuat. Semakin lama menunggu semakin geram hati Diana. Dia membuka kembali pintu keretanya.

'bermalam dihotel saje lah malam ni' bisik Diana

Kreeeettttt...

Pintu kayu rumah sewa itu dibuka. Diana memandang rumah sewa itu kembali. Tiada siapa. Tetapi pintunya dah terbuka. Diana terus membuka pagar tersebut, untuk terus ke pintu utama rumah itu. Busuk. Itu yang terlintas di fikirannya. Bau bangkai kuat keluar dari arah rumah itu. Diana tidak mengambil endah.

"masuk je lah, parking kereta dalam garaj" perempuan itu bersuara perlahan dan terus berlalu pergi ke biliknya.

"ooh oohkay" tergagap Diana menjawab.
'hana lah tu kot' bisik Diana sendiri

Didepannya berlalu pergi seorang wanita yang cantik rupanya, panjang rambut lurusnya. Ditangannya ada patung budak yang agak hodoh tetapi cantik rambutnya. Pelik.

Selesai semua barang dikeluarkan dari keretanya, Diana sibuk mengemas di bilik. Cantik bilik itu. Katil bersaiz queen, sudah tersedia dengan cadar Mickey Mouse. Langsir dan alas kaki juga bercorak Mickey Mouse.
'mungkin penyewa sebelum ini minat kartun agaknya' fikir Diana.

Eeeeee Takut Yeee......Место, где живут истории. Откройте их для себя