PENGHUNI LAIN

639 34 1
                                    

Mami pernah beritahu, ada satu hari tu masa dia tidur, dia rasa macam ada sesuatu yang menindih badan dia. Nak bergerak, dia rasa susah. Nak celik mata, tak boleh celik. Nak bukak mulut, keluarkan suara pun, seakan-akan macam ditekup mulut.“ish..ish..” Sound efek sikit

Sebelum kami berpindah ke rumah yang kami diami sekarang ni, rumah ini telah ditingalkan agak lama oleh pemiliknya dan tidak disewakan kepada sesiapa pun. Mungkin ada sebab-sebab tertentu.Bukan mami saja pernah mengalami peristiwa pelik, malah aku pun pernah jugak.

Ni nak story la ni. Seperti biasa, setiap malam selepas makan malam, aku akan melepak sambil menonton TV di ruang tamu atas. Seorang diri. Manakala mami dan Cik Man di bawah. Nak jadikan cerita, tekak aku rasa haus, air dalam botol pun dah habis. Maka aku ambil botol dan turun ke bawah untuk isi air. Lalu depan bilik mami, lampu menyala, macam kelibat mami sedang duduk di atas katil. Aku hairan, sebab waktu-waktu macam ni selalunya dia menonton TV di bawah.

Aku patah balik, sekali lampu bilik tidak dinyalakan pun. Dan mami pun sebenarnya tiada di dalam bilik. Aku hairan, tapi diam je. Orang tua-tua pesan, nampak benda pelik jangan tegur. Ingat, JANGAN TEGUR!Satu malam, sebelum aku tidur, aku pergi gosok gigi di tandas bawah. Aku nampak macam kelibat orang lalu belakang aku. Cik Man kot. Aku diam. Tapi bila aku nak naik atas balik, aku tengok Cik Man tengah syok tengok Ong Bak 2. Kencang betol diorang punya aksi pukul-memukul. Tip-top. Macam biasa, aku diam.

JANGAN TEGUR orang tua-tua kata.

Beberapa minggu lepas tu, aku balik kampung. Isnin malam tu mami cakap dengan aku. Rupa-rupanya dalam rumah yang kitorang duduk ni ada makhluk hitam yang tinggal. 2 ekor. 1 dalam bilik mami dan 1 kat bahagian belakang pintu berdekatan bilik air. OK, sekarang aku faham. Kenapa aku boleh nampak kelibat mami dalam bilik dia, sedangkan dia takda. Dan mami ditindih masa waktu tidur. Dan objek yang lalu belakang aku masa kat dapur.

P/S : 'aku' dlm cerita ni bkn sy ok

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now