Bab 7

29.2K 710 13
                                    

"Aku terima nikahnya Qaira Farisya Binti Arifin dengan mas kahwinnya Lima Ribu Ringgit Tunai"

Dengan sekali lafaz, Qaira sudah bergelar isteri kepada Syed Nazril. Perlahan-lahan air matanya jatuh mengalir di pipi lantas cepat-cepat diseka. Dia mendongak memandang ke arah bakal suaminya itu. Dia terkejut sama seperti Syed Nazril.

'Kalau tak silap ni perempuan yang Angela marah haritu' desis hati Syed Nazril.

'Ini lelaki yang aku jumpa dulu with annoying and sexy women' hati Qaira berkata.

Syed Nazril duduk di sebelah Qaira dan mengambil cincin dari kotak baldu dan disarungkan ke jari manis Qaira dan Qaira pula menyarungkan cincin kepada jari lelaki itu pula. Dia cepat-cepat mengambil tangan suaminya dan salam tanda hormat. Syed Nazril pula mencium ubun-ubun Qaira.

Selesai sesi bergambar, Syed Nazril menarik lengan isterinya dengan kuat ke tempat yang jauh dari orang ramai.

Qaira mengadu kesakitan.

"Kau ni memang menyusahkan orang kan!! " kata Syed Nazril perlahan tetapi nampak api kemarahannya. Dia melepaskan cengkamannya.

"Saya menyusahkan apanya? " kata Qaira dan menggosok lengan yang dicengkam tadi.

"Apa kau buat kat mummy sampai dia terhegeh-hegeh nak jadikan kau menantu!!? " tanya Syed Nazril menahan amarahnya.

Qaira hanya diam dan menundukkan pandangannya. Tidak sanggup melihat muka suaminya yang di berlenggu kemarahan.

"Lepas ni... " belum sempat Syed Nazril menghabiskan ayatnya. Tiba-tiba ada suara mencelah.

"Pengantin baru ni tak sabar-sabar nak tunggu. Sabarlah, lepasni majlis resepsi dekat dewan pula. " kata Kak Fatin

Mereka berdua hanya diam dan berlalu ke bilik untuk bersiap-siap.

Qaira telah siap memakai gaun pengantinnya melihat dirinya di cermin.

"Cantiknya Qaira. Sesuai baju ni dengan Qaira tau. Tak sia-sia Datin Marziah pilih baju ni" kata Kak Fatin teruja. Qaira hanya tersenyum.

Dia masih berfikir tentang kejadian tadi. Suaminya tidak boleh menerima dia sebagai isteri ke?  Tak sampai 5 jam dia sudah di marahi oleh suaminya.

Selepas semuanya telah siap. Mereka bergerak ke hotel. Ahli keluarga yang lain sudah bergerak terlebih dahulu.

Perjalanan dari rumah ke dewan hanya 20 minit. Qaira keluar dari kereta dan menuju perlahan-lahan ke pintu dewan. Syed Nazril pula mengenggam erat tangan Qaira sehingga dia terasa sakit.

Sampai di pintu dewan semua tetamu hadirin terpegun dengan pasangan itu. Sama padan sama cantik. Mereka berjalan perlahan-lahan menuju ke arah pelamin yang dihias indah itu.

Syed Nazril memakai tuxedo berkot hitam manakala tali lehernya berwarna sama seperti gaun yang dipakainya

Maka bermulalah pula majlis persandingan dua mempelai itu.

***

Jam menunjukkan angka 11 malam. Qaira masuk ke biliknya ingin membersihkan diri dan solat Isyak.

Selepas mandi, dia mengambil wuduk dan menyarung pakaiannya di dalam bilik air. Apabila membuka pintu bilik air, dia melihat figura seorang lelaki baring di atas katil yang ditabur kelopak mawar itu.

Qaira tidak mengendahkannya dan terus mengerjakan solat Isyak. Usai sahaja dia melipat telekung. Dia ingin ke luar bilik apabila terdengar pancuran air ditutup. 'Bila masa dia masuk bilik air? Mungkin waktu aku tengah solat kot.' Belum sempat dia melangkah dia terasa lengannya dicengkam kuat oleh seseorang.

Apabila dia menoleh kelihatan wajah suaminya yang memandang tajam ke arahnya.

''Sakit" suara Qaira lirih. Dia berharap sangat suaminya itu melepaskan cengakaman.

"Apa? Sakit? Oh.. Kalau kau nak tahu hati aku ni lagi sakit bila kahwin dengan perempuan tak guna macam kau!!! " suara Syed Nazril makin lama makin tinggi.

