Bab 27

40.2K 656 15
                                    

Sebaik sahaja tiba di kondo milik Syed Nazril, masing-masing terus ke bilik untuk berehat. Seharian berjalan sudah tentu penat.

Qaira baru sahaja baring di atas katil. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Belum sempat Qaira hendak bangun, pintu dikuak dari luar. Syed Nazril terus masuk dan berdiri di hadapan Qaira.

"Malam ni kau tidur bilik aku. Mulai malam ni kita tidur sebilik. No excuse" Syed Nazril memberi arahan.

"Haa?" Qaira terkejut.

"Kau dah kenapa terkejut sampai macam tu? Aku suruh pindah bilik aku je pun bukan suruh kau layan aku"

"Tak adalah. Tapi kenapa nak tidur bilik awak?" tanya Qaira.

"Salah ke?" soalan dibalas soalan.

"Tak salah tapi kenapa tiba-tiba?"

"Kau tengah mengandungkan anak aku. Kalau jadi apa-apa nanti macam mana kalau aku bilik lain kau bilik lain?"

"Ouh tapi.."

"Kau masuk bilik aku sekarang!" jerkah Syed Nazril sebelum Qaira menghabiskan ayatnya. Tangan Syed Nazril dihala ke pintu biliknya.

Bahu Qaira terangkat sedikit kerana terkejut dengan jerkahan suaminya. Segera dia masuk ke bilik yang ditunjuk. Syed Nazril mengikuti langkah Qaira dari belakang. Pintu ditutup.

Qaira hanya berdiri di sudut bucu katil sambil memerhatikan suasana bilik. Mencari sofa atau karpet untuk tidur. Tak akan nak tidur sebelah Syed Nazril kot. Mahunya kena sepak nanti.

Syed Nazril baring di atas katil sambil memerhatikan Qaira yang masih berdiri tegak di bucu katil.

"Kenapa masih berdiri?" tanya Syed Nazril.

"Saya nak tidur mana?" tanya Qaira. Mestilah kena minta izin tuan punya kalau nak tidur atas sofa atau mana-mana.

"Kau tanya soalan bodoh tu kenapa? Nampak tak katil depan mata kau ni?"

"Nampak" Qaira tersengih.

"Habis tu? Tunggu apa lagi?"

"Awak tak kisah ke saya tidur situ?"

Syed Nazril cuba menyembunyikan senyumannya. Mesti Qaira ingat dia masih bencikan dia sebab tu Qaira tanya soalan macam tu.

"Tak. Aku tak kisah lagipun kau kan isteri aku. Tempat isteri di sisi suami." lembut Syed Nazril berbicara. Qaira hanya diam.

"Dah meh sini tidur sebelah aku" ajak Syed Nazril sambil menepuk ruang kosong di sebelahnya itu.

Qaira berjalan perlahan ke tempat yang dituju. Setelah sampai, dia teragak-agak untuk baring. Syed Nazril yang sudah malas menunggu terus menarik pergelangan tangan Qaira sehingga Qaira terjerit kecil. Akhirnya sekelip mata sahaja Qaira sudah terbaring di sebelah Syed Nazril.

"Kenapa lambat sangat? Nak tunggu kau baring kat sebelah aku je dah 30 minit tau?" Syed Nazril bersuara. Dia terus mengalihkan badan Qaira menghadapnya seraya memeluk pinggang isterinya.

Qaira terkejut dan secara spontan dia menolak tangan lelaki itu. Syed Nazril pelik dengan tindak balas isterinya itu lalu bertanya.

"Kenapa kau tolak?"

"Saya terkejut awak tiba-tiba peluk saya" jujur Qaira menjawab.

"Lahh.. Itu je pun. Aku cuma peluk kau je. Takkanlah dah terkejut?" tanya Syed Nazril pelik.

"Maaf. Saya tak biasa" Qaira menunduk.

"It's okay. Dah jom tidur. Aku nak peluk kau je." kata Syed Nazril. Dia kembali memeluk pinggang wanita itu dan menariknya rapat.

Qaira pula tidak membantah malah membalas pelukan lelaki itu. Kepala di dekatkan dengan dada bidang suaminya sehingga terdengar bunyi degupan jantung Syed Nazril.

"Esok aku akan angkat semua barang-barang kau dalam bilik sana pindahkan ke bilik ni." sambungnya.

"Saya tolong awak sekali esok" Qaira bersuara.

"Tak perlu. Kau kan mengandung. Biar aku je angkat semua tu. Barang-barang kau taklah berat mana pun." bantah Syed Nazril.

"Okay" sepatah Qaira menjawab.

"Hmm. Dah tidur" Syed Nazril terus mengucup ubun-ubun Qaira sebelum menutup matanya.

Qaira merasakan jantungnya mahu meletup selepas kepalanya dikucup kasih oleh suaminya sendiri. Qaira tersenyum seraya tubir matanya mengalirkan airmata sedikit.

'Alhamdulillah. Syukur padaMU Ya Allah' bisik hatinya.

Qaira mengangkat sedikit kepalanya dan mencium dahi suaminya. Apabila melihat reaksi Syed Nazril seakan ingin membuka mata cepat-cepat Qaira membenamkan muka di dada Syed Nazril dan menutup mata. Malunya usah dikata. Tentu mukanya sudah merah kerana aksi berani matinya sebentar tadi.

Syed Nazril hanya tersenyum melihat reaksi Qaira. Niatnya mahu mengusik Qaira namun melihat Qaira sebegini dibatalkan sahaja niatnya. Syed Nazril kembali melelapkan matanya. Berharap agar esok lebih indah.

***

"Biy" Angela memanggil Harris meleret manja sambil mencuit lengannya.

Ketika itu mereka di ruang tamu banglo milik Harris.

"Ya sayang." Harris menyahut sambil matanya memandang ke arah televisyen.

"Bila kita nak jalankan next plan kita?" Angela bertanya.

"Tunggu masa yang sesuailah sayang"

"Sampai bila?"

"Tunggu je lah. I dapat tahu bini dia tu dah mengandung and guess what?" Harris memandang wajah Angela.

"What?"

"Si Nazril tu sejak dapat tahu bini dia tu mengandung terus layan bini dia baik-baik."

"Huh? Kenapa tiba-tiba je? Sebelum ni bukan main maki hamun isteri dia tu"

"Maybe sebab tu anak dia."

"Habis tu macam mana? Budak tu wujud lagi menyusahkan kitalah" bising Qaira.

"I akan pastikan budak tu lenyap" Harris tersenyum sinis.

"Takkan you nak gugurkan kandungan tu pula?" teka Angela.

"Memang pun"

"OMG!! You jangan... " belum Angela habiskan ayatnya Harris sudah menyampuk.

"Budak tu akan lenyap sebab bapak dia sendiri lah sayang. I takkan bunuh anak orang dengan tangan I"

Angela tersenyum lebar. "Macam mana you nak buat?" Angela menjongket keningnya.

Harris menunjukkan sampul berwarna coklat itu kepada Angela sambil tersenyum.

"Benda ni boleh tolong kita lagipun lelaki tu kan bodoh mudah percaya semua ni.

Angela tersenyum sinis sambil membalas pandangan mata Harris.


Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now