Bab 8

29.8K 709 23
                                    

Semasa perjalanan, mereka diam. Qaira hanya memandang ke arah luar tingkap manakala Syed Nazril hanya fokus kepada pemanduannya. Tidak tahu perkara apa untuk dibualkan. Hanya kedengaran suara dari corong radio.

"Terus balik ke kondo aku. Tak payah nak balik rumah mummy. " kata Syed Nazril dingin.

"Tapi mummy dah tahu ke? " tanya Qaira.

"Balik nanti aku call mummy cakap kita tak balik rumah sana. " jawabnya.

"Ouh yelah" Qaira akur. Dia tidak berani untuk bertanya lebih-lebih sedangkan malam pertama dia pun terlalu 'indah'. Kadangkala dia berfikir sampai bilakah dia akan lalui semua ini dan mampukah dia hadapinya di masa-masa yang akan datang. Dia mengeluh.

Syed Nazril yang mendengar keluhan itu hanya memandang dari sudut matanya. Tiba-tiba dia tersentak apabila telefon bimbitnya yang bernada dering Shape Of You tanda panggilan masuk.

Angela

Terus dia melebarkan senyuman lalu mengangkat panggilan tersebut.

"Hello sayang. I miss you damn much. You pergi mana lama sangat menghilangkan. " tanya Syed Nazril dengan nada manja.

" I tak pergi mana-mana pun baby. Cuma bawa hati yang merajuk "

"I'm sorry sayang. Bukan I nak pun perkahwinan ni. Semua ni terpaksa je. " jawabnya sambil mengerling ke arah Qaira.

Qaira yang hanya mendengar cuba menahan sebak di dada. Sedaya upaya dia tidak mengalirkan air mata. Dia memandang ke arah luar tingkap kereta itu.

"Malam ni kita jumpa ya sayang. Lepaskan rindu puas-puas. Perempuan tu tak kisah punya. Siapa dia nak halang I jumpa you kan. Dia cuma anggap dia orang suruhan I je. Hahaha." dia sengaja berkata begitu untuk menyakitkan hati Qaira.

Sakit. Ya memang sangat sakit bila suami sendiri berkata begitu. Jika ini adalah salah satu ujian dari Allah untuk dia, dia redha dan cuba tempuhinya.

***

"Okay sayang. I love you muah. " kata Angela sambil tergelak manja. Dia segera menekan butang end call.

Terasa pelukan di pinggangnya dan seketika dia menoleh. Harris tersenyum menggoda ke arah Angela. Angela segera memaut leher lelaki itu.

"Malam ni you jumpa dia ke sayang? " tanya Harris.

"Yelah, I dah lama tak jumpa dia"

" You tak boleh keluar jumpa dengan dia selagi.. " sengaja dia ingin menduga wanita itu.

"Selagi apa? "

" Selagi you tak layan I atas katil. "

"Nakal you ni" kata Angela gedik dan menolak tubuh sasa itu di atas katil. Dia menindih lelaki itu dan segera memaut bibir lelaki itu.

Maka di dalam bilik itu menyaksikan dua insan yang merasai nikmat yang terkutuk.

***

Jauh dia termenung hingga tidak sedar destinasi yang dituju telah sampai.

"Kau termenung apa lagi?! Dah sampai. Berangan je tahu." Syed Nazril menutup enjin dan terus keluar dari kereta. Qaira mengikut sama.

"Bawa sendiri baju kau. Tak ada tuan putera nak bawakan. " kata Syed Nazril yang masih lagi dingin.

Qaira hanya diam dan mengambil beg bajunya dan mengikuti langkah Syed Nazril. Sampai di pintu yang bernombor 8-2, Syed Nazril terus memasukkan kunci ke lubang dan dipusing ke kanan. Serta merta pintu itu terbuka.

Mereka masuk ke dalam. Qaira menutup pintu perlahan-lahan dan menoleh ke depan. 'Bersih dan kemas' hanya itu hatinya berkata. Susun atur perabot yang menarik serta warna dinding yang lembut. Sungguh mendamaikan.