"Sebab kau, kekasih hati aku lari tahu tak!!?" sambungnya lagi.

"Saya minta maaf tapi bukan saya yang nak semua ni.. Tolonglah lepaskan" mohon Qaira yang ketika itu merasakan air matanya merembes keluar. Dia memegang tangan Syed Nazril yang mencengkam tangannya supaya berharap sakitnya beransur hilang.

"Heh. Aku tak kisah lah apa pun. Yang penting aku nak ajar kau akibat cari pasal dengan aku! " dia melepaskan cengakaman itu dengan kasar.

Qaira terdorong ke belakang sedikit sambil menangis perlahan. Dia cuba menahan suaranya dari terkeluar.

"Aku taknak kau mengadu dekat siapa-siapa pasal ni. Kalau tak siap kau aku kerjakan. " kata Syed Nazril yang sudah memakai pijama.

Syed Nazril terus merebahkan badannya di atas katik itu. Dia mencampak satu bantal ke lantai. "Kau tidur atas lantai tu!. Jangan sesekali kau naik atas katil ni. Aku tak peduli ni harta sesiapapun." kata Syed Nazril.

Qaira hanya mampu memandang. Dia mengambil bantal itu dan meletakkannya di atas sofa. Tidak pernah dia tidur di atas lantai tanpa apa-apa alas tambahan pula suhu aircond dalam bilik itu rendah. Dia merebahkan badannya di atas sofa empuk itu. Nasib baiklah sofa itu lembut. Tidaklah sakit badannya nanti.

Qaira sekali lagi mengalirkan air matanya,menangisi nasibnya sesudah bergelar isteri kepada suami yang tidak pernah dia kenal. Hati isteri mana yang tak sakit apabila si suami menyebut kekasih hati pada malam pertama mereka. Hati isteri mana tak sakit apabila dituduh yang dia menyebabkan kekasih hati suaminya lari. Sepatutnya malam ni menjadi malam yang indah bagi pasangan pengantin baru tapi tidak pula dia. Dimarahi hanya kerana berkahwin dengannya.

Qaira melelapkan matanya dan berharap semuanya akan menjadi lebih baik dari malam ini.

***

"Angah ingat pesanan umi tempoh hari. Dengar cakap suami. " pesan umi.

"Baik umi"

"Naz, abah harap kamu dapat jaga anak kami sebaik mungkin. Jaga dia macam mana kami jaga dia dulu. Abah percayakan Naz. " kata Abah.

"Baik abah. Naz akan jaga isteri Naz SEBAIK mungkin. "Jawab Naz dengan sengaja menekankan ayat sebaik itu.

Syed Nazril mengambil beg pakaiannya dan isteri dan masukkan ke dalam bonet kereta. Di kesempatan itu, Firdaus menarik perlahan lengan Qaira dan memeluknya.

"Abang tahu apa yang dia buat dekat angah semalam. Lepas ni kalau dia cuba buat something, bagitahu abang tau. Abang tahu apa nak buat dekat dia" bisik Firdaus perlahan di telinga Qaira.

Qaira memejamkan mata dan mula mengalirkan air mata dan menangis di dada bidang abangnya. Terharu kerana abangnya mengambil berat tentangnya. Firdaus mengucup dahi adik perempuan tunggalnya perlahan.

"Janji bagitahu abang tau kalau dia buat apa-apa kat angah" dia melepaskan kucupan dan berbisik lagi.

Qaira hanya mampu mengangguk dan terus menangis.

Semua yang berada disitu terharu melihat adegan tersebut. Kak Sya sudah mengalirkan air mata. Situasi ini sama seperti mula-mula dia dan Firdaus berkahwin. Di tempat dan diwaktu yang sama cuma yang berbeza adalah pasangan. Dia masih ingat bagaimana Qaira menangis apabila terpaksa berpisah dengan Firdaus.

'Buat drama air mata pula ' desis hati Syed Nazril menyampah.

"Fikri pun nak peluk juga" kata Fikri lantas memeluk abang dan kakaknya.

Semua tertawa melihat keletah Fikri itu. Qaira melepaskan pelukan lalu menyalam dan memeluk semua yang berada di situ. Bermula dengan umi, abah, abang, kak sya, Fikri dan akhir sekali Aqif serta Alia.

Qaira masuk ke dalam kereta mewah milik Syed Nazril itu dan kereta itu pun perlahan-lahan meninggalkan kawasan rumah itu. Sempat dia melambai-lambai tangan ke arah mereka yang masih setia berdiri di situ.

Ahli keluarga Qaira membalas lambaian tersebut dan melihat kereta itu hingga hilang di pandangan mata mereka.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now