Bab 47

38.3K 638 7
                                    

Suasana di pub ketika itu amat bingit. Dua orang lelaki masuk ke dalam buat kali pertamanya. Perkara pertama yang mereka lihat adalah wanita-wanita yang memakai pakaian yang agak seksi terkinja-kinja di atas pentas menari.

"Wei, kau tengok tu. Cantik." kata Arif. Matanya ditujukan pada salah seorang wanita di atas pentas.

Adam terus mengalihkan pandangan matanya ke arah yang dimaksudkan oleh Arif.

"Eh kau ni! Ke situ pula. Ingat tujuan kita datang sini." pesan Adam. Sempat dia ketuk kepala Arif yang sengal itu.

"Alamak kau ni. Alang-alang tu boleh cuci mata. Bukan senang nak dapat" katanya lagi. Degil. Dia menggosok-gosok kepalanya yang sakit.

"Sudahlah kau. Malas nak layan perangai buruk kau tu." Adam bersuara. Matanya masih melilau mencari kelibat lelaki itu.

Sedang dia mencari, tiba-tiba pinggangnya dipeluk manja oleh seseorang. Dia terus menoleh.

"I tak pernah pun nampak you dekat sini. Baru lagi erk? Jom menari?" pelawa gadis itu. Dia mengajak Adam untuk menari bersama.

"Eh, dah kenapa kau peluk aku?" tanya Adam kasar. Dia menepis-nepis tangan wanita yang sangat seksi itu dari terus memeluknya.

"Alah you ni. Jual mahallah." ujarnya lagi sambil jari telunjuknya menari-nari di dada Adam.

"Sudahlah. Kau tahu tak geli?" dia menolak sedikit tubuh perempuan itu supaya jauh darinya.

"Bro. Dengan perempuan tak payahlah nak berkasar. Kalau kau taknak, bagi je dekat aku." Arif menolak bahu Adam. Dia terus memandang wajah gadis itu lalu tersenyum.

"Nama apa?" Arif bertanya.

"Nama I Mawar." dia menjawab lalu merangkul leher Arif.

Adam yang melihat rasa meluat. Mahu saja diluku kepala Arif. Orang datang sini ada hal dia boleh pula mengurat perempuan entah apa-apa.

"Ouh. Mawar. Mawar nak tahu sesuatu tak?" Arif berteka-teki.

"Apa dia?" Mawar bertanya.

"You tahu tak apa beza you dengan bunga..." belum sempat dia hendak menghabiskan ayat, Adam sudah menyampuk.

"Sebelum aku ketuk kepala kau lagi, baik cari dia sekarang. Kang dia mengamuk kau juga masuk hospital." terus dia menarik lengan Arif kasar meninggalkan Mawar sendirian. Segera dia mencari lelaki itu di tempat vvip.

"Tu Harris." Arif menepuk bahu Harris dan jati telunjuk menunjukkan ke arah lelaki itu.

Terus mereka mendekati Harris yang ralit memeluk pinggang seorang wanita di atas ribanya.

"Encik Harris kan?" tanya Adam.

"Yes and korang Arif dan Adam? Yang aku call hari tu?" mereka mengangguk.

"Good. Duduklah." pelawa Harris. Harris memberi isyarat pada wanita itu untuk beredar dari situ supaya tidak mendengar perkara yang mereka bincangkan.

Apabila mereka melabuhkan punggung, Harris bersuara "Seperti yang aku beritahu, aku ada tugas untuk korang."

Adam dan Arif memandang antara satu sama lain dan kembali memandang Harris.

"Apa dia?" Arif pula bertanya.

"Minumlah dulu" kata Harris. Harris menyua gelas yang berisi minuman itu kepada mereka.

"It's okay. Kami dah minum tadi."

"Really? Jangan risaulah. Ni coke. Bukan arak. Aku tahu korang masih baru lagi dekat dunia macam ni."

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now