Bab 30

43.8K 695 36
                                    

Syed Nazril membawa keretanya laju membelah jalan raya yang lengang itu. Kereta dipandu menuju ke pub. Ulang semula perangai lamanya. Itulah sikap Syed Nazril. Asal ada masalah sahaja pub tempat yang dituju.

Dia memesan wiski dan meneguknya rakus. Tidak cukup satu cawan dia memesan lagi. Sudah 2 jam dia berada disitu namun tetap tidak melegakan hatinya yang marak.

Entah mengapa dia rasa sunyi di pub itu. Selalunya Angela ada menemaninya.

"Angela" gumamnya.

Tiba-tiba dia rindu dengan gadis itu. Dia ingin berjumpa dengan Angela dan ingin melepaskan rindu. Terus dicapai kunci kereta itu dan masuk ke dalam kereta Audi R8 miliknya.

Kereta dipandu menuju ke kondo Angela. Tangan diangkat ke guard yang sedang bertugas itu. Kereta diparkir di kawasan vip. Dia menaiki lif dan nombor tingkat 12 ditekan.

Sampai di hadapan pintu rumah Angela, Syed Nazril ingin memgetuk pintu tetapi niatnya terbantut apabila dia terpandang kasut lelaki. Syed Nazril pelik.

Bukan kasut aku ni. Ahh, mungkin kasut teman lelaki dia yang baru kot? Tapi lantaklah. Yang penting dia dapat lepaskan rindu pada Angela.

Dia mencapai gugus kunci rumah Angela lalu dibukanya. Kunci pendua rumah Angela memang Syed Nazril pegang. Lupa hendak pulangkan mungkin.

Masuk sahaja di rumah itu, semuanya elok susun berkemas cuma orangnya tiada. Tiba-tiba dia terdengar suara lelaki dan perempuan ketawa di dalam satu bilik.

'Takkanlah dengan teman lelaki bari dia pun dia serah badan?' getus hatinya.

Syed Nazril menuju ke bilik itu dan seketika dia terdengar perbualan mereka.

"Apa yang orang I bagitahu, Naz tu dah halau isteri dia dari rumah tu. So sekarang ni you ugut dia guna video tu. You suruh saham dia jual pada syarikat I."

'Video? Video apa ni?'

"Boleh biy. Anything for you. Next time I akan buat. Tapi tak sangka kan dengan gambar tu pun dia boleh percaya bulat-bulat. Bukannya dia nak perhatikan betul-betul gambar tu. Tak sedar gambar tu diedit."

Mata Syed Nazril sudah membulat. Jadi gambar tu diedit? Tapi dia dah buat macam-macam pada Qaira. Ya Allah bodohnya dia sebagai suami. Kenapa dia tak dengar dulu penjelasan dari Qaira?

"I dah cakap dia tu memang bodoh dari sekolah lagi. Belajar je luar negara tapi macam tu. Anak yang bini dia kandungkan tu dia hina. Elok je budak tu mati dari tahu bapak dia hina dia dari rahim mak dia."

'Apa yang aku dah buat pada isteri dan anak aku? Ya Allah aku ulang balik perkara yang sama dulu. Aku pukul dia lagi. Sayang maafkan abang. Baby maafkan papa" lirih hatinya. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh. Jatuh sebagai kekesalan sebagai seorang suami dan bapa.

Tidak tahan berada disitu, dia terus keluar menuju ke kereta. Tidak dihiraukan rancangan mereka.

Syed Nazril terus memandu keretanya menuju ke kondo. Berharap yang Qaira masih lagi berada disitu.

Sampai sahaja dirumah, dia terpaku seketika. Melihat kesan darah mengingatkan dia tentang keadaan Qaira yang teruk dikerjakan oleh dia.

"Ya Allah. Qaira. Sayang" dia menuju ke bilik dan melihat tiada di situ. Dia menuju ke dapur juga tiada. Setiap bilik dan bilik air juga tiada.

