Bab 37

36.5K 622 5
                                    

"Okay. Baiklah umi. Kirim salam abah dengan Fikri ya?" panggilan ditamatkan oleh Qaira. Sebentar tadi Puan Halina menghubungi Qaira memaklumkan bahawa mereka akan ke Kuala Lumpur untuk melawat Syed Nazril.

Sehingga sekarang Syed Nazril masih belum sedar. Perubahan terakhir yang ditunjukkan olehnya ialah menangis semasa Syed Faril diletakkan di sebelahnya kelmarin. Selepas itu langsung tidak menunjukkan apa-apa.

Dato' Syed Marzuki berjalan ke arah tangga untuk pergi ke hospital. Memandangkan hari ini hujung minggu, bolehlah dia melawat Syed Nazril lama. Dia terlihat Qaira masih berada di dalam bilik duduk di birai katil. Dia terus menegur menantunya.

"Qaira, kita nak gerak dah ni. Kenapa duduk sini lagi?"

Qaira menoleh. Dia terus menjawab "Hari ni umi dengan abah Qaira datang nak lawat abang Naz. Kita tunggu merekalah baru pergi sana. Boleh gerak sekali"

"Kalau macam tu kita tunggu sini. Dah bagitahu mereka tunggu kat mana?"

"Dah daddy. Tunggu dekat sini je."

"Bermalam dekat sini tak?" tanya Dato' Syed Marzuki.

Qaira menggeleng.

"Lah. Suruh mereka bermalam dekat sini. Melaka dengan sini bukan dekat. Nanti kesian abah kamu tu drive jauh-jauh lepas tu balik hari je" cadang Dato' Syed Marzuki.

"Tak apa ke daddy?" tanya Qaira ragu-ragu.

"Daddy dengan mummy langsung tak kisah. Mereka tu kawan baik kami dari universiti lagi." terangnya.

"Kalau daddy dengan mummy okay Qaira pun okay jelah." Qaira akur.

"Nanti bagitahu mereka daddy suruh bermalam dekat rumah daddy. Jangan bermalam dekat hotel pula. Membazir je nanti."

"Baiklah daddy"

"Daddy nak turun ni. Kalau umi dengan abah kamu dah sampai, suruh mereka call daddy. Kami pergi kemudian. Qaira dengan Faril kena pergi sekarang. Tak ada sesiapa yang jaga Nazril tu."

"Okay daddy" Qaira terus mencapai kunci kereta dan tas tangan. Syed Faril yang lena tidur itu di dukung. Dia keluar dari bilik dan melangkah menurun tangga diikuti oleh ayah mertuanya.

"Qaira nak pergi mana?" tanya Syed Syazril yang ketika itu berada di ruang tamu bersama Syarifah Maisara. Datin Marziah pula tidak kelihatan.

"Saya nak pergi hospital dulu. Tak ada sesiapa jaga abang Naz dekat sana. Awak dengan yang lain gerak dengan family saya sebab mereka pun akan datang kejap lagi. Nanti cakap dengan mummy tau. Saya dah lambat ni. Saya pergi dulu" terang Qaira. Terus dia menuju ke kereta miliknya.

Perlahan-lahan dia letakkan Faril di kerusi bayi sebelah pemandu. Pintu ditutup kemudian dia menuju ke tempat duduk pemandu. Enjin dihidupkan dan dia terus memandu kereta menuju ke hospital.

Qaira mengelap tubuh suaminya dengan lembut. Dari leher sehingga ke dada kemudian beralih pada perut. Selepas itu dia mengelap bahagian lengan. Sesekali dikerling wajah suaminya bersilih ganti dengan wajah Faril yang lena dibuai tidur. Kerusi Faril dibawa sekali naik ke atas memandangkan dia sungguh lena. Kerusi itu diletakkan di sofa. Qaira tidak risau kerana Faril baru sahaja 3 bukan jadi belum lagi lasak apabila tidur.

Apabila melihat wajah putih bersih Faril, dia ada iras wajah ayahnya. Sungguh tampan. Jururawat serta doktor di sini memuji tentang ketampanan anaknya itu walaupun dia masih kecil.

"Abang cepat bangun tau. Mesti abang nak tengok muka anak kita. Macam abang juga handsome dia." ujar Qaira ceria.

Pintu dikuak dari luar. Keluarga Qaira dan mertua yang datang. Terus Qaira bersalam dengan Puan Halina dan Encik Arifin. Tidak ketinggalan adiknya Fikri. Terus Fikri meluru ke arah Syed Syazril dan Syarifah Maisara yang bersama Syed Faril.

"Qaira sihat? Naz macam mana?" tanya Puan Halina.

"Sihat Alhamdulillah umi. Abang Naz masih macam ni jelah. Dah 3 bulan dah" sayu Qaira menjawab.

"Sabarlah Qaira. In Syaa Allah dia akan sedar." Encik Arifin memberi semangat pada anaknya. Puan Halina mengusap-usap bahu Qaira. Mereka juga sedih melihat keadaan Syed Nazril begitu. Ada juga di rumah mereka mengadakan tahlil untuk menantu lelakinya itu.

"Sekarang ni bergantung pada Nazril je. Kita yang lain tawakal kepada Allah." kata Dato' Syed Marzuki.

"Aku pun tak tahu lagi nak buat macam mana Lina. Siang malam aku berdoa." Datin Marziah pula sebak bersuara. Dato' Syed Marzuki memeluk tubuh isterinya memberi kekuatan.

"Kau dah cuba Zah. Jangan putus berdoa. Kuasa di tangan Allah. Tak mustahil esok dia akan sedar." Puan Halina memberi nasihat.

Syed Syazril, Syarifah Maisara dan Fikri hanya diam di sofa. Tidak berkata apa-apa. Mereka hanya melihat Syed Faril bermain dengan mainannya.

Telefon pintar Qaira berbunyi tanda mesej Whatsapp masuk. Aplikasi Whatsapp dibuka. Dahi Qaira berkerut apabila melihat nombor tidak dikenalinya memberi mesej.

Mesej itu dibuka dan dia membaca

*Have fun with this video 😘*

Video itu dibuka dan serta-merta Qaira tercengang. Dia memadang Syed Nazril serta video itu bersilih ganti.

"Kenapa Qaira?" tanya Datin Marziah.

Qaira tidak mampu bersuara. Dia hanya menggeleng. Matanya sudah berkaca dan masih memandang video itu. Video di mana Syed Nazril dan Angela di atas katil dan mereka melakukan perkara terkutuk. (Rujuk bab 22)

Datin Marziah yang tidak puas hati terus mengambil telefon itu dari Qaira. Terus mata Datin Marziah terbuntang.

"Astaghfirullahalazim!" ucap Datin Marziah. Semua menoleh ke arah Datin Marziah.

"Abang tengok ni" kata Datin Marziah sambil menangis. Dia menunjukkan memberi telefon itu kepada suaminya. Puan Halina dan Encik Arifin juga melihat video itu.

"Allah" hanya itu yang terkeluar dari mulut mereka. Telefon Qaira dipulangkan.

Syed Syazril, Syarifah Maisara dan Fikri segera mendekati mereka lalu bertanya "Kenapa ni?"

"Ada orang send dekat kakak kamu video yang mengaibkan"

Semua terkedu. Faril yang berada di dukungan Syarifah Maisara sudah mula merengek. Dia mahukan mamanya. Qaira mengambil Faril segera lalu melangkah ke pintu.

"Qaira minta maaf. Qaira kena balik dulu. Jumpa dekat rumah" kata Qaira lalu dia hilang di pandangan mata mereka yang lain.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now