Bab 16

30.8K 636 2
                                    

"Mana dia ni dari tadi tak balik-balik. " ujar Qaira yang setia menunggu Syed Nazril dari tadi.

"Nanti dia baliklah tu." kata Datin Marziah.

"Qaira pergi tidur dulu. Nanti dia balik dia kejut lah tu" ujar Datin Marziah.

"Tak apa ke mummy? " tanya Qaira.

Datin Marziah tergelak kecil dengan soalan Qaira. "Tak apa. Kamu bukannya orang luar. Menantu mummy kan"

"Yelah mummy. Qaira naik dulu" Qaira terus bangun dan menuju ke bilik Syed Nazril.

Jam di dinding dilihat sekilas. Sudah pukul 11 malam. 'Mana Nazril ni? Ya Allah lindungilah suamiku' doa Qaira dalam hati.

Qaira ingin tidur kerana dia rasa letih dan mengantuk sangat. Tiba-tiba dia terfikir kalau-kalau Syed Nazril nampak dia tidur di atas katil ini tentu dia marah. Qaira melangkah ke arah sofa dan tidur disitu.

***

Syed Nazril meneguk rakus arak itu untuk kali ke lima. Ingin hilangkan marahnya yang bertandang tadi. Sudah pukul 11.30 tapi apa dia kisah. Kalau boleh dia tidak mahu balik kerana pasti dia melihat wajah Syed Syazril itu. Qaira? Dia tidak mahu ambil tahu. Pandai-pandailah jaga diri dekat rumah besar tu.

Dia terasa ada tangan lembut menjalar di perutnya. Dia menoleh dan wajah Angela di hadapannya. Syed Nazril tersenyum lebar.

Angela pula tersenyum menggoda dan berdiri di sebelah Syed Nazril. Dia merangkul leher lelaki itu.

"Tak sangka jumpa you kat sini" ujar Angela.

Syed Nazril tergelak kecil. Dia menegang pinggang gadis itu. "I pun tak sangka. Macam mana dengan luka you? Okay? " tanya Syed Nazril.

"Okay je. Nasib baik tak ada tinggal parut. " jawab Angela.

"Sorry sayang, sebab perempuan sundal tu you luka"

"It's okay baby. I dah okay pun. "

"I balik tu I terus bagi pengajaran kat dia tau. "

"You buat apa? "

"I buat kat dia macam mana dia buat dekat you but lagi teruk. I siap buat kat muka dia lagi. " kata Syed Nazril sambil tersenyum.

Angela tersenyum puas. Syed Nazril percayakan dia bulat-bulat.

'Belajar sampai luar negara tapi bodoh juga" getus hati Angela.

"Ouh ya. Tadi waktu you masuk sini I nampak you macam marah? " tanya Angela.

"Tak ada apa sayang. Family punya hal je. " dalih Syed Nazril.

"So you okay? "

"Okay lepas nampak you" Syed Nazril tersenyum manis.

Angela perlahan-lahan mendekatkan bibirnya dengan telinga Syed Nazril.

"Nak lagi okay tak? " bisik Angela menggoda. Kemudian dia mencium belakang telinga Syed Nazril. Serta merta Syed Nazril mengetap bibir. Angela tahu titik kelemahannya.

Syed Nazril terus merangkul pinggang Angela dan masuk ke keretanya.

"Pergi rumah I jom. Tak ada sesiapa kacau" pelawa Angela menggoda.

Syed Nazril senyum sendirian dan menuju ke apartmen mewah milik Angela.

Sampai di bilik tidur Angela, Syed Nazril terus ditolak Angela ke katil hingga dia terbaring. Angela perlahan-lahan menindih tubuh lelaki itu.

Dia terus mengucup bibir merah Syed Nazril. Syed Nazril membalas ciuman itu. Tangannya pula mengusap belakang tubuh Angela.

Bilik yang kemas tadi terus bersepah dengan pakaian mereka. Malam menjadi saksi mereka berdua yang leka menikmati dan ditambah dengan sorakan syaitan serta kemurkaan Allah.

Syed Nazril terjaga dari lena. Angela yang masih tidur dipandang. Dia terus tersenyum sendirian apabila teringat kejadian terlaknat malam tadi.

"I akan pastikan you jadi milik I selamanya. "

"Itu sudah pasti" Angela berkata sambil tersenyum.

Syed Nazril terkejut. 'Pura-pura tidur rupanya' getus hati Syed Nazril.

"Ingatkan you tidur lagi. "

"I dah lama bangun. Tunggu you lah"

"Really? " tanyanya.

"Yeah. I nak mandi dulu. Kejap lagi ada photoshoot. " Angela bangun dan mencapai tuala di pengampai. Dia terus memboloskan diri ke bilik air.

Syed Nazril hanya memandang. Kemudian dialihkan pandangannya ke arah lantai. Bersepah sangat. 'Dah macam kena ribut taufan' getus hatinya.

***

"Kamu pergi mana Naz dah nak dekat tengahari baru nak balik!?" Datin Marziah bercekak pinggang.

Syed Nazril hanya diam tapi dalam hatinya mengutuk. Dia baru balik dah kena bebel macam ni. Belum sampai beberapa langkah dia jejak kaki ke rumah ini sudah dimarahi.

Dato' Syed Marzuki hanya diam. Sudah masak dengan perangai anaknya itu. Sudah kahwin pun tetap sama.

Syed Syazril dan Syarifah Maisara juga diam. Mata mereka ralit menonton televisyen tetapi telinga ditadahkan untuk mendengar bait bicara dalam ketegangan itu.

"Tidur rumah kawan mummy"

"Rumah kawan!? Habis tu bini kamu macam mana? Kesian dia tidur seorang malam tadi. " marahnya lagi.

Qaira yang baru sahaja turun terus menerpa ke arah suaminya dan ibu mertuanya.

"Mummy, janganlah marah. Qaira tak kisah tidur seorang pun." pujuk Qaira.

"Mummy bukannya apa. Naz ni perangai langsung tak berubah walaupun dah kahwin. "

"Naz tahu jaga diri mummy and Naz tahu apa yang Naz buat." kata Syed Nazril.

"Tapi Naz tak boleh abaikan Qaira. Dia perlukan perhatian Naz" kata Datin Marziah lembut.

"Qaira dah besar. Dia tahu jaga diri dia mummy. " jawab Naz malas.

"Tengok tu. Haish Naz ni kan. Memanglah Qaira dah besar tapi dia isteri kamu."

"Mummy, dah lah. Naz naik bilik dulu." Syed Nazril terus menaiki tangga menuju ke biliknya.

Manakala yang lain hanya diam dan memandang Syed Nazril sehingga hilang di sebalik pintu.

"Abang tengok tu. Malu saya dengan Qaira." adu Datin Marziah kepada suaminya.

Dato' Syed Marzuki mengeluh "Saya tak tahu nak kata apa." jawabnya. Sedih dengan sikap anaknya. Salahnya juga kerana kurang mendidik anak-anak dengan ilmu agama dek mengejar kemewahan hidup. Tetapi hanya Naz yang tidak mampu melawan kenikmatan dunia. Dia hanyut ditambah lagi tinggal di dunia barat. Memang parah jawabnya.

Qaira dan yang lain hanya diam. Baik dia ke dapur daripada bertegur dengan suaminya. Nanti tak pasal-pasal kena pukul. Qaira terus menuju ke dapur untuk masak tengahari bersama Mak Jah.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now