Bab 1

84.2K 1.2K 31
                                    

Qaira meneliti setiap kertas kerja yang berada di fail. Begitu banyak timbunan fail yang berada di atas meja membuatkan Qaira hendak pening kepala. Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi. Terus Qaira tersenyum melihat nama pemanggil itu.

''Hello, Assalamualaikum " jawab Qaira terlebih dahulu.

"Wa'alaikumussalam, Angah apa khabar? Sihat? " sapa uminya.

"Sihat Alhamdulillah. Umi, abah  dengan adik sihat? '' tanya Qaira.

''Sihat juga, semua kat sini sihat je. Angah bila nak balik sini? Umi dah rindu. Tu ha si adik asyik tanya je kamu bila nak balik. Rindu sangatlah tu''

Qaira tergelak kecil lantas menjawab ''hujung minggu ni Angah balik''

''Eloklah tu lagipun ada orang nak datang rumah'' kata umi.

''Siapa umi? Abang ke? '' tanya Qaira. Rindunya pada anak buahnya yang nakal itu. Lama sudah tidak berjumpa.

''Datang ajelah jangan banyak tanya, tak apalah, umi nak masak ni, kamu tu kerja kerja juga, jangan tinggal solat tau'' nasihat umi.

''Baiklah umi, Qaira pun banyak kerja nak buat. Assalamualaikum umi. ''

Qaira menekan end call selepas umi menjawab salam. Qaira memandang bandaraya Kuala Lumpur yang penuh dengan kereta serta bangunan-bangunan tinggi di tingkap pejabatnya.

Qaira mengeluh kecil. Sudah tiga bulan dia tidak pulang ke kampungnya yang terletak di Melaka. Rindu memang rindu tapi kesibukan bekerja menyebabkan dia tidak pulang ke kampung.

Dipanggil PAnya masuk ke dalam bilik pejabatnya yang boleh dikatakan sederhana.

''Ada apa Cik Qaira panggil saya? '' tanya Julia selaku personal assistant nya.

''Awak tundakan semua meeting saya minggu depan. Hujung minggu ni saya akan pulang ke kampung halaman saya selama satu minggu'' arah Qaira sambil tersenyum ke arah Julia.

''Baiklah Cik Qaira, ermm.. Lagi ada apa-apa yang Cik Qaira mahukan? " 

''Takda apa-apa dah, terima kasih''

"Sama-sama''

Julia melangkah keluar dari bilik itu sambil tersenyum. Suka dengan sikap majikannya. Sikap rendah diri pada pekerja bawahan membuatkan kakitangan di situ sayang dengan Pengurus Sumber Manusia itu. Langsung tidak hairan dengan pangkat yang dipegang.

Qaira menilik jam ditangan '12.30 tengahari' getus hatinya. Segera mengemas kertas kerja yang berselerak memandangkan waktu itu lunch hour.  Dia keluar lalu ke arah Julia yang sedang mencatat sesuatu di iPad. Maklumlah, sekarang zaman canggih. Segala temujanjinya sekarang hanya simpan di hujung jari.

"Jom makan dengan saya. Saya belanja". Ajak Qaira

"Okay boss", Laju Julia pengemas segala barangnya lalu berjalan seiringan dengan Qaira.

***

Pintu dikuak dari luar. Kelihatan seorang wanita yang seksi melangkah masuk dengan senyuman menggoda ke arah Syed Nazril. Angela, gadis kacukan Australia + Filipina. Tinggal di Malaysia atas urusan kerja bapanya dan bekerja sebagai model yang terkenal. Tengok nama pun dah tahu bukan Islam.

''Hai biy'' sapa Angela dan mengambil tempat di depan Syed Nazril.

''Hai sayang, how are you today? '' tanya Syed Nazril sambil tersenyum manis.

''No,I'm not okay'' jawab Angela sambil membuat muka sedih.

''No? Why sayang? You sakit ke? Jom I hantar pergi klinik. Tanya Syed Nazril seraya cemas.

''I tak okay sebab you tak belanja I harini'' kata Angela tersenyum bahagia.

''You ni buat I cemas lah. Setakat belanja tak ada hal. Jom sayang, I belanja you hari ni. Apa yang you nak You boleh ambil. I akan belanja semuanya hari ni. '' Syed Nazril mencuit hidung Angela.

''Boleh biy, anything for you baby '' kata Angela sambil menciup pipi Syed Nazril lalu menarik tangan Syed Nazril keluar dari bilik itu.

This is my first writing. Selama ni baca novel kat wattpd ni je tapi berminat juga nak menulis. Sementara nk tunggu result spm ni 😊

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now