MAYA

596 40 0
                                    

Maya mengerling ke arah jam di dinding yg menunjukkan angka 10 pagi. Tergopoh gapah dia ke dapur untuk memasak. Suaminya Amri akan pulang sekejap lagi untuk makan tengahari. Peti ais dibuka. Ada daging.
"Sedap ni kalau buat daging salai masak lemak, tapi santan dan serai tak ada la pulak. Nak kena pergi kedai ni". Rungut Maya sendirian. Lalu dengan pantas dia menyarung tudung segeranya dan berlalu ke kedai.

***

"Sedapnya Maya masak. Maya ni pandai tau ambik hati abang. Ni yg abang sayang lebih ni".

"Yeke ni. tak percaya la".

"Betul la kenapa tak percaya ni. Ok esok kita pergi kedai emas nak?".

"Orang kata rezeki jangan di tolak. Kali ni abang beli rantai leher kat Maya ye".

"OK sayang. Boleh kita beli untuk kakak Wawa sekali".

***

Maya membelek2 rantai barunya. "Baru masak sedap sikit dah dapat rantai. Ni kalau aku goda lebih sikit ni mesti laki aku buang terus betina tu. Sedap sangat ek daging salai tu. Sedap la dah aku bubuh airliur aku". Kata Maya sendirian.

"Eee bengangnya. apa je mesti nak kena beli kat betina tu jugak. Aku ni nama je bini no2. Tapi tak ada yg special pun. Menyampah!"

"Haip cakap apa sorang2 tu terkumat kamit mulut". Tegur Amri.

"Eh abang. Tak ada apa. Maya menyanyi je tadi". Maya menafikan lantas bangun dan memeluk tubuh Amri namun pelukkannya ditolak lembut.

"Abang penat la sayang. Nak tidur awal. Esok ada audit".

Maya mengeluh. Setiap hari dia dilayan bergitu. Suaminya selalu sibuk dan penat. Maya cuba menahan perasaan marahnya.

"Abang, raya haji ni abang raya kampung Maya kan?"

"Tak tau lagi. Kakak Najwa nak dekat bersalin dah. Due date dia dekat2 raya nanti"

"Abang ni asyik2 kakak je. Maya ni macam mana? Maya bukan wife abang ke? Dah la nafkah batin pun abang tak tunaikan. Maya jemu asyik2 emas. Abang ingat Maya ni gila harta ke". Maya beremosi.

"Maya kenapa nak marah2 ni. nanti abang balik rumah kakak Wawa nanti". Amri berseloroh.

"Balik lah! Maya nak keluar!". Maya mencapai handbagnya dan berlalu pergi.

Maya memberhentikan kenderaan lantas mengambil handphone dan mendail nombor Rizz.

"Sayang.. I nak jumpa you kat tempat biasa".

***

Maya termanggu sendirian. Rambutnya kusut masai. Perasaannya berbaur setelah mengetahui dia kini berbadan dua. Anak hasil dari kecurangannya bersama Rizz.

"Bluueekkkk". Maya berlari ke tandas. Tekaknya terasa loya. Amri risau melihat keadaan Maya. Adakah Maya mengandung, kerana isteri pertamanya Najwa juga bergitu semasa mengandungkan zuriatnya. Maya juga kerap marah2. Emosi wanita hamil selalunya tidak menentu. Amri menguntum senyuman. "Bertambah lagi anak aku". Bisik hatinya.

***

"You mesti tengah frust dengan husband you kan sebab tu you cari i".

Maya terdiam. "Rizz i nak u belai i. I sunyi. Sedih. Kecewa!".

"I happykan you malam ni. Jangan sedih2 lagi". Kata Rizz lalu memeluk Maya. Maya menolak lembut.

"I mengandung. You kena bertanggungjawab Rizz. I akan beritahu Amri perkara sebenar. Dia mesti akan ceraikan i. Kita kahwin ya".

"What? You pregnant. Apasal you tak bagitau i. I tak ready lagi nak kahwin. I tak puas enjoy. You kena gugurkan kandungan you."

"Gugur??". Airmata Maya jatuh berguguran. Sampainya hati Rizz. Tetapi dah pelbagai cara dia lakukan. Makan pil,makan makanan tajam namun tak juga gugur2. Kini Maya sudah sarat dan sudah sampai masa melahirkan. Perutnya kerap mengeras dan terasa sakit. Teramat sakit. Amri simpati melihat keadaan Maya. Kalau boleh biarlah dia yg menanggung kesakitan itu.

"Abang,sakit sangat. Tolong Maya bang".

"Maya zikir banyak2 ye. Sabar dan selawat banyak2. Abang sentiasa di sisi Maya". Amri mengenggam tangan Maya.

"Abang, Maya minta maaf, Maya banyak buat salah. Ni balasan atas perbuatan Maya. Maya curang."

"Maya curang? Apa Maya cakap ni?"

"Anak dalam perut ni anak Rizz. Maya minta ampun bang". Jawab Maya terketar2.

"Rizz? Siapa Rizz?. Oh jantan bekas kekasih Maya tu?. Tergamak Maya menduakan abang. Perempuan jijik!." Amri menempik dan meninggalkan Maya yg sedang dalam kesakitan.

Amri kecewa. Diseka airmata yg jatuh dipipi. Usai solat maghrib dia duduk diatas sejadah.

"Amri, ampunkan dosa isteri kau. Lepaskanlah segala2nya. Berikanlah dengan penuh keikhlasan". Terngiang2 suara lelaki tua berbaju putih itu di corong telinganya. Amri ingin menyalami tangan lelaki tua itu tetapi tiba2 lelaki tua itu ghaib. Bulu romanya tiba2 meremang dia cuba membaca ayatul qursi sebanyak mungkin sambil matanya liar memerhati sekeliling. Pandangannya terhenti di pintu masuk masjid. Lelaki tua tadi melambai2 kearahnya dan serta merta hilang. Amri tersentak lalu tunduk lesu seraya menadah tangan.

"YaAllah Ya tuhanku. Hatiku berasa sedih. Aku marah dengan perbuatan isteriku. Tetapi aku tahu. Aku juga banyak berdosa. Aku gagal didik dia. Aku gagal tunaikan nafkah untuknya. YaAllah Kau kurniakan sifat ikhlas dalam hatiku utk memaafkan segala perbuatannya. Permudahkanlah dia melahirkan anak. Amin yarabbal alamin". Hati  Amri semakin tenang.

"Tahniah encik dapat anak lelaki".

"Alhamdulillah.. Isteri saya macam mana doc?"

"Encik banyak2 bersabar ye. Isteri encik tak dapat diselamatkan. Saya minta maaf".

"Innalillah....". Amri terduduk lesu melihat mayat Maya. Amat mengaibkan. Darah mengalir tanpa henti, Badannya dipenuhi nanah dan ulat. Bau busuk menusuk ke rongga pernafasan.

"Abang tolong Maya bang sakit. Aduh. Tolong.. Ahhhhhhh sakittttt". Kain kapan Maya dipenuhi dengan darah. Di bahagian sulitnya terdapat kala jengking. Amri cuba menolong namun dia seperti dihalang.

"Astagfirullah....!". Amri menyapu wajahnya. Maya muncul dalam mimpinya. Tak semena2 airmatanya mengalir. Lantas dia menadah tangan memohon keampunan diatas segala perbuatan Maya.

"YaAllah Ya Tuhanku, ampunilah segala dosa2nya. Kasihanilah dia". Amin.

Eeeeee Takut Yeee......Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα