Bab 3

36.5K 857 16
                                    

Pin!!

Pin!!

''Ha, tu abang dengan Kak Sya dah sampai'' ujar umi yang ketika itu sedang menyediakan makanan di atas meja.

Umi terus berjalan menuju ke arah pintu rumah.

"Assalamualaikum umi, apa khabar? " kata Abang atau nama sebenarnya Firdaus sambil membawa beg baju keluarganya sambil menyalam tangan umi.

"Wa'alaikumussalam, sihat aje. Macam mana perjalanan ke sini?"

"Alhamdulillah tak sesak sangat macam sebelum ni. " sampuk Kak Sya.

"Eloklah tu, Umi baru sudah masak dengan Qaira ni.. Nk tunggu kamu dengan Abah pula. Tunggu tak sampai-sampai lagi abah kamu. " bebel umi.

"Marilah kita masuk'' pelawa umi.

"Kakak! Abang! Kak Sya!. Rindunya " kata Fikri adik kepada Qaira dan terus memeluk Abang.Fikri baru sahaja keluar dari biliknya selepas mengulang kaji pelajaran.

"Ehem2,peluk abang je ke? Kakak taknak peluk padahal kakak sampai sini dah lama dah. Ok fine.. '' Kata Qaira dengan nada merajuk.

''Makngah macam budak-budak lah nak merajuk'' kata si Aqif anak kepada abangnya.

''Kalau Aqif nak tahu, makngah ni nampak je dah tua tapi perangai macam budak-budak. " kata Fikri.

"Fikri!!! " Qaira sudah bercekak pinggang.

Semua hanya ketawa dengan gelagat mereka yang kadang-kadang seperti anjing dengan kucing tapi taklah gaduh besar. Cuma gaduh-gaduh manja.

"Assalamualaikum, apa yang riuh sangat ni?? '' kata abah setelah memasuki rumah.

"Fikri ni asyik mengusik si kakak tu.. " beritahu umi sambil menyalam tangan suaminya dikuti yang lain.

"Fikri rindulah tu nak sakat kakak. Dari kecil sampai dah besar tak berubah perangai. " kata abang.

"Eh sudahkah mari makan semua. Nanti dah sejuk tak sedap" sambung umi.

Semua pun berlalu ke meja makan dan pada masa itu mereka makan dengan penuh berselera. Maklumlah, dah lama tak berkumpul macam ni.

***

"Hujung minggu ni mummy akan masuk meminang anak kawan mummy dekat Melaka tu untuk kamu. Mama suka dengan sikap dia yang pandai jaga maruah. Tak macam Angela yang kamu agungkan tu. Pakai baju tak cukup kain. '' tegas Datin Marziah beritahu.

''Mummy tak ada hak nak tentukan dengan siapa Naz akan berkahwin. Yang kahwinnya ialah Naz bukan Mummy. '' Syed Nazril bantah sekeras-kerasnya cadangan Datin Marziah.

"I don't care!! No excuse Naz. Whatever you say Mummy akan tetap masuk meminang anak kawan mummy tu!! Mummy yakin dia boleh ubah perangai Naz!! Mummy dah tak sanggup nak tunggu malu dengan kawan-kawan mummy!! Pergi club subuh baru balik dengan bau arak!! Mummy tak tahan!! " Datin Marziah sudah tinggikan suara.

"Kalau Naz bantah cakap mummy!!, segala harta dalam rumah ni dan juga jawatan CEO syarikat Daddy akan diserahkan seratus peratus kepada adik kamu Syed Syazril!!. Ingat tu!!! sambungnya lagi.

Syed Nazril yang tidak boleh menerima ugutan tersebut terus mencapai kunci keretanya yang sejenis Audi R8 itu dan beredar dengan segera. Lagi lama dia disitu makin sabarnya hilang.

'Apa yang hebat sangat perempuan tu sampai mummy pun terhegeh-hegeh dekat dia? ' Hatinya bertanya.

Dia ingin ke club untuk hilangkan tension. Keretanya terus menyusuri ke jalan raya di malam itu.

***

Muzik yang rancak itu tidak mampu menghilangkan masalahnya. Dia meneguk rakus minuman haram itu tanpa ragu-ragu.

Syed Nazril terus menoleh bila bahunya disentuh oleh seseorang.
"Bro, kau okay" sapa sahabatnya Amsyar dan mengambil tempat di sebelahnya.

"Aku stres, serabut, geram semua ada tahu tak! '' luah Syed Nazril dan minum segelas lagi alkohol tersebut.

"Wo wo, cuba cerita apasal"

"Mummy aku tu lah nak ugut aku bagi harta kat Syazril dan jawatan CEO syarikat Daddy aku dekat dia kalau aku taknak kahwin dengan menantu pilihan dia. Apa yang hebat sangat kat minah tu pun aku tak tahu lah. " jarinya mengetuk-ngetuk meja yang diperbuat daripada kaca itu.

"Lah, kahwin jelah'' cadang kawannya.

Syed Nazril terus menyepak kaki Amsyar sehingga dia mengadu sakit ''Otak kau! Angela tu macam mana? Dia je yang layak jadi isteri aku" ujar Syed Nazril.

"Apa yang layaknya? Pakai seksi dedah sana sini. Kau tak rasa rugi ke hak kau tapi tayangkan dekat orang lain juga. Masak pun tak pandai. Apa yang layaknya? tanya Amsyar.

"Dia pandai layan kehendak batin aku. Yang lain tu aku tak kisah pun tapi sejak bila kau pandai nasihat macam ni dekat aku? Sebelum ni perangai kau lagi setan dari aku? Tanya Syed Nazril.

"Ni yang aku nak bagitahu kau. Aku rasa aku dah taknak terlibat aktiviti macam ni lagi. Ni kiranya kali terakhir aku jejak kaki aku kat sini.'' jelas Amsyar.

"Jap2,kau pahal tiba-tiba macam ni pula? Nak jadi ustaz ke bro?  Hahahaha"

"Aku nak cuci tangan. Aku rasa berdosa terlibat aktiviti macam ni. Naz, jom sama-sama bertaubat" ajak Amsyar.

Syed Nazril tidak puas hati. "Kau kalau nak bertaubat ke nak jadi ustaz ke jangan nak libatkan aku. Aku tak minat dan tak nak. Kalau nak ceramah pergi masjid bukan dekat sini!! Dah kau blah lah. Kau sama je macam mummy aku, serabut tahu tak!!" tengking Syed Nazril.

"Bro.. '' belum sempat Amsyar menghabiskan kata-katanya, Syed Nazril sudah memotong.

''Blah aku kata sebelum kaki ni hinggap kat muka kau" ugut Syed Nazril.

Amsyar menghela nafas. Dia terus melangkah laju meninggalkan tempat maksiat itu. Dia sudah tidak sanggup menanggung dosa lagi.

'Aku harap kau akan berubah' desis hatinya.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now