Syed Nazril menuju ke arah biliknya terhenti lantas berkata "Bilik kau depan pintu bilik aku. Kau nak buat apa-apa pun suka hati kau tapi kalau nak bawa jantan masuk dalam rumah ni baik kau pergi hotel. " Syed Nazril tanpa memandang ke arah Qaira.

Qaira menahan diri dari menangis. Hina sangatkah dirinya sehinggakan suaminya berkata begitu.

Syed Nazril mula berang apabila tidak mendengar apa-apa jawapan dari Qaira terus meluru ke arahnya dan memegang dagunya kuat."Kau dengar tak!??? " jerkah Syed Nazril. Qaira terkejut sehingga terangkat bahunya.

"De..dengar" jawab Qaira tergagap-gagap. Dia memegang tangan Syed Nazril dengan harapan suaminya itu melepaskan pegangan itu.

Syed Nazril mendegus kasar melepaskan pegangannya dengan kuat lalu terus berlalu ke dalam bilik dan menutup pintu dengan kuat. Sekali lagi bahu Qaira terangkat akibat bunyi pintu itu.

Qaira yang tidak tahan menahan sebaknya terus terjelepok di atas lantai dan menangis perlahan. Tidak mahu Syed Nazril mendengar dia sedang menangis.

Dia memegang dadanya. Sesungguhnya dia tidak mampu menahan sakit di hatinya. Dia menangis dan menggumam 'Umi'. Dia mahukan umi disisinya sekarang.

***

Syed Nazril memandang dirinya di cermin. Seluar jeans dan tshirt polo berwarna merah terserlah kekacakannya. Dia menyembur minyak wangi jenama Boss ke badan. Digayakan rambutnya menggunakan minyak rambut Elite.

Syed Nazril tersenyum. Malam ni dia akan berjumpa dengan kekasih hatinya setelah beberapa minggu tidak berjumpa.

Dia menapak ke luar bilik serentak dengan Qaira. Qaira yang ketika itu baru selepas solat Isyak bertanya "awak nak ke mana? "

"Kau tak payah nak sibuk" jawabnya dingin.

"Kenapa tak perlu nak sibuk? Saya isteri awak dan saya berhak tahu" katanya dengan lembut.

Syed Nazril mula naik angin dan terus menarik rambut Qaira. Qaira mengadu sakit dan memegang tangan Syed Nazril yang mencengkam rambutnya.

Syed Nazril mendekatkan mukanya dengan muka Qaira lalu berbisik "Isteri? Kau isteri aku ke? "

"Kita kan dah kahwin" kata Qaira yang mula menangis. Berang dengan jawapan Qaira Syed Nazril menarik lagi rambut Qaira sehingga gadis itu terdongak ke atas.

"Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau!!?? Aku tak boleh terima perkahwinan ni kau tahu tak!!?? Kau aku takkan pernah anggap macam isteri aku sendiri!! Hanya Angela yang layak dapat cinta aku!! Kau faham!!??" Syed Nazril melepaskan rambut Qaira sehingga Qaira tersungkur di atas lantai.

"Merosakkan mood aku lah betina sundal ni!!! " jeritnya lagi. Bergema jeritan itu di dalam kondo milik Syed Nazril. Dia hanya membiarkan Qaira menangis teresak-esak di situ dan terus mencapai kunci keretanya. Dia melangkah keluar dari situ dan menutup pintu utama dengan kuat.

Qaira masih lagi menangis di situ. ''Apa salah angah umi... Sampai angah kena hina dengan suami sendiri. Angah tak tahan. Ya Allah, kalau ini adalah ujian dariMU, kuatkan lah aku agar aku mampu menempuh dugaan ini" doa Qaira tersedu-sedu. Dia membiarkan air mata merembes keluar. Dia segera bangun dan berlalu ke biliknya semula. Ingin lakukan solat sunat.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now