Syed Nazril terhenti di ruang tamu dan perlahan-lahan dia melutut. Dia terus menangis di situ.

"Qaira mana sayang. Jangan tinggalkan abang please." teresak-esak. Dia merayu bagaikan Qaira berada di situ.

"Abang rindukan sayang. Rindukan baby kita"

Amsyar menuju ke rumah Syed Nazril kerana ingin memberi fail kepada Qaira. Sampai di rumah Syed Nazril dia terkaku. Melihat keadaan rumah yang tak serupa rumah, terus dia masuk ke dalam dan terlihat Syed Nazril melutut di situ.

Terus dia menerpa ke arah lelaki itu. "Bro apahal ni? Qaira mana?"

"Qaira.. Qaira dah tinggalkan aku" jawab Syed Nazril tersedu-sedu.

"Kenapa pula ni?"

"Aku.. Aku dah.. " Syed Nazril kembali menitiskan airmata.

"Okay-okay. Kau duduk situ. Tenangkan diri kau dulu. Biar aku yang bersihkan semua ni." dia menyuruh Syed Nazril duduk disitu.

Syed Nazril ralit melihat Amsyar yang tekun mengemas rumahnya itu sambil mengesat airmata. Rasa bersalah mula muncul dalam dirinya. Menyesal membuang kawan sebaik Amsyar.

Selepas selesai Amsyar mengemas dia kembali duduk di sebelah Syed Nazril.

"Okay sekarang cerita dekat aku apa jadi"

Syed Nazril pun menceritakan segalanya. Dari dia mendapat gambar itu sampai dia tiba dirumah ini.

"So semua ni Angela punya pasal?"

Syed Nazril mengangguk.

"Tapi waktu dekat rumah dia aku dengar suara lelaki. Aku tak tahu siapa sebab aku tergesa-gesa balik sini. Tengok-tengok Qaira tak ada. Kau pula muncul"

"Aku rasa Harris" teka Amsyar.

"Harris? Mana kau tahu?" tanya Syed Nazril.

"Aku rasa jelah. Sebab waktu aku nak pergi lunch dengan PA Qaira, aku nampak dia dengan Harris. Angela tak tahu yang aku kenal Harris. Waktu tu aku sengaja tanya siapa dengan dia, dia cakap PA. Aku pun iakan jelah."

"Ouh.. Tak apalah. Nanti aku siasat. Jap, kau keluar dengan PA Qaira?"

"Err.. Aku cakap PA Qaira ke tadi?" tanya Amsyar gugup.

"Kau ingat aku pekak ke bro?" Syed Nazril menjongketkan kening kirinya.

"Ouh dalam diam erk kau" seloroh Syed Nazril.

"Ish kau ni. Mana ada. Aku je syok kat dia. Tapi dia tak tahu lagi."

"Kenapa kau tak cakap?"

"Aku seganlah. Takut dia reject aku je nanti."

"Bukan anak jantanlah namanya"

Mereka ketawa. Selepas itu semuanya kembali senyap.

"Bro, aku nak minta maaf sebab buang kau dulu. Ternyata kau selalu ada waktu aku susah dulu. Thanks bro" Syed Nazril bersuara.

"Dah lah. Hal kecik je. Kau kawan aku dari dulu kan. Sudahlah. Sekarang ni kau pergi mandi ikut aku pergi masjid kita solat Isyak berjemaah."

"Aku tak pandai solat lah Amsyar. Aku dah lama tinggalkan solat." kata Syed Nazril perlahan.

"Tak apa. Aku ajar kau"

"Aku malu dengan kau Amsyar."

"Kau nak malu apa? Tak ada hidung?" Amsyar melawak.

Syed Nazril terus ketawa.

"Rindu lawak bodoh kau tu" kata Syed Nazril.

"Dah pergi mandi. Pasal Qaira nanti kita cari kau perlu solat minta petunjuk dekat Allah."

"Yelah ustaz. Nak pergi lah ni" Syed Nazril terus bangun dan menuju ke bilik.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now